Bagaimana mengurangkan rasa loya dan muntah semasa mengandung?
1. Dapatkan rehat yang cukup kerana jika puan letih, rasa loya akan menjadi lebih teruk
2. Pilihlah makanan seperti biskut “cream cracker”dan roti bakar pada awal pagi selepas bangun tidur untuk mengurangkan loya sebaik saja bangun pagi.
3. Minum banyak air, dalam kuantiti sedikit-sedikit. Jangan minum dengan banyak pada satu masa kerana boleh menyebabkan mual dan muntah.
4. Makanlah sedikit- sedikit tetapi kerap, seperti 2-3 jam sekali. Makanlah makanannya yang tinggi karbohidrat tetapi rendah lemak (seperti nasi putih, roti , pasta) dan elakkan terlalu pedas atau berminyak.
5. Makanan yang suam/ sejuk lebih digemari wanita yang loya kerana kurang mengeluarkan bau- bauan.
6.Berhati- hati semasa menggosok gigi atau berkumur-kumur supaya tidak menyebabkan muntah.
7. Elakkan pakaian yang ketat di bahagian pinggang supaya lebih selesa
.
8. Jika loya dan muntah menjadi lebih teruk selepas makan supplemen zat besi ( Ferrous fumarate) , boleh bertukar ke persediaan zat besi yang lain seperti Obimin/ Pramilet.
9. Kenalpasti makanan / minuman yang menyebabkan puan loya dan elakkan.
10. Sesetengah wanita juga mengalami masalah refluks. Refluks boleh menambah rasa loya dan muntah. Oleh itu, tambahkan satu bantal lagi semasa tidur, elakkan kafein seperti kopi/ Nescafe dan kurangkan aktiviti membongkokkan badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
comment box