Sabtu, 4 Oktober 2014

Solat dhuha pembuka rezeki

solat dhuha

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih atau syukur seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala rezeki yg telah Allah kurniakan. Saya pasti, ramai dari kita mengharapkan rezeki yg melimpah ruah dan dengan itu kita lakukan solat dhuha.. sesungguhnya, solat dhuha itu solat agar kita mengingati sang pemberi rezeki di celah2 kesibukan kita sedang bekerja mencari rezeki. 
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud).
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
CARA MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
Solat ini dilakukan sekurang2nya 2 rakaat sehingga 12rakaat.
Surah-surah yg digalakkan : 
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

WAKTU DHUHA
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
NIAT DHUHA
niat solat dhuha

DOA SOLAT DHUHA
DOA SOLAT DHUHA




Semoga bagi yang telah mengamalkan solat sunat dhuha ini terus beristiqamah, semoga juga yang belum melakukan solat dhuha ini akan menjadikan solat ini sebagai amalan. Harap entri ini dapat membantu kalian yg ingin tahu tentang solat dhuha ye.
Insya allah jika Allah redha, rezeki melimpah ruah tanpa mampu kita sekat. 

Salam sayang,
014-2375034

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

comment box

Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...