Ahad, 19 Oktober 2014

Tips sebelum berhenti kerja dan menjadi suri rumah

Terjumpa tips untuk yang dah bercita2 nak berenti kerja sebelum pencen. Sebenarnya termasuklah saya kerana memikirkan masa dan perhatian terhadap anak. Ini adalah keputusan besar bagi saya. Dan saya cukup salute dengan ibu2 hebat yang mampu buat keputusan macam tu. Apa pun, pada pandangan saya menjadi suri rumah pun boleh menjana pendapatan lebih dari gaji semasa bekerja. Itu tak mustahil sebab dah banyak kita dengar dan baca kisah2 berjaya seorang suri rumah yg bekerja dari rumah di samping anak2 dan suami.
set kurus
Bahagia dapat melihat mereka membesar dengan air tangan kita sepenuhnya
( Muhammad & Al-Haura' )


16 tips yang dikongsikan dimana 12 adalah untuk isteri dan 4 lagi adalah untuk si suami. Baca penulisannya di bawah:

Nak share pengalaman sikit macammana boleh berhenti kerja dari jadi engineer ke surirumah.Langkah-langkah menjadi surirumah sepenuh masa:
1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga sebab dia y akan tanggung nanti
2. Inform keluarga dan keluarga mertua
3. Setelkan semua hutang kad kredit yang ada
4. Cancel semua kad kredit
5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan
6. Pastikan ada simpanan 2-3 bulan gaji sebagai back up plan kalau nak buat side income
7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping. No more online shopping beli barang mengarut2 dan tak perlu.
8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak hari-hari jika tak pandai masak. Takkan surirumah nak tapau lauk dari luar je kan?
9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime housewife sesungguhnya lagi memenatkan.
10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah. Percayalah, 24jam akan terisi dengan kerenah anak-anak.
11. Bersedia dengan suara-suara sumbang yang akan asyik dok mengata rugi belajar tinggi, jadi surirumah, tinggalkan kerjaya, gaji tinggi. Bukan diorang yang tanggung pun. Jadi, abaikan.
12. Jangan lupa kawan-kawan. Nanti sunyi pula takde orang nak bercerita hal-hal dewasa. Asyik cerita Boboiboy, Upin Ipin dengan Pororo je.

 Hehe..Persediaan bagi suami
1. Suami kena bersedia dari segi kewangan. Tak perlu mewah. Cukup makan, pakai, insurance, tempat tinggal, setel
.2. Suami kena faham rutin seorang surirumah. Sekali sekala bawalah isteri berjalan-jalan sebagai bonus bekerja 24 jam sehari. Takdelah dia rasa terperap dalam rumah je.
3. Percaya dan yakin, rezeki datang dari Allah. Bukan dari manusia
4. Sentiasa support isteri dan masih menolong buat kerja rumah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

comment box

Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...