Sabtu, 5 Jun 2010

konsert inul batal lagi


Konsert Inul Daratista batal lagi

KUALA LUMPUR - Konsert penyanyi dangdut 'goyang gerudi' Indonesia, Inul Daratista (gambar), 29, batal lagi tetapi kali ini bukan kerana tiada permit seperti yang berlaku pada dua konsertnya sebelum ini pada Julai 2008.

Sebabnya ialah pihak penganjur, Apex Event Network gagal menjelaskan baki bayaran untuk lokasi baru Konsert 1 Inul Darasistadi Sunway Hotel Resort & Spa yang dijadual berlangsung malam tadi.

Menurut penganjur yang diwakili Nasir Abu Bakar, pihak mereka sepatutnya perlu membayar RM90,000 kepada hotel tersebut.

Bagaimanapun katanya, disebabkan masalah kewangan yang melanda berikutan penundaan konsert Inul di Tawau dan Keningau, Sabah pada 29 dan 31 Mei lalu, mereka kekurangan sumber kewangan untuk membayar pada lokasi konsert seterusnya.

"Kami cuba untuk berunding dengan pihak hotel kerana telah membayar RM46,000 sebagai deposit sebelum ini tetapi menemui jalan buntu.

Tambahnya lagi, Inul sudah diberitahu pembatalan konsert tersebut dan walaupun akur, Inul sedih dengan keputusan itu.

Terdahulu konsert Inul pernah dibatalkan kerana tidak mempunyai permit di dua lokasi iaitu Johor Bahru pada 19 Julai dan Kuala Lumpur pada 27 Julai 2008.

Khamis, 3 Jun 2010

Seperti di neraka

‘Kami dilayan seperti penjenayah’


KAPAL Rachel Corrie kini meneruskan pelayaran dan dijangka tiba ke Gaza hari ini biarpun menghadapi halangan pihak berkuasa Israel.


KUALA LUMPUR – “Kami ditahan seperti penjenayah perang selama 28 jam di penjara Israel.” Itu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan oleh 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Israel selepas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza ‘Mavi Marmara’ diserang tentera Israel di perairan antarabangsa tiga hari lepas.

Menurut Ketua Misi Sukarelawan Malaysia, Noorazman Mohd. Samsuddin, mereka tidak boleh bergerak bebas sehinggakan hendak membuang air pun tidak dibenarkan.

“Bayangkanlah betapa azabnya keadaan kami pada ketika itu menghadapi kekejaman rejim Zionis,” katanya.

Wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, 25, yang menyertai misi bantuan tersebut juga turut menceritakan bagaimana dia cemas selepas terpisah dengan jurukamera, Samsulkamal Abdul Latip selepas serangan komando Yahudi tersebut.

Katanya, kedua-dua mereka terpisah selepas ditahan dan digari oleh tentera Israel, dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan semalam.

“Layanan diterima dalam tempoh 28 jam itu menggambarkan konflik enam dekad dialami rakyat Palestin yang tertindas,” katanya.


Rabu, 2 Jun 2010

Top 10 Recent American Industrial Disasters

10 tertinggi Bencana Perindustrian terkini America


10
Silver Bridge Collapse
1967

Bridges Down 02

9
Centralia Mining Disaster
1947

Centralia-Mine-Fire-Steve-Mcginley-1



Donora Smog
1948

Donorasmog1


7
Buffalo Creek Flood
1972

Buffcreek.Latrobe

6
Willow Island Disaster
1978

Screen Shot 2010-05-31 At 3.29.13 Pm

5
L’Ambiance Plaza Collapse
1987

Lambiance


4
Imperial Sugar Refinery Explosion
2008

Alg Imperial Sugar


3
Texas City Refinery Explosion
2005

Bp-Refinery


2
Texas City Disaster
1947

Reportcover

1
Montana Vermiculite Contamination
1999 to Present

Montana-Vermiculite-Ore-That-Made-Dangerous-Asbestos

Baca lanjutan cerita di

http://listverse.com/2010/06/01/top-10-recent-american-industrial-disasters/

Lagi bayi dibuang

Bayi dibuang


ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ketika dijumpai di Damansara semalam.


PETALING JAYA - Lagi kes pembuangan bayi. Kali ini melibatkan bayi lelaki yang mayatnya ditemui di tepi Jalan SS22/48 berhampiran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya di sini semalam.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 6.15 petang ketika pulang dari kerja sebelum memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, bayi itu ditemui dalam keadaan tidak berbalut dengan kain mahupun plastik.

"Bayi lelaki itu dipercayai dilahirkan tidak lebih dari tiga jam lalu kerana masih terdapat kesan darah pada badannya. Polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui jika terdapat kecederaan lain pada bayi itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.


Selasa, 1 Jun 2010

Taman Jepun dalam Malaysia

Jepun yang tersembunyi

Jauh di dalam hutan tebal di ketinggian 3,500 kaki di atas paras laut, sebuah taman ala Jepun dicipta khusus untuk para pencinta alam.





SPESIES tumbuhan dari Jepun hidup subur bersama pokok-pokok tropika Malaysia.



GELAGAT kumpulan ikan koi yang jinak begitu mencuit hati.



ELEMEN jambatan menjadi pelengkap landskap tipikal Jepun.



TAMAN Jepun dihubung secara langsung dengan taman botani.


KALAU merencana detik percutian hujung minggu ke Bukit Tinggi Resort, Pahang dan inginkan persinggahan yang tenang dan mendamaikan, inilah tempatnya. Taman yang direalisasi daripada ilham arkitek Jepun, Kaio Ariizumi, ini sememangnya hadiah istimewa buat mereka yang mencintai kehijauan hutan tropika tanah tinggi.

Dalam suhu dingin dan kesegaran bekalan oksigen daripada pokok-pokok hutan semula jadi, Ariizumi dan kumpulan pereka landskapnya berjaya menghidupkan penataan seni yang membangkitkan rasa damai di kalangan pengunjung.

Tidak banyak berbeza daripada elemen rias taman Negara Matahari Terbit, Japanese Village ini menyambut pengunjung dengan pintu gerbang chumon dan laluan denai yang kemas. Seni dan falsafah Jepun banyak melatari persekitaran taman, baik pada pemilihan bangku rehat, jenis tanaman hiasan hinggalah kepada reka bentuk keseluruhannya.

Perasaan dilayangkan seketika ke dalam adegan drama-drama Jepun apabila melewati deretan rumpun buluh tinggi dan juga pokok-pokok renek dan ara bonsai. Dalam pada menghargai perkampungan tersembunyi ini dengan mata, deria pendengaran juga pasti terpaut pada irama yang satu ini.

Aliran air di sungai dan riak bunyi air terjun yang menghempas ke bongkah-bongkah batu berlumut nyata menjadi tarikan istimewa! Disempurnakan pula dengan pembinaan kolam ikan yang menghimpunkan spesies koi dalam warna-warna garang.

Si comel bersisik kuning, merah, emas, dan perak itu tidak malu-malu untuk meminta makanan setiap kali ternampak kelibat manusia. Dalam leka menabur palet makanan yang dijual pada harga serendah RM5 sebungkus, takungan kolam indah dan anak sungai cetek itu seterusnya membawa pengunjung ke pusat tumpuan taman.

Apa yang dimaksudkan adalah sebuah binaan pondok teh yang turut bertindak sebagai pusat maklumat. Bagi yang tidak pernah sampai ke Jepun, inilah masanya untuk mempelajari adat bertandang ke kediaman yang bertikar tatami dan berpintu gelangsar kertas.

Sama ada mengikuti ritual tradisi meminum teh panas atau mendekati pembuatan kraf tangan negara itu, pondok tersebut memang tidak putus menerima kunjungan sepanjang waktu operasi.

Melalui risalah yang disediakan, sebuah taman Jepun perlu memiliki elemen penting seperti pulau, jambatan, pelita batu dan juga sebuah pondok teh atau pavilion. Jika elemen-elemen itu tidak dapat direka secara fizikal, ia boleh dibuat secara perlambangan.

Walaupun sudah puas berjalan dan mengenal spesies tumbuh-tumbuhan yang dilabel khas, adalah terlalu awal untuk mengucapkan sayonara. Apa kata anda kunjungi dahulu restoran Ryo Zan Tei yang menghubungkan taman itu dengan laluan ke Taman Botani.

Bagi yang mahu merasai tradisi kehidupan Jepun secara lebih intim, jangan lupa untuk merasai perkhidmatan belaian tubuh dan penginapan eksklusif di Tatami Spa dan Ume Tatami Suite yang terletak berdekatan.


PELBAGAI jenis teh dan hidangan Jepun disajikan di Restoran Ryo Zan Tei.


Isnin, 31 Mei 2010

"Minyak masak yg menyihatkan"

'Minyak sihat'
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2010/05/30

**Pastikan jenis untuk goreng dan digunakan tidak lebih dua kali

PENGGUNAAN minyak masak dalam masakan sememangnya mencetuskan banyak persoalan seperti jumlah yang sepatutnya digunakan dan jenis minyak yang terbaik untuk menjaga kesihatan.
Apatah lagi ada pelbagai jenis dan jenama minyak di pasaran, termasuk yang diselit dengan dakwaan bahawa ia baik untuk kesihatan. Pakar Pemakanan Kanan Institut Jantung Negara, Ho Shiau Fenm, berkata secara umumnya minyak masak terbahagi kepada dua jenis iaitu minyak poli tak tepu dan minyak mono tak tepu.

Minyak poli tak tepu adalah yang terbaik di antara semua minyak dan lelemak terutama sekali jika dibandingkan lemak tepu. Antara minyak ini adalah seperti soya, jagung dan biji bunga matahari.


“Bagaimanapun, asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan bagi tujuan goreng yang membabitkan penggunaan haba atau api yang panas. Penggunaan minyak yang teroksida secara berlebihan pula boleh meningkatkan risiko kanser atau barah,” katanya.

Minyak mono tak tepu pula didakwa baik untuk kesihatan jantung. Minyak yang kaya dengan asid lemak mono tak tepu adalah seperti minyak zaitun, canola, biji sawi dan biji bunga matahari.
Asid lemak mono tak tepu adalah neutral pada kolesterol darah. Ia dapat membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi dan seterusnya mengekalkan paras kolesterol darah. Namun, minyak jenis ini kata Ho, tidak sesuai untuk menggoreng. Sebaliknya hanya untuk menumis.

“Minyak jenis mono tak tepu seperti minyak zaitun, minyak dedak padi atau campuran minyak jagung, tidak digalakkan untuk menggoreng. Walaupun minyak ini didakwa baik untuk jantung tetapi ia tidak sesuai untuk menggoreng,” katanya.

Ho turut mengakui sukarnya untuk menyediakan makanan tanpa minyak. Apatah lagi majoriti rakyat negara ini sudah biasa dengan pelbagai makanan goreng sejak kecil lagi.

Namun, penjagaan kesihatan sebaliknya perlu lebih diutamakan manakala penggunaannya jika perlu, haruslah bersesuaian dengan keadaan individu.

“Untuk pesakit jantung misalnya, jangan goreng ikan dengan minyak. Lebih baik, elakkan makanan bergoreng. Sebaliknya, gantikan dengan menu ikan yang dibakar,” katanya.

Menurut Ho, ada dua faktor utama penyediaan menu sihat, keseimbangan zat dan kepelbagaian zat. Selain itu, pemakanan yang sihat bukan hanya untuk mereka yang sudah disahkan menghidap penyakit kronik tetapi juga untuk kita yang ingin mengamalkan cara hidup sihat.

“Misalnya dalam masakan yang menggunakan minyak. Memang kita tidak boleh lari daripada menggunakan minyak tetapi jumlahnya harus dipantau selain jenis minyak dan berapa kali kita menggunakan minyak yang sama perlu diambil kira,” katanya.

Ho berkata, apabila minyak dipanaskan, karakter atau cirinya akan berubah. Minyak yang dianggap sihat pada suhu bilik boleh menjadi tidak sihat apabila dipanaskan pada suhu tertentu.

Justeru, apabila memilih minyak masak, penting untuk anda memadankan kepanasan minyak dengan cara penyediaan masakan.

“Apabila menggunakan minyak untuk menggoreng, pastikan ia tidak lebih dua kali. Selepas itu gantikan dengan minyak baru,” katanya.

Info
Dua jenis minyak:


  • Minyak poli tak tepu - minyak soya, jagung dan bunga matahari.
    Asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan untuk menggoreng

  • Minyak mono tak tepu - minyak zaitun, Canola, biji sesawi dan bunga matahari. Tidak begitu sesuai untuk menggoreng.
  • Teluk Mexico dicemar75.7 juta liter minyak


    75.7 juta liter minyak cemar Teluk Mexico


    2010/05/31

    BP gagal sekat tumpahan terburuk dalam sejarah

    HOUSTON: Sekurang-kurangnya 75.7 juta liter minyak kini memenuhi perairan Teluk Mexico sejak pelantar BP, Deep-water Horizon, meletup dan membunuh 11 pekerja, 20 April lalu, dan mengancam hidupan marin dan haiwan liar dekat pantai, industri perikanan serta pelancongan Amerika Syarikat.
    Keadaan semakin buruk selepas BP juga mengakui gagal dalam usaha menutup telaganya yang pecah di Teluk Mexico menggunakan pendekatan ‘Top Kill’.Amerika kini berdepan bencana alam sekitar dan ekonomi kerana tumpahan minyak berkenaan adalah yang terbesar dalam sejarahnya.



    Saintis bimbang kadar tumpahan, tahap kedalaman kebocoran dan penggunaan bahan kimia bagi meleraikan minyak mengancam hidupan laut untuk beberapa dekad akan datang, termasuk kura-kura, ikan tuna sirip biru Atlantik dan burung undan warna perang selain lebih 8,000 spesies lain termasuk plankton dan burung.

    Menyulitkan lagi usaha membersihkan laut ialah penggunaan bahan kimia baru untuk meleraikan minyak didapati menyukarkan proses mengasingkan air laut daripada minyak.

    Saintis berkata, keadaan dasar laut yang dipenuhi minyak sejak April lalu diibaratkan seperti peti sejuk yang tidak dibuka sekali gus bakteria yang boleh meleraikan minyak tidak berfungsi dalam keadaan itu.
    BP juga mengakui cubaannya menutup kebocoran menggunakan cara ‘Top Kill’ gagal.
    Prosedur ‘Top Kill’ membabitkan usaha sejak empat hari lalu mengepam lumpur, kiub plastik, gumpalan tali dan bola golf ke dalam penyekat letupan, alat keselamatan lima tingkat di atas telaga bagi melawan kebocoran minyak.

    BP kini mengkaji semula data bagi mencari pendekatan lain.

    Kebocoran telaga Deepwater Horizon menyebabkan telaga itu umpama memuntahkan 14,000 hingga 19,000 tong minyak sehari ke Teluk Mexico.

    Telaga BP itu dianggarkan menyimpan 50 juta tong minyak dan sehingga kini ia kehilangan 740,000 tong atau 1.5 peratus keseluruhan simpanannya. – Agensi

    Ahad, 30 Mei 2010

    Bayi jadi sasaran

    China-SEORANG wanita yang dituduh mencuri telefon bimbit mengamuk dengan mencampakkan bayinya sebelum memijak kanak-kanak itu.

    Pertengkaran menjadi serius dan polis terpaksa dipanggil.


    Apabila seorang anggota keluarga pelajar itu turut campur tangan dengan menolak wanita itu, dia melakukan tindakan mengejutkan dengan mencampakkan bayi yang didukungnya dan memijak-mijak kanak-kanak itu sambil menjerit membantah tuduhan pelajar berkenaan.


    Bagaimanapun, bayi berkenaan terselamat dan wanita itu ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut.


    Bayi jadi sasaran



    Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks