Isnin, 17 September 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

Subhanallah......

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.


Banyakkan susu badan Cara Saya !

           
Susu Ibu adalah hak seorang anak..
Masa ni baru pandai minum botol, tak putus asa ibu mengajar..
           

    
    Oleh kerana ini kelahiran pertama , kelenjar mamari saya belum pernah aktif...apa yg saya lakukan sebelum kelahiran Muhammad Ibrahim Haneef adalah saya selalu bercakap-cakap dengannya ketika dlm kandungan.. 

"Muhammad kena minum susu ibu saje tau, sikit ke, banyak ke kena terima seadanya sebab itu rezeki muhammad "..selain saya menanam niat menyusukannya selama 2tahun dan berazam untuk hanya memberi susu badan selama 6bulan..ketika mengandung, setiap hari saya membaca surah yaasin, niatkan dalam hati semoga susu ibu akan sentiasa cukup untuk muhammad & mudah bersalin.. Apa yang menakjubkan ialah, susu mula kelihatan keluar pada usia kandungan saya 6bulan..ini membuatkan saya semakin positif&yakin..


Pengalaman bersalin..

Erm...ini adalah saat yang paling mendebarkan bagi setiap ibu terutama bagi kelahiran pertama, kerana belum pernah merasai sakit bersalin..apa yg selalu disogokkan ke telinga adalah bersalin itu amat sakit!! seperti telur di hujung tanduk dan macam-macam lagi motivasi menjatuhkan semangat ....syukur alhamdulillah saya tidak mudah terpengaruh dengan semua kata-kata semacam itu...saya cuba bekalkan diri dengan ilmu secukupnya, tentang realiti & biologi proses bersalin selain bertanya ibu sendiri yang sudah melahirkan 6orang anak   ;)

ini menjadikan saya positif & bakal mempengaruhi sistem biologi jugak..huh!


          Apa yang saya amalkan hanyalah jadi
positif (Tak takut ) , doa , tahajjud , surah-surah pilihan, set SALINDAH,  & amalan doa nabi yunus...

2 hari jugak saya mengalami sakit2 tanda bersalin..tapi 5 jam terakhir iaitu dari pukul 3a.m-7.30a.m itulah saat sakit yang amat perit yang perlu saya tanggung...patutlah orang kata dosa boleh gugur...subhanallah.....sakitnya saya tak tau nak gambarkan, selama saya hidup 29tahun di muka bumi Allah ini, itulah sakit yang paling sakit yg pernah saya rasa..tapi saya cuba rasionalkan diri, sakit ini kerana bukaan rahim yg semakin mengembang supaya bayi boleh keluar dengan mudah..ini nama nya CONTRACTION.. tak henti2 mulut saya memanggil Allah..tiada kata yg mampu lagi keluar..doa nabi yunus terkumat kamit di mulut tanpa henti...

ASTAGHFIRULLAH...........seperti sendi-sendi yg ditarik hidup2 tanpa ubat bius..begitulah rasa sakitnya..alhamdulillah...semoga semua dosa-dosa ku dahulu dapat Allah hapuskan dengan cara ini, aku masih rasionalkan diri sebegini supaya masa itu berlalu cepat...ketika itu, nurse kata tunggu doktor sampai pukul 8a.m, aku pasrah kerana aku tak tahu bagaimana pun sepatutnya..

Ketika doktor sudah smpai , sakit itu hilang...bagaimana aku mahu menolak bayi ini sekira nya sakit itu sudah semakin hilang,betul itulah hikmahnya sakit itu yg membuatkan kita menggesa utk keluarkan bayi..aku berpura-pura PUSH, eh boleh pulak macam ni...entah, hentam saja..tp tips yg ibu berikan aku ikut satu persatu..sekejap saja, bayi ku keluar & semua proses bagi aku amat dipermudahkan allah...SYUKUR Alhamdulillah..........



Pengalaman menyusukan kali pertama..

Cabarannya pelbagai..susu memang sedikit pada awalnya, tapi aku tahu ( dari ilmu yg dituntut di klinik bersama pakar nutrisi nurunnajiha) , perut bayi ketika ini hanyalah sebesar sudu teh..jadi aku tak putus asa memberi bayi menyusu walaupun susu yang keluar sedikit..kekerapan menyusukan bayi itu adalah stimulasi paling mudah&berkesan..selain itu semasa di dalam pantang saya amalkan

1. Minum air yg banyak ( 3liter )
2. Makan sekurang-kurangnya 3 biji limau sunkist
3. Makan lobak putih (banyak2)
4. Minum air horlick
5. Minum susu 
6. Makan sayur sawi (banyak2 )
7. Ambil vitamin SHAKLEE secara teratur ( B-complex, vit C, alfalfa, ESP , Omega guard,ostometrix)

Dalam masa sebulan susu bertambah mengikut keperluan bayi, ketika bayi berusia 2 bulan saya dah mula mengepam& mula mengajarnya minum melalui botol susu sekurang2 nya sekali sehari supaya mudah saya kembali bekerja..susu stok / susu beku pun sudah mula saya kumpul sikit2..Selain susu bertambah, susu jugak lebih berkualiti dengan pengambilan vitamin SHAKLEE yang telah terbukti sgt berkesan diserap badan..syukur..

milk booster shaklee
Belilah dekat sini : https://www.facebook.com/vitamamashop
Kalau nak yang bajet/murah sikit pun ada...ni set die..
tips susu badan banyak




Cara-cara mengepam

# semakin kerap mengepam , susu akan semakin banyak..terketawa saya mendengar makcik2 yg datang melawat ketika dalam pantang, " dok pam susu tu sat g kering, baby tak leh menyusu" saya buat pembetulan dengan tenang.. " semakin susu dikosongkan, semakin banyak susu baru dihasilkan, sebab nanti otak set baby perlu susu lagi "... erm, makcik2 tu baru tau " owh....mcmtu ka....tak tau pun mcmtu.."..

1. Tandem pump
Ketika baby menyusu sebelah kanan, pam lah sebelah kiri secara serentak...ini juga boleh membanyakkan susu stok, simpan walaupun sedikit 1oz sekali pam, kalau 5 kali dah boleh kumpul 5 oz, beginilah saya lakukan ketika mengumpul susu stok.. waktu cuti pantang sesuai buat cara nie..lepas dah cukup 5 or 8 oz, masukkan dalam plastik & labelkan tarikh hari pam-tarikh luput..kire la 3bulan, agak2 pun ok jer.

2.  Power Pump
Ketika susu seakan-akan menyusut , cuba buat power pump (PP), caranya adalah, pam selama 15 minit lepastu berenti sekejap, pegilah sambung keje ke ape ke..relax2 pn ok..lepas 15 minit kemudian pam lagi..ulang cara ini dlm masa 1-2 jam, pastu baru simpan dlm plastik n labelkn.  Cara ini boleh dapatkan LDR (Let Down Reflect) iaitu susu laju seketika.

pam susu murah
Ni pam susu yang saya jual, di https://www.facebook.com/vitamamashop
Murah jer... RM250  (including postage) berbaloi, kecik senang nak bawak
tak bunyi kuat mcm mesin rumput..hehehe, saya memang rajin mengepam sehingga ada 3 pam elektrik di rumah..
pada awal2 bulan Muhammad dulu, saya mengepam sehingga 4 pagi...tak pernah ada tidur yang nyenyak
demi kebaikan si kecil ini...alhamdulillah........


Penyusuan selepas 6 bulan

Ketika awal2 mengenalkan Muhammad Ibrahim Haneef kepada solid food, dia menyembur saja..selama 2-3 minggu jugak..tapi syukur selepas itu, pantang jumpe makanan, diserbu nya..jadi permintaan kepada susu menjadi berkurang..so kena bekalkan die dengan makanan berkhasiat seperti buah & sayur..pengeluaran susu pun semakin berkurang ketika ini, kerana permintaan yang berkurang..ketika tinggal kepada pengasuh dari pukul 7 -5.30 ptg, Muhammad hanya mengambil kira-kira 15 oz saja..iaitu 3 botol kecil penuh ..

Kebaikan susu ibu..HEBAT, SUBHANALLAH..

Penyusuan Susu IbuSemua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

2 GAMBAR DI ATAS KETIKA SARAT MENGANDUNG, BERAT MENCECAH 60KG

YANG INI SEKARANG (SAYA BERTUDUNG PINK), SYUKUR ALHAMDULILLAH BERAT KINI NORMAL 43KG

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Prelacteal FeedsLazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi

  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
Ibu
  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa
  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.
NAK SUSU BANYAK MACAM SAYA?


Inilah set yang saya ambil ketika dalam pantang..
I quit jamu sebab sedar tentang vitamin semulajadi..
I do alot of research..
Syukur diketemukan dengan Vitamin Shaklee..
Selain daripada saya rajin mengepam..
inilah set yang menemani saya sehingga si Muhammad
berusia 2tahun sekarang..
This set is more than just making more milk! 
it is a complete wellness set..

NAK TENGOK SUSU PERAH SAYA MASA TU?

Gambar susu diperah dan susu dalam peti ais tu saya punya.. ;')
Alhamdulillah..

penaja anda:
dapatkan vitamin semulajadi anda di sini
dengan harga yang sangat berpatutan





PENGURUSAN SUSU IBU SEMUDAH 1,2,3


Jemputlah ke page saya ... https://www.facebook.com/vitamamashop

Syukur Alhamdulillah…ucap utama yg perlu sy tuturkan kerana hanya dengan izin dan rahmatnya semua berjalan lancar walaupun telah saya tempuh begitu banyak cabaran dan pancaroba dalam misi menyusukan bayi pertama saya dengan susu ibu sepenuhnya sekalipun saya wanita bekerja..

CABARAN

Iya, dalam tempoh penyusuan  selama setahun 2 bulan banyak cabaran&dugaan telah pun saya tempuh..antaranya, sokongan ibu/orang tua2 semasa berada dalam pantang.. mujur sudah saya lengkapkan diri dengan ilmu2 penyusuan sejak bayi di dalam kandungan lagi..ilmu2 yang saya kutip dari pengalaman rakan-rakan, juga saya kutip melalui pakar nutrisi di klinik membuat saya sangat kuat menepis semua mitos & ajaran lama yang kebanyakan silap , malah saya juga berani membetulkan kesilapan ketika mereka bersuara..sifat tegas saya mampu membuat mereka mengalah , sebab kebanyakan ibu2 yg pada mulanya berniat menyusukan anak sepenuhnya terutama ketika 6bulan pertama bayi tewas di tangan ibu sendiri/ibu mertua/orang tua2…

Kata orang2 tua(mitos) Vs Fakta sebenar..

Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.

Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu. Lagipun, bayi belum kenal erti sedap, jika susu ibu yg pernah dirasa sejak dari celik mata di dunia, itulah yg dia rasa sedap sebab dia tidak pernah diberi pilihan.

Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.
Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.
Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi. Kelenjar mamari aktif sekiranya ia diaktifkan dengan cara yg betul seperti pemakanan dan kekerapan memberi bayi menyusu secara langsung/ kerap mengepam.

Mitos #6: Kolostrum(susu kuning yg mula keluar pada hari pertama bayi dilahirkan) adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

Mitos #11 : Bayi perlu diberi air masak kerana susu ibu tidak mencukupi
Fakta# 11 : 6 bulan pertama bayi perlu disusukan secara ekslusif iaitu tiada bendasing lain yg boleh masuk ke dalam badannya sekalipun seteguk air masak. Jika air masak diberi pada ketika ini….

1) MENGHILANGKAN FUNGSI SUSU IBU

Untuk makluman semua, susu ibu sebenarnya terdiri daripada 88% air. Susu ibu itu sendiri akan membentuk satu lapisan yang memberikan perlindungan kepada bayi di dalam ususnya, dan tanpa kita sedari, dengan memberikan air masak tambahan pula secara berlebihan, akan mengakibatkan lapisan yang terbentuk itu akan 'terurai' atau di singkirkan
2) PENCEMARAN

Perut seorang bayi adalah sangat fragile dan rapuh.Oleh itu, kita harus berhati2 dengan sebarang bentuk benda atau cecair yang di berikan kepada mereka. Malahan, kerana itulah, bagi seorang bayi yang menyusu dengan menggunakan botol, peralatan dan alat2 penyusuan itu haruslah dalam keadaan sterelize atau bersih bagi menjamin agar ianya benar2 bebas dr sebarang kemungkinan buruk. 


Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.


Ini berbeza dengan pemberian susu ibu. Susu ibu itu mengandungi anti bacteria properties yang mana ia berfungsi dalam mengawal dari bakteria membiak di dalam susu ibu. Malahan, bagi seorang bayi yang menyusu secara direct feeding, sudah tentu pencemaran ini dapat di elakkan secara azali.
3) KESAN KEPADA TUMBESARAN BAYI

Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.
4) MITOS BERKAITAN JAUNDIS(KUNING)

Sebenarnya, Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung
atau sawan tarik. Oleh itu, teori pemberian air masak kepada baby jaundis adalah tidak benar sama sekali. 
Nota: Jaundis hanya boleh di rawat dengan 3 kaedah :-

a) Susukan bayi dengan susu ibu sekerap mungkin.

Bayi yang mendapat susu ibu yang cukup dapat membantu mempercepatkan proses menyahkan bilirubin menerusi pembuangan air besar atau air kecil.

b) Phototherapy (Terapi Lampu)
Sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.

c) Exchange Transfusion (ET)

Satu rawatan yang mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam.

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu

1) Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih &bertutup ( saya guna plastik kat bawah ni,kalau abes stok sy pakai bekas dadih,boleh pakai semula,jimat)
2) Tulis Tarikh mengepam & Tarikh luput perahan di setiap bekas simpanan susu (kira sampai 3bulan , utk peti ais dua pintu,susu mesti letak atas,jadi susu beku)
3) Simpan susu ibu :
-Peti Sejuk beku - tahan 3 bulan ( pintu ais dua pintu)
-Rak pertama bawah freezer - tahan 72 jam
-Suhu bilik - tahan 4 jam
4)Susu ibu tidak boleh dimasak.

5)Untuk cairkan susu beku, rendam susu beku di dalam air paip suhu biasa,cuma tinggalkannya dan buatlah keje anda yang lain, bila dah cair boleh masukkan dlm storage bottle utk dihantar kepada pengasuh,simpan di peti ais bahagian bawah.
6)Kalau pengasuh tidak ada warmer (saya tak pernah ada warmer) cuma Panaskan dengan merendam bekas susu kedalam air suam..tinggalkan selama 3 minit..susu dh suam2 boleh bagi baby.
6)Baki susu perahan yang dipanaskan tidak boleh disimpan semula.



Ni storage bottle , boleh beli di kedai baby..cap dia tu boleh ganti dengan puting..so sediakan at least 4-5 botol yang sudah diisi dengan susu yang dicairkan di step ke 5 di atas..
Letakkan di dalam peti ais pengasuh / tempat taska anak anda
pengasuh cuma akan gantikan penutup botol tu dengan puting yang anda sediakan
MUDAH KAN?
JANGAN LUPA BERITAHU CARA MEMANASKAN SUSU KEPADANYA..
Kebanyakan pengasuh/ tempat taska sudah biasa dengan prosedur ini sekarang
kerana sudah ramai ibu yang sedar tentang kepentingan susu ibu
kepada anak mereka.. 


SUSU PERAHAN YANG TELAH DILABEL TARIKH MENGEPAM &TARIKH LUPUT

PENYIMPANAN DI RAK ATAS PETI AIS DUA PINTU ( TAHAN 3 BULAN)
PAM SUSU SNOW BEAR , CUMA RM199 (INC POSTAGE) MURAH,BERBALOI..KECIK
MUDAH DIBAWA, TAK BISING..DAPATKAN DI https://www.facebook.com/vitamamashop
SEKARANG !!

ICE BOX KECIL YG SAYA BAWA KE TEMPAT KERJA SELEPAS MENGEPAM SIMPAN SUSU  DALAM BUNGKUS PLASTIK BESERTA AIS BATU YG DIBEKUKAN DI DALAM BEKAS/PLASTIK UTK PASTIKAN SUHU SEJUK SEBELUM SAMPAI KE RUMAH ( SUSU TAHAN 8JAM)
SUSU YANG DIPAM MENGGUNAKAN PAM SNOW BEAR,KECIL MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA
SAMBIL LAYAN FB BOLEH MENGEPAM..NO EXCUSES!


PLASTIK SIMPAN SUSU, MURAH,BANYAK (100PIECES), MUDAH..

INILAH BAYIKU  BERUSIA 6 BULAN KETIKA INI YANG MENGAMBIL SUSU IBU SECARA EKSLUSIF 
INI KETIKA SETAHUN 1BULAN & MASIH  MENGAMBIL SUSU IBU..ALHAMDULILLAH..

NAK BONUS SHAKLEE??? --->>> KLIK http://hotneuzs.blogspot.com/2014/05/bonus-shaklee.html
Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks