







![]() |
Krisdayanti |
MACHANG - Misteri menyelubungi mayat seorang remaja perempuan apabila dia ditemui tanpa identiti dan dalam keadaan berbogel dengan kesan tikaman di dada kiri di Sungai Bagan, Pulai Chondong dekat sini petang semalam.
Ketika ditemui mangsa yang dipercayai berusia sekitar 20-an berada dalam keadaan tertiarap dan terapung di permukaan sungai berkenaan dengan kaki kanannya diikat pada sebatang pokok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, mayat itu ditemui oleh seorang penduduk yang ingin memikat burung pukul 1.15 petang.
Bagaimanapun menurutnya, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa walaupun pakaiannya ditemui kira-kira 250 meter dari tempat kejadian.
KOTA KINABALU: “Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu.
“Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau,” kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27.Jemas berkata, dia ternampak satu objek terapung yang besar dan tidak bergerak ketika menghadiri majlis jamuan makan seorang rakannya di pusat peranginan itu.
Menurutnya, dia sempat merakamkan objek misteri itu menggunakan kamera telefon bimbitnya, malah beberapa pengunjung pusat peranginan itu turut melakukannya.
MOSCOW - Sebuah akhbar ternama Rusia, Komsomolskaya Pravdasemalam mendedahkan, sotong psikik sensasi Piala Dunia 2010, Paul telah pun ditugaskan untuk membuat ramalan siapakah bakal presiden baru negara itu baru-baru ini.
Namun, keputusan daripada hasil tilikan sotong itu yang dijalankan oleh pihak berkuasa Rusia secara rahsia di akuarium Sea Life di Oberhausen, Jerman diarah untuk tidak didedahkan kepada umum sehingga selesai Pilihan Raya Presiden pada 2012.
Akhbar itu melaporkan, Paul seperti dilakukan ketika memilih pemenang antara dua pasukan bertanding, turut diminta memilih antara dua bekas tertera nama calon iaitu Perdana Menteri, Vladimir Putin and Presiden Dmitry Medvedev.
Rakyat Rusia sehingga kini masih keliru dengan keadaan politik negara itu apabila Putin dan Medvedev dilihat sama-sama berkuasa sebelum dua pemimpin itu mengarahkan pilihan raya dibuat bagi menyelesaikan kemelut itu. - Agensi