Sabtu, 26 Jun 2010

Canteknya!!


Canteknya sulaman Bukit Tinggi nie....takla mahal sangat..RM 180 jer...ada kat busana mama kat iklan shoping saya..bile la dapat beli...tak der tukang jahit pulak..tula masalahnya...

Rosyam Nor Sakit Jiwa

Rosyam 'sakit jiwa' dituduh penipu




PETALING JAYA - "Jiwa saya kacau, emak menangis dan orang asyik tanya kepada isteri sampai tak tahu hendak letak muka di mana."

Demikian luahan produser dan pelakon terkenal, Rosyam Nor, (gambar) 43, yang mengalami tekanan selepas dituduh menipu pelanggan dalam pelaburan perniagaan jualan langsung (MLM) di bawah syarikat Power Impian International Sdn. Bhd. yang menggunakan Rosyam Nor Group (RNG) sebagai jenama untuk menarik rangkaian ahli baru.

"Saya gelak dalam tangisan sekarang. Saya sudah berhabis duit sebanyak RM300,000 daripada hasil berlakon semata-mata hendak membabitkan diri dalam perniagaan ini sambil membantu orang lain tetapi kena juga fitnah.

"Barangkali timbul perasaan tidak puas hati daripada orang tertentu kerana kejayaan saya mengumpul 3,000 ahli di bawah saya selepas melibatkan diri pada April lalu," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Hotel One World di sini semalam.






Khamis, 24 Jun 2010

Lady Gaga maken seram!

Lady Gaga makin menyeramkan



LADY GAGA sangat terkenal dengan stail pakaian pelik dan persembahan pentas yang di luar jangkaan.


LOS ANGELES - Keanehan Lady Gaga tidak mengenal batasan. terbaru, penyanyi berkenaan mahu berkongsi pentas dengan mayat supaya konsertnya tampil lebih unik, lapor sebuah akhbar semalam.

Bergabung tenaga dengan pengawet dan pengumpul mayat terkenal, Gunther Von Hagens bagi menyeramkan lagi suasana konsert jelajah Monster Ball, Lady Gaga sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menyimbah 'darah' sebagai hiasan latar konsertnya.

Kini, dia mahu pengawet mayat tersebut mereka set untuk konsertnya di Las Vegas pada Mac tahun depan.

"Dia (Lady Gaga) terpesona dengan kerjaya dan kehidupan Gunther. Lelaki itu membesar di Jerman, negara yang disukainya," kata seorang rakan penyanyi itu.

"Tambahan pula, idea sebegitu belum pernah dicuba sebelum ini. Ia akan memberi keunikan pada konsert jelajah Lady Gaga kali ini," tambahnya.

Lady Gaga, 24, atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta popular menerusi lagu-lagu seperti Just Dance dan Poker Face. - Agensi






Selasa, 22 Jun 2010

Nenek tertipu cinta internet

Nenek tertipu cinta Internet



TUN HISAN (dua dari kiri) menunjukkan barang yang dirampas daripada anggota sindiket parcel di IPK Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN – Hajat seorang nenek di sini untuk membina mahligai impian dengan jejaka kacak warga Britain musnah apabila dia dijerat dalam satu sindiket penipuan parcel oleh sekumpulan lelaki warga Nigeria.

Gara-gara tidak tahan dengan tutur manis suspek menerusi Internet termasuk dijanjikan pelbagai hadiah berharga dalam bentuk mata wang pound membuatkan wanita berusia 73 tahun itu kerugian RM150,000.

Mangsa dikatakan termakan pujuk rayu sindiket tersebut yang terdiri daripada 11 lelaki Nigeria yang berpura-pura bercinta serta ingin berkahwin dengannya.




Tragedi Pantai Cahaya Bulan

Tragedi Cinta Berahi



ANGGOTA polis mengusung mayat pelajar yang ditemui mati di sebuah pusat peranginan di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Telah hampir 20 tahun pantai peranginan terkenal di sini ditukar nama kepada Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Namun semalam, kenangan terhadap nama lama iaitu Pantai Cinta Berahi kembali segar di kalangan penduduk Kelantan apabila seorang pelajar wanita berusia 17 tahun ditemui mati di sebuah pusat peranginan di pantai itu.

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Pasir Mas dekat sini mati selepas mengalami pendarahan berlebihan akibat keguguran kandungan.

Sebelum menemui ajalnya, mangsa dikatakan menyewa sebuah bilik di pusat peranginan itu dengan alasan untuk 'mencari ketenangan' selepas mendakwa mempunyai masalah peribadi.




Isnin, 21 Jun 2010

sembunyi dadah dalam coli



ROSLAN menunjukkan dadah, wang dan coli yang dirampas dari seorang janda pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Taktik seorang janda menyorokkan dua bungkusan dadah jenis heroin di dalam coli yang dipakainya terbongkar selepas dia ditahan di perhentian bas di sini Khamis lalu.

Dalam operasi pada pukul 6 pagi, polis menemui 20 botol heroin seberat 83 gram yang dibungkus menggunakan surat khabar bertulisan Thailand dan disembunyikan di coli kanan dan kiri yang dipakai janda berusia 43 tahun itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, turut ditahan dalam operasi itu rakan suspek yang juga seorang janda berusia 30 tahun.

Kedua-dua janda itu mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand.






Ahad, 20 Jun 2010

Bisu kerana piala dunia

Bisu akibat tiup kuat vuvuzela Piala Dunia


RAMAI penonton gemar meniup vuvuzela sepanjang Piala Dunia bagi memeriahkan perlawanan sehingga membingitkan suasana stadium.


CAPE TOWN - Seorang wanita kulit putih Afrika Selatan, Yvonne Mayer, 29, hilang suara selama dua hari selepas meniup trompet tradisi masyarakat negara itu, vuvuzela pada satu parti jalanan Piala Dunia 2010 di Fan Park di sini baru-baru ini.

Dia yang bekerja sebagai jurujual insurans tempatan diberitahu seorang doktor ketika mendapatkan rawatan di Hospital Medi-Cross di sini yang mendapati tekaknya pecah namun, pegawai perubatan menasihatkan Mayer untuk tidak makan dan minum dalam tempoh 48 jam.

"Ini kali pertama saya meniup trompet popular itu Isnin lalu dan kemudian langsung tidak boleh bercakap. Pada mulanya saya menyangka tertelan kumbang sebelum doktor yang memeriksa tekak saya mendapati ia sudah pecah," katanya.

Akibatnya, Mayer terpaksa berpuasa maraton dua hari untuk mengembalikan semula tisu tekak menjadi pulih manakala Dr. Scott Barker yang merawat wanita itu menyifatkan ia kes pertama seumpamanya disebabkan meniup vuvuzela. - Agensi





Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks