Isnin, 13 Oktober 2014

Shaklee beauty care

Shaklee amat sinonim dengan syarikat vitamin terunggul dengan keluaran vitamin/suplemen nya melebihi 27 produk selama lebih 50tahun. Dengan pakar nutrisi dari pelbagai latar belakang akedemik, telah berbillion diperuntukkan bagi kajian R&D nya. Telah juga diterbitkan jurnal2 kesihatan bagi tujuan penyelidikan. Oleh sebab itu, dalam kosmetik luarannya juga terdapat vitamin. Sudah tentu bebas kimia apatah lagi hydroqeuinon dan merkuri.

Saya sudah mencuba set ringkas ini, saya tidak lagi mengenakan foundation tebal apabila keluar dari rumah, jeragat di muka saya berkurangan paling ketara kulit wajah menegang setiap hari. Saya baru pakai set ni belum pun sebulan. Nanti saya akan kongsi kesannya lagi terhadap kulit saya ye.



1. Enfuselle Shaklee Hydrating Cleansing Lotion

Emulsi berkrim bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
    • Diperkayakan dengan emolien dan Vitamin E untuk kulit yang halus, seimbang dan berseri
    • Mencerahkan tona kulit
    • pH yang seimbang
    • Hipoallergenik

2. Enfuselle Shaklee Hydrating Toner

    • Meneutralkan tindak balas Pro-oksida yang boleh merosakkan kulit, melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle
    • Keberkesanan terbukti secara klinikal
    • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi (‘iron’) dalam air paip
    • pH yang seimbang
    • Rumusan tanpa alkohol yang membantu menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
    • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit
    • Diperkayakan dengan ekstrak ‘witch hazel’ dan ‘kamomil’ untuk menyegarkan dan menghaluskan kulit wajah
    • Mengecilkan liang pori untuk kulit lebih halus
    • Hipoallergenik

3. Enfuselle Shaklee Hydrating Moisturizer

Krim pelembap tanpa minyak dan tidak melekit. Diperkayakan dengan agen pelembap untuk menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta merta. Mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah. Hipoallergenik dan terbukti secara klinikal
    • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
    • 195% pengurangan garis halus dalam masa 28 hari
    • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
    • Kesan ketara dapat dilihat serta merta dan kekal selama 24 jam
TESTIMONI 





KEUNIKAN ENFUSELLE SHAKLEE

  • Dirumus khas secara klinikal
  • Berasaskan botani
  • Mengandungi PH yg seimbang
  • Hypoallergenic (sesuai utk kulit yg sensitif)
  • Tidak menyumbat liang roma
  • Diuji oleh Dermatologist
  • Tidak diuji ke atas haiwan
  • Bebas sabun , pewarna, paraben.
  • Tidak mengandungi animal-derived ingredient

Dapatkan konsultasi dari saya :
014-2375034
whatsapp.call.sms







Ahad, 12 Oktober 2014

Belimbing kecilkan pori wajah dan kurangkan jeragat


Assalamualaikum,
Eh, buah ini baru saja menjadi kegemaran saya. Rupanya banyak khasiat untuk kecantikan kerana buah ini kaya dengan VITAMIN C, VITAMIN A DAN ZINC. Ketiga-tiga vitamin ini wajib kita ambil untuk kecantikan dan keremajaan kulit ye. Berita baik, zinc juga boleh merawat jeragat/tompok hitam kecil pada wajah. Selain untuk kulit, banyak lagi khasiat lain yg boleh kita dapat dari belimbing ni ye.


pori muka kecil

Antara khasiat-khasiat buah belimbing : 

  1. Buah belimbing mengadungi beberapa vitamin yang memberikan efek mengecilkan pori pada kulit manusia. Vitamin yang terkandung dalam buah ini adalah Vitamin C dan Vitamin A. Vitamin C dan A ini akan memberikan efek pada kesegaran kulit dan meremajakan kulit yg semakin tua.
  2. Menjaga daya tahan tubuh, dalam buah belimbing ditemui banyak bendalir yang berfungsi sebagai pengganti ion tubuh yang hilang selepas terhidrasi.
  3. Mencegah penyakit kanser.
  4. Mengatasi kurangnya nafsu makan, buah belimbing kaya dengan viatmin A dan retinol yang berfungsi dalam merangsang nafsu makan pada manusia
  5. Mengubati penyakit Hypertensi/darah tinggi.
  6. Mengurangi kadar gula pada tubuh, khusus bagi pesakit kencing manis dianjurkan banyak mengambil buah Belimbing. Kandungan ZINC di dalam buah belimbing meransang penghasilan insulin.
  7. Menyegarkan nafas dan menyembukan ulser.
  8. Melancarkan sistem pencernaan kerana dalam belimbing mengandungi banyak cairan dan fiber.
  9. Menurunkan panas pada tubuh, bagi anda yang menderita demam maka buah belimbing boleh menurunkan panas dengan cepat.
  10. Menghalang jerawat , bintik2 putih dan jeragat pada muka.

Erm.. best kan khasiat buah belimbing ni, saya suka yg tak berapa masak, gaul sikit dengan garam.. fuhh.. nikmat..memang sedap.. rupanya khasiatnya pun banyak. 
Pun begitu, berhati-hati bagi PESAKIT BUAH PINGGANG, di nasihatkan agar mengelak dari makan terlalu banyak buah belimbing ni, kerana buah ini kaya juga dengan ASID OKSALAT, asid ini akan tinggal di dalam buah pinggang pesakit. So, boleh makan buah lain tapi bukan buah belimbing yer..

belimbing untuk diebetes


KHASIAT ZINC COMPLEX SHAKLEE
So, di sini saya nak kongsikan beberapa khasiat zinc complex shaklee yg boleh di dapatkan dalam bentuk tablet putih yg kecil. Vitamin ni antara yg mampu dimiliki kerana harga nya yg sangat berpatutan.

zinc complex shaklee
Zinc complex shaklee dari sumber organik

KHASIAT
PENERANGAN

Mengaktifkan 200 jenis enzim
Berkebolehan mengabung DNA,RNA & protein seterusnya merangsang sel2 baru.
Mengaktifkan lebih 200 jenis enzim dalam tubuh utk memelihara pertumbuhan gigi & para remaja.
 Membentuk Kolagen
Membantu pembentukan protein utama bagi tisu sokongan dalam badan serta perkembangan kulit,kuku & organ. 
Memperbaiki Diabetes
Membantu pengeluaran & pengekalan insulin serta mencegah diabetes.
Bintik putih kuku
Tanda kekurangan zinc yg boleh mnyebabkan depresi,lemah daya ingatan,mudah sakit,pemulihan luka yg lambat,pembengkakan prostat,anemia,lemah daya penglihatan @ hilang daya penglihatan
Mempertingkatkan sistem imum
Membantu pengeluaran kelenjar thymus.
Kelenjar Thymus mempertingkatkan sistem imum dgn pengeluaran T-cells utk mnentang kanser & menghalang virus@bakteria penyakit.
Cepatkan pemulihan luka
Memulihkan luka dalam & luaran selepas pembedahan, memperbaiki alergi & bintik dikulit.
**hancurkan zinc & tabur ditempat luka utk mempercepatkan pemulihan luka.
Memperbaiki masalah prostat
Melindungi masalah kesihatan prostat,memperbaiki & menyembuh pembesaran kelenjar prostat
**Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dlm kadar 70%
Kemampuan seks lelaki
Pengambilan utk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki,menggalakkan penghasilan sperma & impoten.
Zinc yang secukupnya penting utk keupayaan seks yg bertenaga.
Ovulasi wanita
Membantu pengucupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.
Memperbaiki radang kulit
Kajian menunjukkan pengambilan zinc sbanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit sperti akne & jerawat.
Mengekalkan deria bau
Kekalkan deria bau yg sihat & sensitive (rasa & bau)
**Zinc adalah khazanah lelaki. Tahukah anda zinc dlm prostat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain & merupakan peranan penting dlm organ seks lelaki.
Rawatan Ekzema

Juga dikenali sebagai dermatitis atopic iaitu gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan.
Zink menyembuhkan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
Rawatan Jerawat
Mineral ini mampu menghilangkan jerawat dari kulit dengan mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yg memainkan peranan yg dominan dalam menyebabkan jerawat.
Berhubungkait dengan sintesis kolagen yg membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit & kekalkan kulit sihat.

Fungsi Biologi
Seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman
Rawatan Botak
Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Pemulihan yang disyorkan oleh doktor  ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink.
Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
Rawatan Buta Malam
Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan.
Dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks