Rabu, 4 Ogos 2010

Great photo picture thousand meaning than words

Love it so much ! I cried when first looking at it.

www.kute-group.blogspot.com


www.kute-group.blogspot.com

www.kute-group.blogspot.com

HDR tu apa ?

Hehehe...
aku baru tau jer ilmu nie..walaupun dah selalu gak guna teknik ni masa edit gambar guna photo~cop..
HDR =  High Dynamic Range. 


Teknik edit nya membenarkan julat dinamik bagi 'luminance' antara kawasan cerah dan gelap lebih besar berbanding dengan teknik imej digital biasa. 
fotografer boleh memperhaluskan setiap ruang gambar secara realistik dalam bentuk grafik yang seperti bukan dari gambar nyata ( ia diedit dari gambar yang betul).
Gambar kelihatan hebat bukan sebahagian, tapi keseluruhannya.


Di bawah ni beberapa contoh foto HDR yang hebat yang aku
suka !
sebelum efek HDR-----------------------selepas efek HDR









image9




image2
























Isnin, 2 Ogos 2010

HDR First trial


Tak cantek langsung !! my first HDR try .

Terima Kasih sayang..






Hari ni rasa sakit sangat kepala berdenyut di dalam tempurung
terpapar keluar dari wajah ku, sugul..
aku tiba2 menangis memeluk Adi yang bergegas kerana sudah terlalu lewat ke tempat kerja
susah aku rasa nak lepas, peluk ku semakin erat..
Aku tak masak untuk Adi hari ini..
rasa serba salah dan kecewa dengan diri sendiri..
Aku melepaskan dia di depan pintu tanpa senyum tapi dengan wajah tawar , masam mencuka
aku rasa ingin dia disamping
tapi dia perlu pergi kerja
20 minit kemudian
aku dengar deruman enjin motor Adi dari luar rumah
Aik ??!!
aku meluru membuka pintu
Adi sua bungkusan makanan yang dibelinya dari pasar malam
Dia sudah sangat terlewat ke tempat kerja
tapi masih sempat melayan karenah banyak songeh aku 

Tangan Adi aku cium sebelum dia pergi 
Aku terkedu
makan bihun sup
dengan penuh rasa cinta&sayang yang kuat.
Maafkan segala cacat cela isterimu ini..

Suamiku..
Terima Kasih untuk segalanya
Semoga Allah merahmati&memeliharamu
Semoga Kau tergolong dalam golongan yang DIA redhai..
Tiada balasan yg dapat kuberi untuk setimpal dengan kasih sayangMu..
I LOVE U so much..
Barakallahu fik..

1jk9i-100-1

MJ pergi jua...




Pagi tadi semasa bersiap ke sekolah
Adi peluk aku erat dari belakang
Air matanya tumpah ke atas bahuku
"Dia dah pergi..."
mataku bertakung air..
Aku faham dia sudah putus asa hidup
Setelah ke klinik semalam
doktor beri vitamin & ubat bengkak kaki dia
aku paksa dia telan vitamin
tapi bila paksa dia makan, dia marah
kuat ngauman dia mcm anak singa
bila makanan masuk dalam perut
dia muntahkan semula
dah macam2 aku cuba, ikan penyet, susu manis pun dah cuba juga..
kemuncaknya kemarin
dia tak mahu duduk dalam rumah walaupun diberi bantal empuk
dia macam nak lepak kat luar
aku letak dia di luar, mungkin dia bosan dalam rumah
bila di luar dia diam,
termangu di tepi jalan, memandang langit kemudian lena
Menangis juga aku lihat penderitaan dia...
Kata makcik yang aku jumpa dekat klinik haiwan semalam
mungkin MJ kena penyakit PAVO
penyakit yang tiada ubat bagi kucing jalanan..

Aku kuak pintu depan untuk melangkah ke sekolah
berjurai air mata aku 
melihat tubuh MJ kaku sambil kepalanya berbantal lengan
mukanya betul2 menghadap pintu ketika aku buka pintu
Adi ambil perlahan2
Adi tanam MJ di belakang rumah
sambil mengesat air mata

" kita belum sempat beri dia makan, dia sudah pergi"
ayat Adi berbau kesal.

MJ 
tetap dalam ingatan aku
walau terlalu sebentar 
dia menumpang di sini...............
Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks