Sabtu, 29 Mei 2010

Sex and the city hina siapa??

Sekuel Sex and the City hina Islam


2010/05/29

Media Amerika anggap watak, skrip cerita persenda wanita Muslim

LOS ANGELES: Sex and the City 2 (SATC 2) dianggap mempersenda agama dan orang Islam, menurut ulasan awal filem berkenaan.

Sekuel yang mula ditayangkan minggu ini menyaksikan watak utama, Carrie Bradshaw dan rakannya berkunjung ke Abu Dhabi dalam lawatan yang ditaja sepenuhnya.

Di sana, mereka berhadapan sikap lelaki Asia Barat yang tidak adil terhadap wanita serta menyindir wanita memakai niqab.
Watak Kim Cattrall sebagai penggoda, Samantha, menolak cara berpakaian konservatif tempatan dengan berpakaian nipis mendedahkan tubuh.

Pengulas majalah The Hollywood Reporter, Stephen Farber, berkata: “Gambaran tajam mengenai masyarakat Islam tidak syak lagi bakal mengundang kontroversi.

“Ada beberapa perkara dalam filem itu yang cuba memberi tafsiran politik tidak tepat. SATC 2 bertemakan wanita dan terang-terang anti-Islam, yang bermaksud ia mungkin mengundang pandangan liberal.”

“Pendirian bertentangan filem itu ditunjukkan dalam satu adegan di mana wanita terbabit melakonkan versi karaoke lagu I Am Woman dendangan Helen Reddy dalam sebuah kelab malam Abu Dhabi.
“Saat paling melampau apabila orang yang masuk campur diselamatkan sekumpulan wanita Islam yang menanggalkan jubah hitam mereka untuk mendedahkan pakaian ala Barat di sebaliknya,” katanya.

Ulasan lain di Amerika sependapat dengan sentimen itu. Pengkritik majalah Variety, Brian Lowry berkata, filem itu menggambarkan ‘beberapa hal tidak meyakinkan mengenai layanan ke atas wanita Islam. Walaupun ia sepatutnya kota Arab yang pesat membangun, ceritanya menunjukkan keangkuhan bukan menimbulkan kesedaran.’

Penulis majalah Slant, Ed Gonzalez berkata: “Ia seolah-olah filem yang membanggakan diri sendiri. Ia membawa gadis Sex and the City ke Asia Barat supaya mereka boleh bersikap hidung tinggi terhadap politik jantina rantau itu.”

Bagi penulis majalah New Yorker, David Edelstein, pula berkata: “Pemikiran di sebalik filem itu (ditulis dan diarah oleh Michael Patrick King) tersembunyi. Bermula dengan perkahwinan gay melampau!

“Kemudian hantar wanita ke Abu Dhabi supaya mereka boleh menghuru-harakan keadaan dengan seksualiti mereka! Selepas itu, mereka perkecilkan wanita memakai niqab namun adegan selepas itu menonjolkan penyatuan feminis! Mereka kelihatan hebat di padang pasir dan disaksikan pemuda Arab muda.”

Pembuat filem itu gagal mendapat kebenaran melakonkan filem terbabit di bandar Teluk terbabit oleh pihak berkuasa dan adegan itu sebaliknya diambil di Maghribi, namun skrip filem masih mengekalkan suasana di Abu Dhabi. Tayangan perdana SATC 2 berlangsung di Britain, kelmarin. – Agensi

Berita harian!

Millat Boikot Facebook?

Millatfacebook cabar Facebook


2010/05/29

Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

Berita Harian!

Jumaat, 28 Mei 2010

Subsidi akan dimansuhkan ?

Subsidi dimansuh
Oleh Norfatimah Ahmad dan Syuhada Choo Abdullah
bhnews@bharian.com.my
2010/05/28

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala, membentangkan peranan subsidi sempena Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Aizuddin Saad
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala, membentangkan peranan subsidi sempena Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Cadangan jimat beban perbelanjaan dalam lima tahun elak negara muflis

KUALA LUMPUR: Subsidi tol, bahan api dan tenaga serta gula, tepung dan minyak masak dicadang dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.

Cadangan itu yang dikemukakan Makmal Rasionalisasi Subsidi, dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, pada Hari Terbuka makmal berkenaan di sini, semalam, bagi mendapatkan maklum balas orang ramai sebelum dikemukakan dalam mesyuarat Kabinet, tidak lama lagi.



Idris berkata, Malaysia adalah antara negara paling bersubsidi di dunia dengan tahun lalu saja jumlahnya mencecah RM74 bilion merangkumi bahagian sosial (RM42.4 bilion), bahan api dan tenaga (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion).

“Jumlah subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah. Ini menimbulkan beban fiskal kepada ekonomi Malaysia dan kita patut menghindarinya bagi menyelamatkan negara menjadi muflis seperti Greece yang pendapatannya 100 peratus terpaksa membayar hutang,” katanya.

Beliau berkata, beban hutang negara kini mencecah RM362 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - yang tertinggi sejak merdeka dan dianggar meningkat kepada RM1,158 bilion menjelang 2019 yang boleh mengakibatkan negara muflis.

Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), berkata rakyat Malaysia harus sedar negara memberi subsidi tertinggi, iaitu 4.6 peratus daripada KDNK, malah lebih tinggi berbanding Switzerland (3.5 peratus), Indonesia (2.7 peratus) dan Perancis (1.4 peratus).
Dalam taklimatnya, Idris berkata, harga petrol dicadang dinaikkan sebanyak 15 sen seliter, diesel (10 sen seliter), manakala Gas Petroleum Cecair (LPG) sebanyak 10 peratus.

Beliau berkata, selepas itu harga minyak akan dinaikkan 10 sen seliter setiap enam bulan dan 20 peratus bagi harga LPG setiap tahun.

“Masanya sesuai untuk menaikkan harga petrol kerana harga minyak mentah dunia agak rendah sekitar AS$71.65 setong. Kita juga sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan mekanisme harga terapung,” katanya.

Makmal itu juga mencadangkan harga tepung dinaikkan 20 sen satu kilogram tahun ini dan 25 sen tahun depan, manakala gula naik 20 sen sekilogram setiap enam bulan sehingga 2012.

Harga minyak masak pula meningkat 15 peratus sekilogram tahun ini, 15 peratus lagi tahun depan dan selepas itu lima peratus setiap tahun sehingga Januari 2014.

Mengenai kadar tol, Idris berkata, kenaikannya akan dibuat mengikut perjanjian konsesi tetapi hanya membabitkan lebuh raya yang mempunyai jalan alternatif.

Idris berkata, cadangan itu akan dibuat secara berperingkat antara setahun hingga lima tahun supaya pelaksanaannya tidak membebankan rakyat.

Pada masa sama, rasionalisasi subsidi petrol juga dicadang memberi rebat tunai sebanyak RM54 kepada pemilik motosikal yang kurang 250cc, manakala kereta kurang 1,000cc mendapat RM126. Diskaun 20 peratus juga diberi untuk tambah nilai kad Touch n G0 bagi transaksi melebihi 80 sebulan.

Bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga makanan pula, rebat tunai RM20 diberi kepada pemegang kad MyKad atau MyKid untuk tahun pertama manakala tahun kedua diskaun hanya untuk pemegang kad MyKasih yang pendapatan seisi rumah di bawah kadar tertentu.

Beliau berkata, rasionalisasi subsidi minyak dijangka dapat menjimatkan RM44.9 bilion dalam tempoh lima tahun sehingga 2014, elektrik (RM35.9 bilion), tol (RM3.7 bilion), makanan (RM8.5 bilion).

Idris berkata, kerajaan juga akan mengurangkan pembaziran dalam bidang pertanian, perikanan, pendidikan dan kesihatan yang boleh menjimatkan sehingga RM16.3 bilion dalam tempoh sama.

Beliau bagaimanapun berkata, pelaksanaan rasionalisasi itu bergantung kepada keputusan Kabinet.

Berita Harian !



Tips Merancang keewangan keluarga

Merancang kewangan keluarga

Pada tahun 2009 tugas wanita untuk merancang bajet keluarga mungkin lebih mencabar.


"ORANG ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada."


IBU kepada empat orang cahaya mata, Fazuliana Wari Dali, 36, tidak pernah gagal daripada tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarganya.

Meraih pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan lukisan, dia tahu cara yang betul menguruskan kewangan.

Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, Fazuliana lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, dia masih membeli tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk tiga orang anaknya yang bersekolah. Sungguhpun isu kegawatan ekonomi sudah mula diuar-uarkan, Fazuliana masih belum merancang mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan sekolah anak-anak.

Sebaliknya, dia sentiasa menasihati anak-anak agar sentiasa menjaga perilaku supaya kelengkapan sekolah boleh digunakan sepanjang tahun. Menerusi kaedah ini, dia boleh berjimat tanpa perlu membeli baju sekolah yang baru.

"Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, saya perlu berbelanja sebanyak RM250.

"Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong. Jika masalah ini berterusan saya akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi," luahnya yang menjalankan perniagaan melalui Internet.


"SETIAP individu wajar mengamalkan sikap suka menabung."


Pengalaman selama 14 tahun bekerja di bank membuatkan Fazuliana memahami cara terbaik untuk menguruskan kewangan peribadi.

Tahun ini penuh dengan berita kurang enak mengenai ekonomi dunia. Malaysia dikatakan tidak terkecuali merasai tempias itu.

Menyedari perkembangan tersebut, kerajaan menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat. Pengguna perlu hanya membeli barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu.

"Benar, jika diperhatikan di Internet dan media, kebanyakan berita yang disajikan menyatakan negara kita bakal menempuh situasi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Tapi, orang ramai jangan mudah panik dan bimbang kerana semuanya bergantung pada gaya hidup anda sendiri.

"Sekiranya amalan jimat cermat sudah diamalkan sejak dulu lagi dan menabung, maka isu kegawatan ekonomi bukanlah suatu masalah yang besar. Malah, tatkala krisis berlaku pun kita tidak akan terasa keperitan itu," jelas Pengarah Urusan Life Specialist Financial Planners Sdn. Bhd., Laila Johari yang menyatakan setiap individu wajar mengamalkan sikap menabung.

Justeru, Laila menyifatkan tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai untuk orang ramai belajar menabung.




Jika sebelum ini sejumlah wang diperuntukkan membeli barangan berjenama, melancong ke luar negara atau menikmati hidangan di restoran adalah lebih wajar kita mengubah tabiat sedemikian.

Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara. Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah. Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga.

Selain menghakis sikap boros, obses menggunakan kad kredit juga harus dikawal.


"PENGGUNA perlu membeli hanya barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu. - Gambar hiasan"


Elakkan memiliki kad kredit lebih daripada satu kerana penggunaan kad kredit bakal membuatkan si pengguna terpaksa membayar hutang yang tinggi.

"Saya juga tidak bersetuju sikap pengguna yang gemar membayar hutang kad kredit sebanyak lima peratus pada setiap bulan. Hutang yang selebihnya tertunggak dan beralih pada bulan seterusnya. Semakin banyak hutang kad kredit, semakin tinggilah kadar faedahnya.

"Bagi golongan ibu bapa yang memakai kad kredit, disarankan supaya mereka menggunakan kad itu untuk hal-hal kecemasan atau kesihatan yang melibatkan ahli keluarga saja. Elakkan membeli barang menggunakan kad kredit kerana kesannya amat buruk," ujarnya kepada Kosmo!.


FAZULIANA (tengah) sentiasa menasihati anak-anak supaya bijak menjaga kelengkapan sekolah.


Laila mengakui sistem pengurusan kewangan keluarga terletak pada kebijaksanaan isteri dalam merancang perbelanjaan setiap bulan.

Kosmo !

Khamis, 27 Mei 2010

Dian Sastrowardoyo - persandingan

Dian, Indra keliling Laut Mediteranian




"SAYA tidak mampu menolak dan sudah mempunyai ketetapan hati untuk bernikah dengan Maulana Indraguna Sutowo," begitu lafaz aktres tersohor Indonesia, Dian Paramita Sastrowardoyo atau dikenali sebagai Dian sebelum diijabkabulkan pada 18 Mei lalu.

Tampak begitu anggun, pernikahan tersebut secara rasminya telah menukarkan status aktres berusia 28 tahun ini daripada gadis pingitan banyak jejaka kepada isteri buat arjuna tercinta.

Dengan hanya sekali lafaz, sah Dian bergelar isteri Indra yang juga merupakan belahan jiwanya sejak tahun 2008. Bersama Indra, akhirnya Dian menoktahkan pencarian cintanya selepas kecundang dalam beberapa episod 'cinta' termasuk bersama salah seorang anggota Too Phat, Malique serta lelaki yang digelar Mojojojo dan Abi Yapto.

Nyata, pencarian Dian juga tidak tersilap percaturan. Menikahi usahawan yang sudah menjadi tunangannya sejak 14 Februari, kata Dian, Indra yang lahir pada 4 Ogos 1982 itu adalah belahan jiwa yang paling tepat buat dirinya.

"Indra merupakan seorang lelaki bercita-cita tinggi. Saya menilai dia sebagai individu sebaya dengan diri, tapi semangat dia bekerja keras demi memperbaiki hidup cukup tinggi.

"Sekurang-kurangnya, saya dan anak-anak dapat bergantung sepenuhnya kepada Indra selepas mendirikan rumah tangga. Indra juga taat dan pintar.

"Kalau saya bertanyakan apa saja soalan, dia boleh menjawab panjang lebar berkaitan sesuatu kemusykilan. Senang cerita, saya pilih dia sebagai suami kerana Indra punya sosok sebagai pemimpin," jelasnya mengenai lelaki yang merupakan pemegang Sarjana Pengurusan daripada Kolej Bentley, Amerika Syarikat itu.

Benar, memang bisa dilihat bahagianya Dian apabila sah menjadi milik Indra melalui siri persediaan menjadi isteri lelaki tersebut.




Seawal tarikh 16 Mei, Dian dan Indra di kediaman masing-masing telah menjalani majlis khatam al-Quran. Dian yang sebelum ini merupakan seorang penganut Katolik tetapi memeluk Islam pada tahun 2002 nyata menzahirkan keikhlasannya memeluk Islam dalam upacara khatam tersebut.

Kelihatan tenang dan manis dalam rona busana merah jambu, majlis khatam tersebut seolah cermin kepada ketulusan Dian memeluk Islam bukan sekadar pada nama.

Tetapi seperti pengakuannya kepada Kosmo! sewaktu ditemu bual beberapa tahun lalu: "Saya berasa Islam adalah agama hakiki. Saya tidak membuat pilihan yang salah. Saya sangat teruja menganut agama ini.

"Saya suka solat, mengaji al-Quran, bertudung dan banyak perkara yang menakjubkan mengenai Islam saya temui. Ia terlalu indah dan satu-satunya agama yang mampu memberi ketenangan jiwa buat saya."

Kemudian pada 17 Mei, Dian dan Indra masing-masing melaksanakan upacara adat siraman dan upacara malam midodareni di kediaman keluarga Dian.

Sehari kemudian, usai siri adat tersebut, Dian dan Indra dinikahkan oleh Bapak Sobari dari Jabatan Urusan Agama wilayah Jakarta Selatan dengan berwali pakciknya, Aswin Sastrowardoyo dan saksi oleh Bapak Iwan Joesoef di Hotel Dharmawangsa.

Setelah terikat dengan akad, Dian kemudian menerima mas kahwin berupa emas seberat 185 gram.

Akhirnya, mereka meraikan cinta dengan sebuah resepsi gemilang pada 22 Mei yang dilaksanakan di Jakarta Convention Centre.

"Kami sangat berterima kasih dengan atas doa semua pihak dan bersyukur kerana semua majlis berjalan lancar. Harapan kami pernikahan ini dapat memberi berkat tidak hanya buat kami berdua, tapi juga untuk semua.

"Semoga pernikahan kami menjadi sebuah ibadat dan menjadi pasangan yang berguna buat masyarakat," kata pasangan ini usai siri majlis gemilang tersebut.


KHATAM al-Quran. Dian khatam sebelum bernikah. Dia sebelum ini merupakan penganut Katolik.


Namun di sebalik majlis yang gemilang, Dian melahirkan perasaan sedihnya kerana tidak dapat meraikan hari bersejarah bersama bapanya yang telah lama meninggal dunia.

"Kalau bapak masih hidup kira-kira perasaan dia seperti apa, dan kira-kira kalau upacara ini terjadi sama bapak, bagaimana kehangatan yang saya rasa.

"Sebenarnya, saya juga mahu sangat Indra mengenali bapak saya. Jadi sekarang, saya hanya memberi Indra melihat foto bapak dan menceritakan tentangnya saja," kata Dian yang menitiskan air mata saat dinikahkan kerana terkenang arwah bapanya.

Suri rumah

Dian, seindah nama dan wajahnya, adalah sosok selebriti terkenal yang meraih populariti luar biasa di Malaysia lewat filem pecah panggung, Ada Apa Dengan Cinta.

Ironi biar sudah terlebih dahulu terlibat dalam filem seperti Pasir Berbisik, karakter Cinta yang dimainkan Dian membikin sebuah gelombang tersendiri dalam hidup ramai remaja.

Melihat wajah manisnya dan kredibiliti lakonannya, Dian yang mula memasuki industri pada tahun 1996 selepas dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama kulit majalah Gadis pantas menggamit perhatian.

Sudah menggondol pelbagai anugerah termasuk aktres terbaik, Dian yang juga cukup laris sebagai wajah komersial pelbagai produk termasuk Lux dan Panasonic, tidak takut untuk meninggalkan dunia glamor.

Malah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pemegang Ijazah Falsafah daripada Universiti Indonesia yang juga terkenal melalui filemBanyu Biru dan Ungu Violet ini sudah mula memperlahankan barometer dunia glamornya.


DIAN Sastrowardoyo tersipu malu sewaktu malam midodareni yang menjadi adat budaya keluarganya.


Malah dia juga selektif untuk berlakon agar tidak kelihatan klise. Seorang yang begitu sederhana tetapi mempunyai misi besar dalam kehidupan, pemilik Yayasan Dian Sastrowardoyo ini kini bersedia untuk berehat seketika daripada dunia seni untuk memberi tumpuan kepada rumahtangganya.

Melalui pakciknya yang dikenali sebagai Rully, Dian menyatakan hasrat untuk menjadi suri rumah buat sementara waktu. Tetapi keputusan tersebut bukan didorong oleh suaminya, Indra.

"Indra memang tidak melarang Dian untuk bekerja, atau melakukan aktivitinya sebagai seorang artis. Tetapi Dian sendiri yang memilih untuk memberi fokus terhadap keluarga terlebih dahulu.

"Menurut apa yang disuarakan kepada saya, Dian dan Indra punya kesepakatan untuk membangun keluarga yang sakinah, mawaddah, warrahmah," kata Rully kepada media.

Hal itu terlebih dahulu diperkukuhkan Indra selepas memegang tanggungjawab menjadi suami Dian. Katanya kepada KapanLagi.com, dia dan Dian sudah saling mengerti tentang profesion masing-masing. Namun kata Indra, berbeza sewaktu bercinta, hidup berumahtangga memerlukan persefahaman dan keputusan bersama.

"Kami saling menghormati profesion masing-masing. Tapi yang pasti dalam kehidupan perkahwinan akan banyak diskusi dan komunikasi untuk ambil keputusan, salah satunya ya tentang pekerjaan.

"Saya sama Dian dari awal sudah mengerti pekerjaan satu sama lain. Kalau memang Dian masih mahu meneruskan kariernya sebagai artis, saya tidak ada sebarang masalah.

Saya akan terus menyokong dia," ujar Indra sambil memberitahu kesepakatan mereka adalah memberi keutamaan kepada keluarga dahulu berbanding karier.

Sementara itu, saat ditanya mengenai zuriat, baik Indra maupun Dian, mereka lebih menyerahkan soal ini kepada Yang Maha Kuasa.

Tetapi saat ditanya tentang destinasi bulan madu, pantas pasangan ini memberitahu: "Kami mahu keliling Laut Mediterranean kerana belum pernah menjejak kaki ke sana," kata Dian penuh teruja. - MALIAH SURIP


Selasa, 25 Mei 2010

Plastik terbiodegrasi ??

HANAFI (tengah), Noor Aziah (kiri) dan Zhang Xian menunjukkan plastik Fruitplast yang diperbuat daripada kulit buah di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi tampil dengan inovasi terkini apabila sekumpulan tiga penyelidiknya berjaya menghasilkan plastik mesra alam menggunakan konsep teknologi hijau bagi menggantikan plastik yang tidak boleh terurai untuk kegunaan pembungkusan.

Kumpulan penyelidik itu diketuai oleh Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Prof. Dr. Hanafi Ismail dengan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Noor Aziah Abdul Aziz dan Ooi Zhang Xian dari Bahagian Sains dan Teknologi Makanan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM.

Menurut Hanafi, plastik yang mampu terurai itu dihasilkan daripada bahan buangan buah-buahan tropika seperti kulit pisang, kulit rambutan dan kulit serta jerami buah cempedak.

"Pada masa ini, kebanyakan plastik komersial dibuat daripada petroleum dan gas asli yang tidak boleh terurai.

"Idea kami adalah untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yang disebabkan oleh petroleum berasaskan polimer yang lengai dengan serangan mikro organisme dan tidak terurai," katanya pada sidang akhbar memperkenalkan produk berkenaan yang dinamakanFruitplast di sini semalam.

Katanya, proses menghasilkan Fruitplast mengambil masa seminggu untuk menukarkan sisa buah-buahan menjadi lapisan plastik.

Kosmo !

KESAN BURUK PLASTIK ! YG KITA GUNA HARI2....ADOI !

Beg plastik sangat memudahkan kehidupan harian kita, susah kalau tak ada beg plastik, ia ringan, kalis air ( dalam hujan pun barang kita boleh selamat) dan paling penting ia nya murah ( memang free pun)
Tapi sedarkah kita akan keburukan beg plastik ini?

Di sini saya kutip maklumat tentang keburukan beg plastik..
Pembuangan merata-rata: setelah digunakan, beg akan dibuang sebab ia senang didapatkan, di tapak pembuangan sampah tentulah dimonopoli oleh plastik. Setiap tahun ia bertambah. Apabila kita berjalan pun, pasti terserempak plastik di jalanan, di tempat parking, di pantai, di bandar dan di longkang. Jika ia dibakar sekalipun, ia akan menghasilkan asap bertoksik yg sebenarnya mencemarkan ruang udara.


Plastik beg pembunuh haiwan. Terdapat 100,000 binatang seperti dolphin, penyu, ikan paus, penguin terbunuh disebabkan plastik beg. Binatang2 ini mungkin termakan beg plastik yg disangkanya makanan, akhirnya mati kerana ia tidak dapat mereput/dicerna. Dan yg paling teruk, apabila seekor mati, bangkainya mungkin mereput, tapi plastik itu tetap wujud di tempat binatang itu mati, dan yang lain pula akan makan, dan ini berterusan!


Beg plastik tidak terbiodegrasi. Dan sesuatu yang paling malang adalah beg plastik tidak akan terbiodegrasi/terurai. Pereputan nya mengambil masa 1000 tahun !

Petroleum diperlukan dalam penghasilan beg plastik. Petroleum yg sepatutnya digunakan untuk penjanaan tenaga yg lebih penting disia-siakan dalam menghasilkan plastik?? Bekalan petroleum ini akan berkurangan. Ianya begitu berharga untuk dibuang begitu saja ke dalam tong sampah!

Jadi, bolehkan kita ubah budaya plastik ini?
Berhenti ! dan cuba berfikir sejenak tentang alam kita ini...

Kita boleh guna beg tote yg besar dan troli untuk membawa barang2..
beg tote ini disimpan dan diguna lagi...


BEG INI DIPERBUAT DARI BEG PLASTIK
( TAHAN 1000 TAHUN ! )

atau...mungkinkah berita dari kosmo di atas, akan menginovasikan penciptaan plastik yang terbiodegrasi dan selamat digunakan ! TAHNIAH !

Isnin, 24 Mei 2010

Masyarakat terpencil di Texas


Imbas semula laporan kosmo December 2009

Eldorado - Texas : "Bapa saya mempunyai empat orang isteri, namun dia masih tidak boleh menahan nafsunya terhadap anak-anak perempuannya. Saya telah didera secara seksual oleh bapa saya sejak saya berumur tiga tahun setengah lagi.

"Seorang kakak saya mempunyai lima orang anak lelaki dan semuanya diliwat oleh bapa mereka."

Demikian luahan Rena Mackert, 54, seorang bekas pengikut Fundamentalist Church of Jesus Christ of Latter Day Saints (FLDS) yang didakwa berteraskan ajaran dahulu kala Mormon kepada media dalam satu temu bual pada April tahun lalu. Temu bual itu diadakan tidak lama selepas serbuan pihak berkuasa Texas, Amerika Syarikat (AS) di markas ajaran itu, Ladang Yearning for Zion (YFZ) dekat Eldorado, Texas.

Baru-baru ini, isu itu kembali menarik perhatian. Perbicaraan melibatkan 12 lelaki pengikut FLDS yang didakwa melakukan serangan seksual ke atas gadis bawah umur dilaporkan tertunda. Ini kerana pihak pembela mempertikaikan kredibiliti hakim Barbara Walther kerana mencampuri urusan pemilihan juri.

Terdahulu, Ketua FLDS, Warren Jeffs telah pun menerima hukuman penjara 10 tahun setelah disabitkan kesalahan kes rogol kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun dan berkahwin dengannya.

Memang pelik tetapi benar apabila terdapat sekumpulan manusia yang menganut sesuatu kepercayaan dan amalan yang bertentangan dengan norma masyarakat umum. YFZ yang berkeluasan tujuh kilometer persegi dihuni oleh 700 pengikut FLDS yang mengamalkan poligami melampau.

Golongan alim FLDS percaya amalan poligami dapat membawa kepada keselamatan dan kesejahteraan yang kekal abadi kepada mereka. Kaum lelaki bertindak kejam ke atas gadis-gadis bawah umur di mana mereka dipaksa berkahwin demi memenuhi 'nafsu serakah' di sebalik agama.

Amalan-amalan karut seperti penderaan kanak-kanak, perkosaan kanak-kanak dan penderaan fizikal wanita turut dilakukan. Lebih teruk sesetengah amalan-amalan karut itu dilakukan di dalam rumah ibadat mereka.

Menurut seorang wartawan Mike Watkiss dari Phoenix's KTVK, yang membuat liputan mengenai komuniti FLDS, kanak-kanak perempuan di sana akan dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki-lelaki berumur.

Sementara itu, kanak-kanak lelaki juga tidak terlepas daripada azab. Mereka dipaksa bekerja dan gaji yang mereka peroleh akan disalurkan untuk kebajikan rumah ibadat.

"Pada zaman demokrasi ini, masyarakat bebas menentukan hak mereka. Bukan seperti FLDS yang memperlakukan manusia seperti hamba," kata Mike.

Selebriti berpengaruh, Oprah Winfrey dalam lawatannya ke YFZ pada Mac lalu terpaksa melalui jalan yang panjang sebelum sampai ke kawasan YFZ. Malah kawasan tersebut juga berpagarkan rantai besi.

Tiba di kawasan tersebut, kelihatan penduduk di sana menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan bersembahyang di rumah ibadat. Mendekati kanak-kanak FLDS, Oprah mendapati mereka tidak kenal langsung watak animasi Mickey Mouse, Scooby Doo, Sponge Bob dan lain-lain.

Kanak-kanak tersebut hanya bersekolah dan diajar untuk bercucuk tanam sahaja. Jika bersekolah pun, kanak-kanak tersebut hanya diajar dengan ajaran agama yang sesat.

Oprah berkesempatan menemubual dua mangsa adik-beradik yang dipercayai dirogol dan dipaksa berkahwin iaitu Elissa Wall dan kakaknya, Teressa Wall.

Elissa berjaya keluar daripada masyarakat poligami ajaran Jeffs pada usia 17 tahun. Elissa tidak menyangka yang dia begitu berani menentang ajaran Jeffs yang dianggap Nabi oleh puak FLDS itu.

Pada usia Elissa 14 tahun, dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya, Allen, 19.

"Perkahwinan dibuat bukan melalui persetujuan. Seseorang yang berlagak Nabi iaitu Warren Jeffs adalah dalang di sebalik perancang perkahwinan tersebut," kata Elissa.

Bagi kakaknya Teressa pula, pada usianya mencecah 14 tahun, dia telah dihantar bekerja di kilang pembalakan Bountiful, Kanada.

Teressa bekerja di sana sehingga usianya menjangkau 17 tahun apabila dipaksa berkahwin. Hasil perkahwinannya, Teressa memperoleh seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

"Saya tidak mahu dua anak perempuan saya mengalami nasib yang sama iaitu berkahwin pada usia yang muda. Mereka seharusnya memperoleh pendidikan yang sempurna," katanya.

Kebanyakan wanita di YFZ tidak tahu cara untuk menyelamatkan diri. Mereka tidak tahu arah tujuan untuk membawa lari anak-anak mereka daripada menjadi mangsa kekejaman FLDS.

Mengenai kewujudan YFZ di Texas, ia berlaku pada 25 Mac 2004. Ketika itu, pengikut-pengikut FLDS meninggalkan Utah dan Arizona setelah kedua-dua negeri itu menguatkuasakan undang-undang antipoligami dan masyarakat mengecam poligami.

Kawasan YFZ terdiri daripada beberapa buah kuil, pusat rawatan kesihatan kecil, 8,839 meter persegi rumah milik Jeffs, rumah mesyuarat, beberapa pokok balak besar dan rumah-rumah konkrit.

Komuniti FLDS tidak memiliki sebarang pusat beli-belah besar, apatah lagi pusat hiburan. Mereka hidup bersama di satu kawasan tanah tanpa didedahkan dengan perkembangan dunia luar.

Mereka hanya didedahkan dengan sejarah yang direka oleh Jeffs. Malah, pembelajaran di sekolah juga melalui idea yang direka oleh Jeffs.

Wanita-wanita FLDS kelihatan seperti wanita Inggeris dahulu kala. Setiap hari, mereka hanya menyarung gaun panjang sehingga ke kaki yang berwarna polos, sama ada biru, merah jambu atau kuning lembut.

Jika mereka berjalan beriringan, dari jauh ia kelihatan sama. Rambut mereka juga tidak pernah dilepaskan mengurai tetapi diikat atau didandan dan digayakan dengan jambul yang tinggi.

Pada 3 April 2008, selepas Pusat Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Texas (CPS) dan pihak berkuasa lain menerima panggilan mengenai penderaan-penderaan yang dihadapi oleh remaja-remaja perempuan di sana, pihak berkuasa bersenjata Texas telah menyerbu kawasan YFZ.

Panggilan yang dibuat adalah melalui seorang remaja perempuan yang bernama Sarah, 16. Dia dipaksa oleh seorang lelaki berusia 49 tahun untuk berkahwin sekali gus menjadi isteri ketujuh lelaki tersebut.

Sarah yang selalu didera suaminya tidak tahan lalu mencari jalan keluar dengan menghubungi pihak berkuasa.

CPS membawa keluar 460 orang kanak-kanak yang terdapat di kawasan YFZ. Lebih daripada 50 orang wanita di sana yang dipercayai berkahwin pada usia antara 14 hingga 17 tahun.

Sedangkan, undang-undang di Amerika Syarikat menghalang remaja berumur 16 tahun ke bawah berkahwin.

Buat masa kini, kanak-kanak yang dibawa keluar daripada kawasan YFZ kekal ditempatkan di CPS, sementara pihak berkuasa masih menjalankan siasatan ke atas ajaran FLDS.

Setahun selepas serbuan, dua pertiga keluarga itu kembali semula ke kawasan YFZ dan para pemimpin FLDS pernah berjanji untuk menamatkan perkahwinan bawah umur.

Kini, salah seorang isteri kepada pengikut setia ajaran itu berjaya melarikan diri bersama lapan orang anaknya.

Wanita bernama Carolyn, 40, tampil ke khalayak dengan bukunya yang bertajuk Escape.

Melalui buku itu, Carolyn mendedahkan tentang ajaran menyimpang kumpulan itu yang dilabel sebagai 'fidofilia yang berselindung di sebalik nama agama'.

Dia telah dipaksa berkahwin pada usia 18 tahun. Malah, calon suaminya merupakan lelaki yang berusia 50 tahun.

"Saya menolak sekeras-kerasnya. Tetapi beberapa hari sebelum berkahwin, saya dikurung dan diasingkan daripada masyarakat sehinggakan saya tidak dapat bercakap dengan adik saya sendiri.

"Ia menjadi titik tolak untuk saya mempersoalkan segala ajaran yang saya terima.

Saya tidak mempunyai pilihan, selain mematuhi arahan suami, termasuk menganggap dirinya Tuhan," katanya.

Jika Carolyn enggan, atau gagal menjalankan arahan, dia akan dihukum.

"Mereka juga menghukum anak-anak kami untuk kesalahan yang kami lakukan. Setiap pergerakan kami diperhatikan, kami tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan sendiri, jauh sekali untuk memegang duit kami sendiri," katanya.







Temuramah Oprah dengan gadis YFZ.


Bila tengok temuramah si Oprah ni, apa yg kebanyakan orang-orang yang ditemuramahnya menceritakan perkara yang agak bertentangan dengan yang telah digembar-gemburkan oleh pihak media.

Sekumpulan gadis lingkungan 16 tahun dengan yakinnya mempertahankan pendirian mereka, di sebalik jubah/gaun khusus yg mereka pakai, mereka mengatakan bahawa bahagian tangan dan kaki mereka perlu ditutup kerana ia suci untuk dipertontonkan ( mcm tutup aurat ) oprah terlopong apabila mereka tidak berminat 'dating' atau menonton televisyen, di mana mereka hanya suka belajar dan ke ladang.

Bunyi cerita isteri-isteri yang berkongsi suami pula lain ceritanya, mereka saling sayang menyayangi dan bagi mereka cemburu itu satu kejahatan nafsu dan mereka akan terus tangani, apa yg tinggal hanyalah kehidupan yg saling membantu, menyayangi dan kebersamaan.

Mereka tidak perlukan duit, kerana mereka seperti mengamalkan sistem barter, semua orang bercucuk tanam dan menternak, jadi tukarlah apa yang sesua dengan keperluan. Bunyi pelik, tapi mereka bahagia dengan kehidupan begini, jauh dari materailstik duniawi.

Sekali lagi oprah terpongang apabila salah seorang dari gadis-gadis itu, menyatakan dia meminta ayahnya mengahwinkannya ketika umur 16 tahun tetapi ayahnya menangguhkan sehingga 19 tahun. Mereka juga mempertahankan bahawa, mereka tak akan setuju dengan kebanyakan gadis-gadis amerika kini yg lebih sanggup hidup dengan bebas ( seks bebas) daripada berkahwin ( keruntuhan moral), kahwin sajalah untuk merasai hidup suami-isteri.


Erm....fikirkan lah, mgkin ada segelintir yg tak betul, biasalah tu....mana-mana masyarakat pun mcm tu...


KAJIAN BEBAN TUGAS GURU

INFO: Kaji selidik NUTP mengenai beban tugas guru



Buat yg tidak mengetahui apa yg cikgu-cikgu kat sekolah dok buat, selain masuk kelas dan mengajar...

A: Urusan data, fail, buku rekod dan laporan

# Pemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolah
# Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), stok mata pelajaran dan bengkel
# Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan
# Penilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS)
# Buku Nilam Sekolah
# Laporan Adab Belajar
# Baitulmal dan biasiswa
# Laporan guru bertugas
# Urusan disiplin pelajar
# Urusan pusat sumber
# Program khas dari Jemaah Nazir
# Buku rekod kerja sekolah

B: Pentadbiran

# Pegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
# Pengurusan pentadbiran
# Kutipan yuran dan pelbagai
# Guru kelas

C: Kurikulum

# Jenis peperiksaan
# Program sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran
# Kertas kerja kajian tindakan
# Panitia
# Mata pelajaran
# Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
# Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

D: Kokurikulum

# Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar

E: Hal Ehwal Murid (HEM)

# Urusan HEM Sekolah Menengah Berasrama

Cuba kita sesama lihat dan renungkan susunan tugas seorang Guru yang Wajib dipikul oleh setiap Guru di sesebuah sekolah:

1. Guru Kelas:
a. Memikul tanggungjawab menjaga kebajikan pelajarnya.
b. Membuat segala carta tentang organisasi kelas yang dipegang.
c. Mengisi Maklumat Murid mengikut bilangan murid dalam kelas yang diamanahkan.
d. Kecerian kelas.
e. Inventori peralatan kelas.
f. Mengambil kedatangan pelajar setiap hari.
g. Projek Nilam
h. Kutipan Yuran
i. Isi Maklumat Kesihatan Murid
j. Isi Maklumat Kad 001 (entah apa-apa je nie - tak masuk akal keje nie).
k. Buat rekod PLBS
l. Isi markah ujian dan masukan ke buku rekod.

2. Guru Rumah Sukan:
a. Mengadakan latihan sukan 2 kali seminggu.
b. Kutip Yuran Rumah Sukan.
c. Menyediakan senarai nama ahli rumah sukan.
d. Membuat pemilihan pelajar untuk dipertandingkan.
e. Menempah dan mengedarkan makan minum kepada semua ahli rumah semasa sukan.

3. Guru Kelab/Persatuan:
a. Menjalankan Mesyuarat Persatuan.
b. Menjalankan Perjumpaan Kelab (seminggu sekali).
c. Menyediakan Laporan Perjumpaan Kelab.
d. Kutipan Yuran Kelab.

4. Guru Bertugas Mingguan:
a. Membuat Laporan Harian apa yang terjadi di sekolah.
b. Menyediakan persiapan apa yang berlaku pada minggu tersebut.
c. Hantar pelajar bermasalah ke klinik dan sebagainya.
d. Pastikan semua blok bangunan selamat digunapakai.
e. Tutup Pintu, Tingkap Kelas kalau ader yg terbuka waktu balik.
f. Buka pintu dewan untuk majlis rasmi.
g. Tutup Bilik Guru.
h. Periksa kebersihan tandas. (ader ke inipun kena buat…!!)

Akibatnya, shakhsiah pelajar terabai...Tak dak masa nak pandang pelajar walau sebelah mata, Tiba-tiba rasa nak membebel..

Rasa tanggungjawab ni sebenarnya menebal, melihat keruntuhan dan kebejatan sosial di kalangan pelajar sekolah hari ini semakin menjadi2...guru sekarang dah tak boleh jentik pun pelajar apabila pelajar melampau, maka laporan saja ditulis, merokok ke , membuli ke, last2 merogol ( ha padan !) ...tulis laporan ikut prosedur, A-Z pastu tindakan blur...

Ntahla...masa sambut hari guru sekolah sorang kawan ni, dia tangkap pelajar berpelukan dalam kelas masa sambutan hari guru !! tak fahamlah, mesti la kalu cg tu lempang jer budak2 tu, mak bapak datang serang sekolah sebab lebih sanggup tengok anak jadi "beruang" daripada jadi beruang...

Nauzubillah....semoga kita terpelihara dari kejahilan yg meragut semua iman dan taqwa kita...

senang jer, hilang iman, hilang lah moral...


Pembuangan bayi, berleluasa.


Bayi secomel ini menjadi idaman pasangan suami isteri mana pun, apatah lagi yang belum memiliki seorang pun. Tapi kejadian di Malaysia kebelakangan ini menjadi huru-hara dengan sewenang-wenangnya manusia melahirkan kemudian membuangnya begitu sahaja...seperti membuang tuala pakai buang..seperti membuang sampah..
Allah sudah mengingatkan bahawa rosaknya muka bumi ini adalah disebabkan tangan-tangan manusia itu sendiri..Maka tunggu sajalah bala dan bencana yg telah pun dijanjikan bagi mereka yang melanggar peraturan Allah ini...
Jika beginilah generasi kita, yang pada gambarannya mengamalkan pergaulan bebas yg menjerumus kepada kemaksiatan dan akhirnya ke lembah lebih hina, iaitu kerosakan ( berzina) menghasilkan kerosakan yang lain ( pembuangan bayi).. maka saya jadi takut untuk menggambarkan bagaimana generasi akan datang yang mungkin 100% terdedah kepada budaya ini...
puncanya adalah pergaulan bebas...

dan ini yang sudah semakin biasa terjadi..


Apa yang perlu kita lakukan adalah kembali kepadaNYA...
Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks