Khamis, 16 Disember 2010

Rancangan Realiti Bogel

 BARISAN peserta yang menyertai program realiti televisyen, The Nak'd Truth di Land O'Lake, Amerika Syarikat


LAND O'LAKES - Sebuah program realiti televisyen di Amerika Syarikat (AS) yang menjalani penggambaran di resort bogel Caliente, Pasco, memperkenalkan para peserta siri itu buat kali pertama, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Program itu, The Nak'd Truth menampilkan lapan orang peserta yang akan tinggal sebumbung tanpa memakai pakaian selama sebulan.

Mereka juga akan berkerja di resort itu yang terletak di negeri Florida.
Sebahagian peserta The Nak'd Truth itu yang terdiri daripada warga tempatan berkata, mereka teruja dapat menyertai program realiti tersebut.

Namun, tidak semua peserta memaklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan mengenai penyertaan mereka.
"Sebenarnya, saya pun masih belum memberitahu sesiapa," kata seorang peserta lelaki, Wayd Dionne, 23.
"Cuma ibu saya yang tahu mengenai penglibatan saya dalam siri realiti ini dan dia menyatakan sokongannya kepada saya," tambahnya.

Sementara itu, para penerbit program realiti itu memberitahu, mereka akan mengaburkan bahagian sulit peserta selain menggunakan sudut kreatif kamera bagi mengelak kontroversi sepanjang siri itu ditayangkan. - Agensi

Ahad, 12 Disember 2010

Alasan-alsan si pelaku dedah aurat vs jawapan

Tercuit hati dengan  http://salafus-sholih.blogspot.com dalam entri  " alasan-kebiasaan-si-pelaku-dedah-aurat  " ingin menjadikan ia khazanah berharga buat hotneuzs.. sungguh tipu daya syaitan itu cukup halus, kerana syaitan adalah musuh yg sangat nyata..

" Hai orang-orang yang berbuat jahat ! " Bukankah aku telah memerintahkan kepadamu hai bani adam supaya kamu tidak menyembah syaitan.  sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu "  yaasin :60


Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi. Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

---------------------------------------------
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling. [1]

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi) [2]

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. [3]

4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi. [3]


Sumber:

Jumaat, 26 November 2010

Beberapa Amalan Yahudi Banyak dari Sunnah

Semuanya tidak menyalahi syariat, bahkan sebahagiannya mengikut sunnah Nabi kita Muhammad s.a.w. Apa yang telah diajar oleh Baginda s.a.w telah dipinggirkankan oleh umatnya sendiri. Lebih malang apabila ianya mula diamalkan oleh musuh yang paling membenci Islam.
                                            

1. “Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami.”.Bagi umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan agar wanita-wanita hamil agar sering mengalunkan ayat-ayat al-Quran dengan sebaiknya. Malah ahsan jika dibaca sebuah al-Quran secara istiqamah dan konsisten sepanjang membawa kandungan itu kerana fadhilatnya amat besar. Muslim ada meriwayatkan sepotong hadith tentang kelebihan membaca al-Quran:

عن أَبي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ
Telah menceritakan padaku Abu Umamah Al-Bahiliy R.A berkata : Aku mendengar Nabi SAW bersabda : “Bacalah oleh kalian semua Al-Qur’an, kerana ia akan datang pada hari Kiamat nanti sebagai pembawa syafaat bagi para pembacanya, bacalah oleh kalian semua “Dua yang Bersinar” (yaitu) Al-Baqarah dan Ali Imran, maka ia akan datang pada Hari Kiamat nanti bagaikan 2 naungan, atau bagaikan 2 awan, atau bagaikan 2 belahan burung dari angkasa yang menghalangi para pembacanya (dari api neraka –pen). Bacalah oleh kalian surah Al-Baqarah karena barangsiapa yang mengambilnya akan dilimpahkan berbagai kebaikan dan barangsiapa yang meninggalkannya akan ditimpa kerugian, dan tidak ada Al-Bathlah yang mampu mencelakakannya.” Berkata Mu’awiyah : Telah disampaikan kepadaku bahwa makna Al-Bathlah yaitu Tukang-tukang Sihir/Guna-guna.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hakikatnya, pendidikan anak-anak bukan bermula dari saat dilahirkan bahkan kajian menunjukkan pendidikan bermula dari alam rahim lagi. Anak-anak di alam rahim sudah terdidik dengan perlakuan ibu dan persekitarannya. Lantas, bacaan al-Quran amat penting untuk dialunkan sepanjang tempoh itu kerana ia berupaya merangsang minda bayi berkenaan. Ahammu as-syai’ (perkara yang lebih penting) adalah memasakkan kalimah suci Allah melalui kalamullah yang suci. Bagi yang bergelar muslim dan mu’min, maka di sinilah letaknya kepentingan memilih bakal isteri atau ibu kepada anak-anak yang bakal dilahirkan daripada kalangan perempuan-perempuan yang beragama kerana ia berupaya mewarisi keimanannya kepada zuriat-zuriatnya.

Dalam hal ini, benarlah apa yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi yang mahu melahirkan anak-anak yang pintar matematik dengan melatih anak-anak sejak di alam rahim lagi. Apa kata kita turut menjejaki langkah yang sama. Hafazlah al-Quran & hadith sewaktu mengandung agar anak yang dilahirkan nanti akan menjadi al-hafiz/ al-hafizah. Belajarlah pelbagai bahasa agar anak itu akan menjadi golongan yang menguasai banyak bahasa terutamanya bahasa arab dan bahasa inggeris. Rajin-rajinkanlah diri melakukan amal ibadah agar anak itu turut sama menuruti amalan itu apabila dewasa kelak. Dan apalagi yang kita mahukan? Mulakanlah dari saat mengandung anak itu.

2. “Sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang.”
Susu, kurma, bijirin, ikan, madu, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah makanan yang banyak membekalkan vitamin dan mineral untuk tubuh badan manusia. Penuh khasiat! Malah susu adalah minuman kegemaran Rasulullah s.a.w. Malah Rasulullah s.a.w pernah mengembala kambing dan memerah susu kambing. Terlalu simbolik apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Tidakkah kita terfikir bahawa di situ tersurat bahawa Allah ingin menyampaikan kepada hambaNya bahawa susu adalah minuman yang baik untuk diamalkan terutamanya bagi wanita-wanita mengandung. Namun sayang sekali, umat Islam kurang mengambil berat tentang ini. Begitu juga dengan kurma. Inilah makanan yang mengandungi vitamin yang lengkap. Ketika seharian berpuasa, kurma adalah makanan pertama yang dianjurkan untuk dimakan sebagai asas menggantikan kekurangan vitamin dan mineral dalam badan. Begitu juga dengan makanan-makanan yang dijamin akan khasiatnya sebagaimana yang diamalkan oleh orang-orang Yahudi. Amat rugi seandainya wanita-wanita Islam yang hamil tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang kerana ia bakal mengundang melahirkan generasi Islam yang lemah dan kurang cemerlang. Sedangkan Nabi s.a.w bersabda:

المؤمن القوي خير وأحب الى الله من المؤمن الضعيف

"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai daripada orang mukmin yang lemah” (Hadith Riwayat Muslim)


3. “Adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.”

Kenapa ? khasiat ikan adalah penuh protein. Rupanya kelebihan pil minyak ikan adalah kerana mengandungi DHA. DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan kita. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan. 60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat. Oleh yang demikian, wanita yang mengandung amat disarankan untuk makan minyak ikan. Tetapi dalam kuantiti yang diperlukan.

4. “Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu.”
Nabi s.a.w sejak awal lagi mengajar kita mendahului makan buah sebelum mengambil makanan yang lebih berat. Buktinya, ketika berbuka puasa, kurma (buah) adalah makanan yang pertama disunatkan untuk dimakan ketika berbuka.

كان يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم يكن رطبات فعلى تمرات فإن لم يكن حسا حسوات من ماء
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutob sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutob, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.” (Hadith Sahih)

Nota: Balah (buah kurma yang masih muda, biasanya masih di atas pohon kurma) Rutob (buah kurma yang dah ranum, biasanya sedikit basah), Tamar (kurma yang telah dikeringkan).
Menurut Dr. Fadzilah Kamsah, ada kajian yang menunjukkan bahawa vitamin hanya beroperasi di dalam badan manusia hanya ketika perut kosong. Jika perut telah dipenuhi, maka vitamin akan dikumuhkan. Jika benar begitu, alangkah indahnya Islam kerana Nabi s.a.w telah mengajarkannya sejak 1400 tahun yang lalu.

5. “Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.”

 Bahaya merokok juga sudah maklum. Jangan sampai ketika isteri sedang mengandung, suami merokok dihadapan isteri. Kesalahan pertama, menyalahi hukum. Kedua, mendatangkan mudharat kepada kandungan isteri. Setuju?

6. “Sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari.”
Hakikatnya, inilah yang diajar oleh Baginda s.a.w kepada para Sahabat r.hum.

علموا ابنائكم السباحة والرماية وركوب الخيل“Didiklah anak-anakmu berenang, memanah, dan berkuda.”


Kita bagaimana? Saya sendiri berminat untuk melatih anak (dan anak-anak yang bakal lahir :)) memiliki kemahiran memanah, berenang, berkuda, berlari dengan cara yang betul. Saya yakin, terselit seribu hikmah di atas anjuran Baginda s.a.w itu. Jadi tidak salah kita menghantar anak-anak ke kelas renang. Cumanya, carilah tempat-tempat renang yang tertutup dan ditraining oleh tenaga pengajar perempuan yang berpengalaman terutamanya bagi anak-anak perempuan. And vice versa. Begitu juga dengan kelas-kelas yang lain. Pilihlah aktiviti yang terbaik untuk anak-anak kita.

7. “Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka.”
Kedudukan kepala yang lebih rendah daripada badan menggalakkan pengaliran darah dan oksigen ke kepala. Pergerakan kepala juga begitu. Ia akan menjadikan otak dan minda lebih segar, cergas, dan waras. Bagi umat Islam, solat adalah aktiviti terbaik. Ia merupakan ibadah yang diwajibkan untuk dilaksanakan 5kali sehari semalam. Pergerakan solat menerangkan segala-galanya. Satu kelebihan untuk umat Islam apabila kefardhuan itu dilaksanakan ia akan mendekatkan diri kepadaNya sekaligus membentukk syakhsiyyah yang terpuji. Inilah yang ditunjukkan oleh Nabi kita s.a.w. Malah Rasulullah mencari kelebihannya dengan melakukan solat-solat nawafil (sunat) dan tahajjud agar lebih dekat dengan Penciptanya. Nabi pernah bersabda ketika ditanya oleh isteri Baginda, Aisyah r.ha:

عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه ، فقلت له : لم تصنع هذا يا رسول الله ، وقد غفر الله لك ما تقدم من ذنبك وما تأخر ؟ قال : أفلا أحب أن أكون عبداً شكوراً ؟

" Daripada Aishah r.ah. bahawa Nabi S.A.W. bangun di waktu malam ( bersolat tahajjud ) sehingga bengkak kedua-dua kaki baginda. Lalu aku ( Aishah ) bertanya kepada baginda : kenapa engkau lakukan sebegini wahai Rasulullah?... Sesungguhnya Allah Taala telah mengampunkan dosa-dosamu yang telah lalu dan terkemudian. Jawab baginda S.A.W. kepada isterinya Saidatina Aishah : ( Wahai Aishah ) Tidakkah aku ini seorang hamba yang bersyukur?" (Hadith Riwayat Bukhari)

Tetapi, mengapa masih ada umat Islam yang menafikan kefardhuan ini? Percayalah, Allah lebih mengetahui kebaikan untuk hambaNya dan Allah memang mahu memberikan yang terbaik untuk hambaNya. Afala tashkurun? (Adakah kamu di kalangan mereka yang mahu bersyukur? ) Afala tatafakkaruun? (Adakah kamu di kalangan mereka yang berfikir?).

Ahad, 21 November 2010

Hab Hiburan Malam Nafi Status Malaysia sebagai Negara Islam

                                sebagai sebuah negara Islam, pelan untuk membangunkan industri
                                pelancongan perlu lebih memberi tumpuan pada peluang pelancong
                                luar mengenali warisan Islam di negara ini.

Pentingnya bagi sesebuah pimpinan negara untuk merencana pelan ekonomi berkesan demi janaan pendapatan negara.  ekoran daripada itu, dalam memastikan kelansungan ekonomi Malaysia terus berada pada tahap terbaik, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikatakan sebagai satu program untuk menggerakkan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi, dikeluarkan pada 25 oktober lalu.
        Hasil idea dan cadangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak itu, perlaksanaan ETP mengandungi 131 projek permulaan (EPP) , 12 laporan makmal dan 60 peluang perniagaan.  kesemua cadangan tersebuh akan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan tambahan.  dan menariknya, salah satu program yang diperkenalkan ialah mahu menjadikan Malaysia sebuah hab hiburan malam !
        Difahamkan, rancangan tersebut akan dilaksanakan dengan penubuhan kelab malam terkemuka.  Termasuk juga menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan 'mempakejkan' semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.  Selain itu, EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Kelang, Genting Highland, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu.  dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan melalui pelancongan.

REAKSI KURANG SENANG

       Seperti yang dijangka, rancangan Perdana Menteri itu telah mengundang reaksi kurang senang kebanyakan masyarakat. Rata-ratanya nyata kecewa dan memberi tentangan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom , rancangan Perdana Menteri itu hanyalah cadangan daripada makmal.  Ia masih perlu dikaji dari aspek perlaksanaannya bagi memastikan setiap masyarakat beroleh manfaat ( Dipetik dari akhbar Sinar Harian 30 oktober 2010)
       Kalau diikutkan pada logik akal, cadangan kerajaan ini boleh dikatakan 'tidak sesuai' apatah lagi dengan status Malaysia yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam.  Kalau atas alasan untuk menarik ramai pelancong luar datang ke Malaysia, hiburan-hiburan melalaikan itu mahu 'dibudayakan', memang perlu kajian yang cukup menyeluruh.
       Sepatutnya, sebagai sebuah negara Islam, pelan untuk membangunkan industri pelancongan perlu lebih memberi tumpuan pada peluang Islam di negara ini, tambahan pula dengan ciri unik masyarakat Islam di sini yang mampu hidup dengan aman damai walaupun adanya masyarakat berlainan agama.  Sayang sekali, kalau ciri-ciri tersendiri kita itu dipinggirkan hanya kerana mengikut selera orang lain.



PENDAPAT PAKAR

Hasil Hiburan Haram !

" Jika kerajaan mahu jadikan Malaysia hab hiburan malam bagi memacu ekonomi negara, maka perolehan negara itu hukumnya haram dan merugikan negara pada masa hadapan"  demikian kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dipetik kenyataannya daripada laporan berita muka depan sinar Harian 29 oktober lalu.
    Katanya lagi, hasil perolehan negara daripada sumber aktiviti hiburan dan kelab malam adalah haram.  Harussani berpendapat Malaysia sebagai negara Islam seharusnya tidak mengambil tindakan demikian.  Malah perlu menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain.

     Beliau turut melahirkan kebimbangan jika cadangan itu dilaksanakan kelak akan menimbulkan lebih banyak masalah sosial melibatkan semua peringkat umur.
 

    " Apa sudah jadi dengan negara ini??? Kes pembuangan bayi, hubungan seks bebas, seks sejenis, tidak menutup aurat dan banyak lagi.  Perkara ini perlu diberi penekanan dalam membina negara.

    " Jika generasi muda terutamanya didedahkan dengan aktiviti tidak bermoral sedemikian, maka gejala sosial akan meningkat dan tidak akan terbendung lagi.  Bagaimana mahu memajukan negara ?  Tidakkah tindakan ini akan menghancurkan negara? " katanya.
     Tambahannya, kerajaan perlu mengkaji semula perlaksanaan Program Transformasi Ekonomi ( ETP ) untuk menjadikan Malaysia sebuah hab hiburan turun menggesa kerajaan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk pakar agama sebelum melaksanakan cadangan tersebut.

sumber : I LUV ISLAM 12-18 NOVEMBER 2010


KOMEN & PERASAAN AKU

 Hab Hiburan = Transformasi ke NERAKA ALLAH.
Fikir guna akal syaitan = KAWAN SYAITAN=TAK TAKUT ALLAH
 Duit Tak Berkat/HARAM = ANAK-ANAK ROSAK =DUIT ASYIK TAK CUKUP = ALLAH MARAH = NERAKA

Hab Hiburan = ALLAH MARAH = AKU MARAH !!!

Sabtu, 6 November 2010

5 petua lahir anak soleh






Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”
Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung

Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.
Justeru, 
1.  Perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.


2.  Banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.
Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

3.  Suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.


4.  Jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”


5. Suami &Isteri banyakkan membaca al-Quran ketika bayi masih di dalam rahim. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.

Mengapa lambat bertemu jodoh..






Mengapa kita lambat bertemu jodoh? Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.
Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? MenurutDato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan


1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?
Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.
2. Belum Benar-benar Bersedia“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.
3. Tiada Daya Penarik“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.
4. Doa Tidak Makbul“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.
5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.
6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”
Source: fazilzurakil



Selasa, 2 November 2010

Fakta&Angka yg menarik..

1.  Belut Elektrik - mampu mengeluarkan arus elektrik yang boleh menyalakan 12 buah lampu dan membunuh manusia.

2.  Helang - jarak penglihatan maksimumnya adalah sejauh 3 km, ia mampu melihat mangsanya dengan jelas sejauh 3 km darinya.




3.  Labah- labah betina - membunuh dan terus memakan pasangannya ( labah-labah jantan ) selepas
mengawan.



4.  Paus biru - haiwan terbesar di muka bumi, berat = 150 000 kg = berat 30 ekor gajah.






5.  Burung - terbang jauh bagi mengelak musim sejuk.  contohnya : burung-burung di kawasan kutub utara      ( Artik)  , terbang sejauh 17 500 km menuju ke kutub selatan ( Antartik ) dan kemudian berpatah balik ke Artik setiap kali perubahan musim berlaku.  Namun, anehnya mereka tidak pernah tersilap jalan !  mungkin mereka menjadikan medan magnetik bumi sebagai petunjuk jalan.



Subhanallah, Allahuakbar...semuanya adalah petanda kebesaran Allah yang tiada tandingannya, tak mampu dicipta pun oleh tangan manusia atau makhluk lain...hanya dia yang Maha Berkuasa, Maha Besar...ia menjadi petanda kebesarannya bagi mereka yang berfikir dan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh NYA jua.....

Khamis, 28 Oktober 2010

Beruntunglah wanita Islam !

ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA

Mengutamakan ibu ke atas bapa.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”

Baginda menjawab, “Ibumu!”


Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.
“Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari) Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.

Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.   
   
“Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud)


Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.
 “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah al-Nisa’: 124)


Hak wanita diiktiraf.
Umar al-Khattab r.a. berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”

Khamis, 21 Oktober 2010

Tips mengawal nafsu syahwat - ringkas dan padat

Tazkirah buat diri...
KAWALAN
Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

  1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
  2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan

3.  Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.

4.  Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

5.  Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja.  Begitulah seterusnya.

6.  Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.

7.  Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.

8.  Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.



   9. 
Sertai
 kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsangdan ajaran sesat.


10.  
Sertai
 kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.




11.  
Kalau
 anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan


12.  
Ziarahi
 kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.


13.  
Fikirkan
 bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.


14.  
Kalau
 sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir,  najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS  dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.


15.  
Kalau komputer
 dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit.  Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.


16.  
Jangan sesekali
 membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera.  Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu    yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.



21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)
Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks