Ahad, 21 November 2010

Hab Hiburan Malam Nafi Status Malaysia sebagai Negara Islam

                                sebagai sebuah negara Islam, pelan untuk membangunkan industri
                                pelancongan perlu lebih memberi tumpuan pada peluang pelancong
                                luar mengenali warisan Islam di negara ini.

Pentingnya bagi sesebuah pimpinan negara untuk merencana pelan ekonomi berkesan demi janaan pendapatan negara.  ekoran daripada itu, dalam memastikan kelansungan ekonomi Malaysia terus berada pada tahap terbaik, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikatakan sebagai satu program untuk menggerakkan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi, dikeluarkan pada 25 oktober lalu.
        Hasil idea dan cadangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak itu, perlaksanaan ETP mengandungi 131 projek permulaan (EPP) , 12 laporan makmal dan 60 peluang perniagaan.  kesemua cadangan tersebuh akan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan tambahan.  dan menariknya, salah satu program yang diperkenalkan ialah mahu menjadikan Malaysia sebuah hab hiburan malam !
        Difahamkan, rancangan tersebut akan dilaksanakan dengan penubuhan kelab malam terkemuka.  Termasuk juga menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan 'mempakejkan' semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.  Selain itu, EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Kelang, Genting Highland, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu.  dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan melalui pelancongan.

REAKSI KURANG SENANG

       Seperti yang dijangka, rancangan Perdana Menteri itu telah mengundang reaksi kurang senang kebanyakan masyarakat. Rata-ratanya nyata kecewa dan memberi tentangan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom , rancangan Perdana Menteri itu hanyalah cadangan daripada makmal.  Ia masih perlu dikaji dari aspek perlaksanaannya bagi memastikan setiap masyarakat beroleh manfaat ( Dipetik dari akhbar Sinar Harian 30 oktober 2010)
       Kalau diikutkan pada logik akal, cadangan kerajaan ini boleh dikatakan 'tidak sesuai' apatah lagi dengan status Malaysia yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam.  Kalau atas alasan untuk menarik ramai pelancong luar datang ke Malaysia, hiburan-hiburan melalaikan itu mahu 'dibudayakan', memang perlu kajian yang cukup menyeluruh.
       Sepatutnya, sebagai sebuah negara Islam, pelan untuk membangunkan industri pelancongan perlu lebih memberi tumpuan pada peluang Islam di negara ini, tambahan pula dengan ciri unik masyarakat Islam di sini yang mampu hidup dengan aman damai walaupun adanya masyarakat berlainan agama.  Sayang sekali, kalau ciri-ciri tersendiri kita itu dipinggirkan hanya kerana mengikut selera orang lain.



PENDAPAT PAKAR

Hasil Hiburan Haram !

" Jika kerajaan mahu jadikan Malaysia hab hiburan malam bagi memacu ekonomi negara, maka perolehan negara itu hukumnya haram dan merugikan negara pada masa hadapan"  demikian kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dipetik kenyataannya daripada laporan berita muka depan sinar Harian 29 oktober lalu.
    Katanya lagi, hasil perolehan negara daripada sumber aktiviti hiburan dan kelab malam adalah haram.  Harussani berpendapat Malaysia sebagai negara Islam seharusnya tidak mengambil tindakan demikian.  Malah perlu menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain.

     Beliau turut melahirkan kebimbangan jika cadangan itu dilaksanakan kelak akan menimbulkan lebih banyak masalah sosial melibatkan semua peringkat umur.
 

    " Apa sudah jadi dengan negara ini??? Kes pembuangan bayi, hubungan seks bebas, seks sejenis, tidak menutup aurat dan banyak lagi.  Perkara ini perlu diberi penekanan dalam membina negara.

    " Jika generasi muda terutamanya didedahkan dengan aktiviti tidak bermoral sedemikian, maka gejala sosial akan meningkat dan tidak akan terbendung lagi.  Bagaimana mahu memajukan negara ?  Tidakkah tindakan ini akan menghancurkan negara? " katanya.
     Tambahannya, kerajaan perlu mengkaji semula perlaksanaan Program Transformasi Ekonomi ( ETP ) untuk menjadikan Malaysia sebuah hab hiburan turun menggesa kerajaan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk pakar agama sebelum melaksanakan cadangan tersebut.

sumber : I LUV ISLAM 12-18 NOVEMBER 2010


KOMEN & PERASAAN AKU

 Hab Hiburan = Transformasi ke NERAKA ALLAH.
Fikir guna akal syaitan = KAWAN SYAITAN=TAK TAKUT ALLAH
 Duit Tak Berkat/HARAM = ANAK-ANAK ROSAK =DUIT ASYIK TAK CUKUP = ALLAH MARAH = NERAKA

Hab Hiburan = ALLAH MARAH = AKU MARAH !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

comment box

Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...