Sabtu, 21 Ogos 2010

Bagaimana Rasulullah melayan isteri


Yang patut dicontohi oleh para lelaki adalah bagaimana mulianya pekerti baginda...Lihatlah...bukalah hati dan mindah..pecahkan semua ego yang hanya bawa anda kepada kemurkaan Allah..Nauzubillah....
   
Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’
Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.
Apa yang terjadi kini .. lahirnya suami-suami yang tak layak dimuliakan sebagai suami

Diliwat di dalam masjid setelah dipukau

Nauzibillah...kejinya manusia yang Allah yang telah sifatkan sebagai lebih buruk daripada HAIWAN TERNAKAN di dalam Al-quran...maka inilah antara contoh yang jelas..

[HM] KUALA LUMPUR: Hasrat seorang pemuda untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah buat pertama kali dalam hidupnya sempena menyambut Ramadan bertukar tragedi apabila dia dipercayai dipukau sebelum diliwat dan ditinggalkan berbogel dalam sebuah masjid di Sentul, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, berkat doa imam masjid berkenaan dan bantuan penduduk sekitar, suspek yang melakukan perbuatan keji itu ditahan sebelum diserahkan kepada polis.
Semuanya bermula apabila mangsa berusia awal 20-an yang baru selesai menikmati juadah bersahur terlelap seketika dalam masjid berkenaan sementara menunggu masuk waktu Subuh.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang tidak dikenali mangsa masuk ke dalam masjid menyebabkan dia terkejut sebelum terjaga.

Namun, mangsa cuba melelapkan mata semula selepas suspek mendakwa mahu menunggu jemaah lain untuk mengerjakan solat Subuh secara berjemaah.

Menurut sumber, kesempatan itu digunakan suspek untuk memukaunya sebelum lelaki terbabit menanggalkan pakaian dipakai mangsa.

“Suspek kemudian mengambil kesempatan itu untuk memuaskan nafsunya dengan meliwat mangsa.
“Lebih malang, sebelum suspek melarikan diri, dia turut menyembunyikan pakaian mangsa,” katanya.

Sumber berkata, mangsa hanya tersedar selepas dia dikejutkan beberapa penduduk setempat yang datang ke masjid jam 5.45 pagi untuk menunaikan solat Subuh.

“Pada mulanya, mangsa dimarahi penduduk setempat kerana tidur dalam keadaan bogel dalam masjid berkenaan.
“Penduduk setempat kemudian memberikan kain pelekat kepada mangsa,” katanya.

Katanya, mangsa yang bagaikan dalam keadaan separuh sedar itu memeriksa duburnya kerana berasa sakit.

“Ketika itulah dia (mangsa) sedar bahawa sudah diliwat dan mengesyaki lelaki yang datang tidur dalam masjid itu melakukan perbuatan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, selepas selesai menunaikan solat Subuh, berkat doa imam dan bantuan penduduk setempat mereka menemui suspek yang berlegar-legar di kawasan perumahan di Flat Sri Kelantan, di sini.

“Suspek yang menyedari kehadiran penduduk untuk menangkapnya cuba melarikan diri, namun gagal.

“Mangsa menghubungi polis bagi melaporkan kejadian berkenaan,” katanya.

Suspek direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan. - Mohd Firdaus Ibrahim

Peranan Mulia masjid di zaman rasulullah

Turkey
Di antara fungsi masjid pada zaman Rasulullah ialah: 

*Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah. 

*Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam. 



 *Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam   bidang akidah, syariat dan akhlak. 

*Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat. 

*Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam. Ada sahabat yang menyampaikan syairnya dalam masjid. 

*Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam. 

*Tempat letaknya Baitulmal negara. 

*Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu. 

 *Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan. 

*Tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan pelantikan khalifah (Abu Shuhbah, al-Sirat Nabawiyyat Fi al- Qur'an Wa al-Sunnat jld: 2 hlm: 31). 

Antara sebab masjid pada zaman silam mampu berperanan sedemikian luas ialah: 

*Keadaan masyarakat yang bersatu padu dan berpegang teguh kepada nilai keagamaan dan kebudayaan. 

*Kemampuan pembina masjid menghubungkan aspek sosial dan keperluan masyarakat dengan kegiatan masjid. 

*Manifestasi pemerintahan terlaksana di dalam masjid. 

Di sesetengah masjid di negara ini, fungsi dan peranan masjid sebagaimana pada zaman keagungan Islam dulu tidak lagi dilaksanakan. 

Namun ia tidak bererti bahawa institusi masjid tidak mampu berperanan dalam hal berkenaan. 

Dalam muktamar Risalah al-Masjid di Makkah pada 1975, soal peranan dan fungsi masjid dibincang dan disepakati bahawa masjid boleh berperanan dengan baik apabila memiliki peralatan dan ruangan yang memadai untuk: 

* Ruang solat yang memenuhi beberapa syarat keluasannya. 
 *Ruang khusus untuk wanita yang memudahkan mereka untuk keluar masuk masjid tanpa bercampur gaul dengan lelaki. Ini termasuk ruang solat dan pendidikan. 

 *Ruang bagi sebarang pertemuan dan bilik perpustakaan. 

*Ruang klinik dan ruang untuk memandi dan mengkafankan jenazah; dan 

 *Ruang untuk beriadah bagi remaja Islam. 

Semua perkara ini harus diwarnai dengan keadaan fizikal bangunan masjid, namun semestinya melaksanakan peranan masjid sebagaimana yang disebutkan di atas. (Quraisy Shihab, Wawasan al-Qur'an hlm: 463). 

Masjid adalah rumah Allah untuk beribadat kerana kesucian dan kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh dilakukan di dalam masjid.


Add caption


Islamabad
Tapi apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang nie ????!!!! aku marah !!!!!
LIWAT DALAM MASJID ???? [ baca kisah]

Khamis, 19 Ogos 2010

Riddah/murtad- ciri2.

Sebab-sebab berlaku riddah di kalangan orang Islam Seseorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi murtad dengan melalui salah satu dari beberapa sebab berikut ini, antara lain:
1. Mempersekutukan Allah sama ada melalui I'tikad, ucapan ataupun perbuatan seperti sujud kepada berhala atau berjalan ke gereja dengan gaya serupa macam orang Nasrani.
2. Mengingkari agama Islam atau satu rukun daripadanya, atau mengingkari satu hukum Islam yang dapat diketahui secara jelas dan sahih
3. Orang yang meng'itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah.
4. Orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya, dan demikian pula jika ia mengingkari kewajiban solat walaupun tidak meninggalkannya.
5. Orang yang meninggalkan solat kerana kesombongan atau kedengkian.
6. Orang yang meninggalkan solat kerana meremehkan dan memandang hina terhadap solat.
7. Orang yang meninggalkan solat, dan berterusan meninggalkannya hingga dibunuh.
8. Orang yang meninggalkan solat karena berpaling daripadanya, ia tidak mengakui kewajiban solat dan tidak pula mengingkarinya.
9. Mencela agama Islam, menghina al-Quran serta hukum-hukumnya dan sunnah nabi Muhammad s.a.w.
10. Mencela Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan para sahabat.
11. Mendakwa bahawa wahyu turun kepadanya.
12. Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya.
13. Mencampak al-Quran atau kitab hadith Nabi dengan niat penghinaan.
14. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
15. Tidak mengamalkan hukum-hukum Islam.
16. Berniat atau berazam untuk jadi kafir pada keesokan hari atau teragak-agak untuk melakukannya, niat dan azam seseorang seperti itu menyebabkan dia jadi kafir pada masa itu juga.
17. Dan banyak lagi yang lainnya.
Perbuatan perbuatan di atas jika dilakukan oleh seorang yang baligh serta berakal, baik lelaki mahupun wanita dan perbuatan demikian dilakukan dengan inisiatif sendiri maka perbuatan itu menjadikannya murtad.8 Syarat sah seseorang itu boleh jadi murtad Seseorang muslim itu boleh menjadi murtad dengan melakukan perkara-perkara kufur dengan beberapa syarat, iaitu:
Syarat Pertama Berakal - Oleh itu orang gila dan kanak-kanak tidak boleh jadi murtad dengan melakukan perkara-perkara berkenaan. Kerana berakal juga adalah syarat layak untuk berakidah. Namun sekumpulan ulamak seperti Abu Hanifah, Muhammad, Malikiah dan Hanabilah mengatakan bahawa sah berlaku murtad ke atas seorang kanak-kanak. Mereka berpendapat baligh bukan menjadi syarat untuk berlakunya murtad.
Syarat Kedua Dengan ikhtiar dan kerelaan - Oleh itu kemurtadan orang yang dipaksa berbuat demikian tidak sah. Dia dipaksa untuk murtad sedangkan hatinya tetap tenang beriman dengan Allah Taala.


Rabu, 18 Ogos 2010

Video hangat !



Nauzubillah..

Komen di FB tentang puasa - menghibakan....

Some call him hanjing...nauzubillah...
Drag ke new tab untuk besarkan gambar

Memang tiada paksaan di dalam agama....tapi paksaan itu merujuk kepada orang beragama lain...tapi kena ingat yer....nak masuk neraka pun tak ada sape yang paksa...betul??
Nauzubillah...semoga kita jauh dari dosa murtad  yang balasannya hanya neraka..
Marilah kita berdoa ramai2... semoga diberi hidayah dan petunjuk kepada golongan2 ini..amin..

Isnin, 16 Ogos 2010

Apa itu pil kamera??




Perkembangan terkini kaedah endoskopi


















IMEJ permukaan dalaman usus kecil dapat dilihat dengan jelas menggunakan kapsul kamera.





ENDOSKOPI merupakan antara kaedah terkini untuk melihat ke dalam rongga badan manusia untuk tujuan perubatan. Kaedah ini membolehkan doktor melihat ke bahagian tertentu di dalam badan melalui kamera yang dimasukkan melalui tiub serta membolehkan pengambilan biopsi (contoh tisu) dan mengeluarkan objek asing.
Kaedah endoskopi untuk salur penghadaman boleh dilakukan melalui teknik esophagogastroduodenoskopi (OGDS) ataupun kolonoskopi. OGDS menggunakan tiub yang dimasukkan melalui mulut untuk menyiasat struktur atas salur penghadaman seperti esofagus, perut dan sebahagian duodenum (bahagian pertama usus kecil). Kolonoskopi pula menggunakan tiub yang dimasukkan melalui rektum untuk menyiasat struktur bawah sistem penghadaman, sehingga penghujung usus besar sahaja.
Kedua-dua teknik ini bagaimanapun tidak dapat digunakan untuk melihat struktur dalaman sebahagian besar usus kecil. Oleh itu, endoskopi usus kecil (enteroskopi) digunakan untuk melihat masalah dalaman usus kecil. Namun, teknik enteroskopi mengambil masa yang panjang (satu hingga dua jam) serta memerlukan pemberian ubat sedatif, menyebabkan sesetengah pesakit tidak dapat menahan ketidakselesaan akibat teknik ini.
Pakar Perunding Gatroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh menjelaskan pendarahan usus kecil atau anemia yang disyaki melibatkan pendarahan usus kecil menghadapi masalah prosedur diagnosis.
“Pengalaman peribadi saya menunjukkan anemia atau pendarahan dalam usus kecil sukar didiagnosis akibat batasan dalam kaedah endoskopi.
“OGDS dan kolonoskopi tidak dapat melihat struktur dalaman sebahagian besar usus kecil sementara teknik enteroskopi pula mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak sedatif untuk pesakit,” katanya.
Menurut beliau, doktor yang melakukan ujian enteroskopi juga perlu terlatih dan berpengalaman untuk melihat keseluruhan usus kecil sepanjang 20 hingga 25 kaki (6.1 hingga 7.6 meter) tanpa mencederakan usus pesakit.
Tambahnya, kerapkali pemeriksaan enteroskopi tidak dapat dilakukan secara menyeluruh disebabkan tempoh prosedur yang memakan masa, terutamanya pada hari ramai pesakit menunggu untuk pemeriksaan endoskopi.
Pendarahan usus kecil antara bahagian akhir duodenum, jejunum dan ileum jarang berlaku tetapi kebiasaannya berlaku akibat ulser, polip atau salur darah abnormal (angiodisplasia) yang menyebabkan pendarahan bermula dan berhenti secara tiba-tiba. Untuk itu, satu teknologi baru dikenali sebagai endoskopi kapsul kini diperkenalkan untuk memudahkan diagnosis masalah kesihatan melibatkan usus kecil. Teknik ini menggabungkan penggunaan kamera mini dalam bentuk dan saiz kapsul ubat untuk melihat struktur dalaman salur penghadaman.
      

Pil kamera
Mengikut Dr. Ahmad Shukri, Hospital Putrajaya sendiri telah mula menggunakan teknik endoskopi kapsul sejak tiga bulan lalu dan kini merupakan antara hospital terawal menggunakan teknologi berkenaan.
“Pil kamera ini khusus untuk salur penghadaman dan menjadi prosedur sampingan selain OGDS dan kolonoskopi.
“Walaupun tidak memerlukan latihan khas untuk menggunakan teknologi baru ini, pakar gastroenterologi lebih sesuai melakukan ujian berkenaan supaya mudah mengenal pasti struktur dalaman usus yang normal atau tidak serta menentukan prosedur atau rawatan selanjutnya untuk pesakit,” ujarnya.
Beliau menyatakan kapsul ini juga tidak akan digunakan semula untuk pesakit berasingan dan ia akan dilupuskan bersama najis pesakit selepas lapan jam rakaman berjalan.
Menurut Dr. Ahmad Shukri, selain amat mudah digunakan, kapsul kamera ini turut menyampaikan imej jelas struktur dalaman usus kecil berbanding kaedah sedia ada.


“Kapsul ini cuma perlu ditelan seperti ubat biasa dan imej akan dirakamkan untuk dinilai oleh pakar gastroenterologi.
“Teknik ini jauh lebih mudah untuk pemeriksaan usus kecil di samping selamat digunakan, tidak memerlukan wayar, tidak invasif dan tidak memerlukan sedatif untuk pesakit,” jelasnya.
Katanya lagi, teknik ini juga lebih sensitif dan lebih baik daripada kaedah lain yang digunakan kini untuk pemeriksaan salur penghadaman dan merupakan yang paling berkesan untuk diagnosis masalah usus kecil.
Pemeriksaan

Pil kamera ini juga dikatakan boleh diguna untuk melihat punca sakit perut yang sering berulang, berkemungkinan disebabkan polip besar atau ulser. Selain itu, ia juga sesuai digunakan untuk kes cirit-birit kronik, penyakit Crohn (usus kecil membengkak), barah seperti Limfoma dan juga untuk mengesan jangkitan kuman tuberkulosis di dalam usus kecil. Penggunaan pil kamera ini berjaya mengurangkan masa ujian dan menjimatkan kos tetapi ini tidak bermakna ia akan menggantikan kesemua teknik endoskopi yang lain.
Dr. Ahmad Shukri menegaskan OGDS masih menjadi ujian pilihan untuk salur penghadaman sehingga awal usus kecil, kolonoskopi untuk usus besar sementara pil kamera ini khusus untuk usus kecil sahaja.
“Penggunaan pil kamera ini untuk saringan kanser usus kecil juga tidak menjadi polisi hospital kerana kanser usus kecil jarang sekali berlaku.
“Pesakit tetap boleh memilih untuk menggunakan kapsul ini tetapi hanya jika mereka mampu membayar kos kapsul yang tidak boleh digunakan berulang kali,” katanya.
Beliau berkata, doktor selalunya tidak akan mencadangkan pil kamera ini untuk masalah sakit perut biasa atau masalah usus besar kecuali disyaki masalah usus kecil.
Tambahnya, walaupun pesakit mempunyai pilihan untuk menggunakan teknik endoskopi sahaja, pil sahaja atau kedua-duanya sekali, adalah lebih baik untuk mengikut nasihat doktor dalam memilih cara ujian yang sesuai digunakan untuk mereka.
Kapsul ini turut disahkan selamat untuk digunakan pesakit seawal usia 10 tahun, tidak menyakitkan dan tidak akan merasakan pergerakan kapsul di dalam badan. Bagaimanapun, pesakit yang menggunakan alat bantu denyut jantung (pacemaker) atau wanita mengandung dinasihatkan tidak menggunakannya disebabkan frekuensi radio yang digunakan teknologi ini.
Dr. Ahmad Shukri menyatakan antara perkara lain yang dikhuatiri oleh pesakit dalam penggunaan teknik ini adalah masalah tercekik atau kapsul terlekat di dalam salur penghadaman.
“Setakat ini, tidak pernah berlaku lagi kejadian pesakit tercekik atau pil terlekat di dalam salur penghadaman.
“Tiada risiko kapsul tersangkut kecuali terdapat ruang usus yang menyempit akibat masalah tertentu dan doktor akan memastikan tiada tanda usus kecil tersumbat terlebih dahulu,” jelas beliau.
Dr. Ahmad Shukri juga menekankan bahawa pemilihan untuk menggunakan teknik ini hanya akan dibuat dengan teliti mengikut jenis penyakit.
Beliau bagaimanapun membangkitkan kelemahan teknik ini dalam pengambilan biopsi atau membuang polip yang ditemui di dalam usus kecil pesakit.
“Pil kamera ini membolehkan kita melihat struktur dalaman usus tetapi ia tidak dapat mengambil biopsi. Doktor perlu menjalankan teknik enteroskopi jika struktur abnormal ditemui untuk mengambil biopsi, mengeluarkan polip usus kecil (polipeptomi) atau ‘membakar’ salur darah abnormal untuk menghentikan pendarahan,” ujarnya



Chill Pill Rap Cap Microphone for iPod Classic, Nano 4G, Touch 2G, and iPhone 3G - Yellow - 0978-RCYWChill Pill Rap Cap Microphone for iPod Classic, Nano 4G, Touch 2G, and iPhone 3G - Yellow - 0978-RCYW
Chill Pill Rap Cap Microphone for iPod Classic, Nano 4G, Touch 2G, and iPhone 3G - Yellow - 0978-RCYW

Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks