Sabtu, 10 Mei 2014

Car bonus shaklee

Award yang tak seberapa, tapi cukup bermakna buat saya.
Alhamdulillah a'la kulli hal...
Award ni mungkin sikit, tapi terlalu sentimental & bermakna buat saya.
Di dalamnya terselit berjuta cerita, berliter air mata, berbaldi keringat.. Subhanallah, pernah memimpikan ini setahun yang lepas. Betul kata sahabat saya yg kini bergelar Master, mimpilah dulu, kemudian kejarlah mimpi itu. Dan kini semakin berani ber'mimpi'.



car bonus shaklee

Jumaat, 9 Mei 2014

Bijak tangani stress

Assalamualaikum..
Doa saya sentiasa mengiringi kalian agar terus menjadi pejuang tanpa kenal putus asa.
Semalam saya telah Allah beri peluang menonton rancangan Celik Hati di tv9, dikendalikan oleh Fadhilah Kamsah, dan jemputannya adalah orang2 hebat yg bermula dari zero and nothing kepada someone and something.
sambil melayari fb dan melayan pertanyaan customer, telinga masih mampu menumpu kepada perbualan rancangan itu.


ISI UTAMA CERITA : BIJAK MENANGANI STRESS.
Yang saya paling ingat saja yg akan saya kongsikan. Dari Fadhilah Kamsah,
1. Istighfar sebanyak mungkin.
2. Solat taubat setiap hari.
3. Dekat kan diri dengan Tuhan.
4. Fokus kepada kekuatan kita walaupun sikit.
Dari ahli panel ( tak kenal siapa) tapi auranya saja sudah terpancar.
" Saya anggap stress itu pengukur kepada betapa besar kejayaan yg bakal saya perolehi selepas stress itu berjaya saya tangani, saya anggap saya sedang menarik tali, jika daya tarikan itu semakin berat dan sukar, bermaksud apa yg kita bakal dapat itu juga besar & hebat.. Jadi jika saya tidak stress bermaksud saya masih berada dalam lingkungan yg sangat selesa (comfort zone), ini bermaksud apa yg saya bakal perolehi adalah sama saja dengan dulu (dalam erti kata lain tiada kejayaan yg akan saya dapat)"
Lihat kehebatan kuasa fikiran orang2 yg luar biasa , dan apa bezanya dengan orang2 biasa yg amat ramai? Jadi kita pilih mahu jadi luar biasa atau biasa2 saja? Jika mahu jadi luar biasa maka berfikirlah secara luar biasa juga ya!

Yg suka membebel,
Yg sayang sgt dengan Uols!
Mama S.
Jom daki sama-sama!
tangani stress

Isnin, 5 Mei 2014

Bonus Shaklee

Assalamualaikum & salam sejahtera
Harini saya nak cerita pasal bonus shaklee saya.. bukan cerita ni untuk menunjuk2 tapi agar kalian terinspirasi dengannya, satu ketika dulu ini semua hanya mimpi.. Tapi tahukan anda, Orang yg hebat sebenarnya dia PERCAYA SEBELUM BERJAYA, orang yang biasa-biasa PERCAYA SELEPAS BERJAYA. Saya tulis dalam kertas impian saya, saya supervisor pada bulan kedua saya daftar sebagai ahli.
Sebab :
1. Saya mula rasa ketagih untuk berkongsi kebaikan vitamin shaklee kepada ramai orang, dan ingin membantu seramai yg boleh memperbaiki taraf kesihatan mereka.
2. Saya mula faham, bahawa saya boleh beri peluang kepada orang lain untuk jana pendapatan dengan shaklee, saya boleh bantu lagi.
3. Saya mula faham bahawa untuk berjaya dalam perniagaan , kita mesti berniaga untuk membantu orang bukan untuk membuat untung, maka dengan itu kita akan TERPAKSA KAYA.
4. Saya mula sedar ,saya berada di dalam kumpulan sokongan yang betul kerana mendekatkan diri dengan Allah dan sentiasa diberi nasihat yg betul.
5. Saya mula tahu, bahawa dengan menjadi supervisor saya mula boleh kumpul point untuk mengerjakan haji secara PERCUMA !

Jadi, memang bulan kedua saya mula bergelar SUPERVISOR dan belajar menjadi LEADER. Ini satu tugas baru yg amat menyeronokkan. Terlalu banyak dipelajari sehingga hari ini.

Dibawah ni saya snap beberapa bonus saya, ada yg tak sempat saya snap seperti insentif & duit tepi . ^_^

JOM JADI ORANG YANG PERCAYA SEBELUM BERJAYA !!




SO, jom tanya saya,jangan segan2 ye .
Salam sayang,
Maisarah Asmara
Sr. Supervisor Shaklee

Ahad, 4 Mei 2014

Beza vitamin organik dan vitamin sintetik

Inilah antara perkara pertama yg membuatkan saya jatuh hati dengan vitamin shaklee. Saya memang memilih, kerana terfikir duit yg saya leburkan untuk membeli produk kesihatan sudah tentulah tak berbaloi sekiranya saya tidak benar-benar meneliti latar belakang produk. Saya bukan inginkan kesan jangka masa pendek, tetapi kesan jangka panjang yang positif.
Di sini saya petik dari blog inspirasi saya, wanita hebat dalam menerajui Shaklee di Malaysia. Mamafaiz.com

Mengapa elakkan sintetik?
  1. Tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh-struktur enzim tubuh kita adalah untuk semulajadi bukannya makmal.
  2. Percubaan untuk memadankan (match) enzim tubuh badan kita dengan vitamin sintetik ialah seumpama memadankan tangan kanan kita dengan sarung tangan kiri.
  3. Semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik-42% lebih berkesan dari sentetik.
Bagaimana mengenal SEMULAJADI atau SINTETIK?
  1. Melalui pembacaan label - huruf "I" bagi tiruan dan "d" bagi semulajadi.
  2. Melalui perkataan "ko-faktor" seperti "bioflavinoids" atau "biogradable",
  3. Melalui kehadiran pek "silika gel" dalam bekas- menandakan ianya sintetik.(jadi pastikan botol2 vitamin yg anda beli tiada silika gel)Rujuk Shaklee Food Supplement -A consumer Reports by Editors of Research Institute of Preventive Health Care
Bagaimana dengan Shaklee?Semestinya Shaklee unik.. Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet,
perasa dan tanpa silika gel. Pilihan di tangan kita semua...


Maisarah Asmara
ID 889336
014-2375034

Nak Jadi Ahli Shaklee??

Assalamualaikum & salam sejahtera

Walaupun peningkatan mendadak yg ingin mendaftar keahliaan dengan shaklee, masih juga ramai yg tak tau macam mana nak jadi ahli. Ok, ni saya bagitaulah.. memang senang sangat2, biasa saya buat pendaftaran dalam masa 5minit selepas pembayaran, terus anda menerima nombor keahliaan (ID) dan password untuk anda melayari website www.shaklee2u.com.my bagi tujuan akses sebagai ahli.
Proses mudah seperti di bawah :

jadi ahli shaklee


Ramai juga yg tertanya-tanya apakah kelebihan menjadi ahli ni?
Ok seperti di bawah ini adalah kelebihan menjadi ahli dengan kumpulan saya :

daftar ahli shaklee


Berapa pula yuran pendaftarah ? Yuran pendaftaran Rm65 (memberkit + buku produk ) untuk pengeposan ke rumah anda RM10 bagi semenanjung RM20 bagi Sabah & Sarawak. Yuran ini dikenakan sekali sahaja seumur hidup ye..

Apalagi kelebihan menjadi ahli ni? Ok, seperti gambar di bawah ye :

bagus ke shaklee?


Eh,eh.. banyak pula kelebihan jadi ahli ni ye.. memang banyak pun, dulu saya mula mendaftar sebanyak rm75 saja.. sekarang bonus saya hampir 5 angka sebulan... Tak rugi mencuba tapi sungguh RUGI tidak mencuba. Rezeki itu Rahsia Allah, saya pun tak pernah sangka.. dengan bimbingan leader yg tak pernah lepas tangan insya Allah pasti apa saja mimpi jadi realiti,mahu dengan tak mahu saja kan?? Sekarang saya sudah bergelar Leader, dan boleh membimbing siapa saja yg MAHU kerana ilmu dari Leader saya bukan untuk dirahsiakan tetapi untuk disebarkan dan diamalkan oleh sesiapa saja.

Apa lagi , Jom daftar sebagai ahli :
HUBUNGI SAYA : MAISARAH ASMARA 014-2375034
saya bersedia melayan apa saja persoalan anda tanpa jemu.
Boleh juga EMAIL kan saya  : miasara2010@gmail.com
atau terus pm di facebook saya : https://www.facebook.com/UmMaisarah.Asmara
dan https://www.facebook.com/vitamamashop

Amalan Diet Rasulullah

cara diet yg betul

Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan hati, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.

Semasa waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan.

Baginda juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
 “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.”
(Hadis riwayat Huzaifah).




Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks