Sabtu, 12 Jun 2010

Amerika ikut telunjuk zionis


Amerika ikut telunjuk rejim Zionis


2010/06/12

SEORANG aktivis Korea Selatan mengangkat sepanduk mengutuk kekejaman Israel terhadap   anggota misi bantuan Gaza.
SEORANG aktivis Korea Selatan mengangkat sepanduk mengutuk kekejaman Israel terhadap anggota misi bantuan Gaza.
Panel siasat pembunuhan aktivis Gaza tiada kuasa menghukum

BAITULMAQDIS: Amerika Syarikat memberi persetujuan kepada cara Israel menyiasat insiden komandonya menyerang dan membunuh sembilan aktivis Gaza, seorang daripadanya warga Amerika, berhubung pembentukan jawatankuasa menyiasat kematian mangsa di perairan antarabangsa
Kemarahan antarabangsa terhadap Israel dalam kejadian itu juga menyaksikan Presiden Shimon Peres disambut dengan laungan ‘pembunuh’ ketika lawatannya ke Korea Selatan, semalam.
Akhbar Haaretz melaporkan, Israel merancang membentuk jawatankuasa diketuai bekas hakim mahkamah agung termasuk pemerhati Amerika dan Eropah untuk menyiasat serbuan maut 31 Mei lalu ke atas kapal membawa misi bantuan ke Gaza, Mavi Marmara, lapor media.

Komando tentera laut menembak mati sembilan aktivis Turki, termasuk seorang yang memegang kerakyatan Amerika.

Presiden Amerika Barack Obama Rabu lalu berkata mana-mana siasatan perlu memenuhi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa ‘siasatan telus, segera, adil dan boleh dipercayai mengikut standard antarabangsa.’

Netanyahu dan pegawai atasan lain dijangka memberi keterangan di hadapan jawatankuasa itu, namun perdana menteri terbabit menegaskan bahawa tentera yang melakukan serbuan hanya akan disoal oleh satu panel tentera berasingan.
Akhbar Haaretz Israel, berkata Israel dan Amerika bersetuju dengan jawatankuasa itu, namun media Israel lain berkata Washington masih belum memberi kelulusan akhir.

Panel itu tiada kuasa termasuk hak untuk mengeluarkan sapina dan kes tidak akan dibukukan.

Ia menyebabkan Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata, Israel sepatutnya tidak dibiarkan menjalankan siasatan ke atas serbuan komandonya ke atas Mavi Marmara.

“Siasatan tidak seharusnya dibiarkan ke tangan Israel,” kata Mahmud kepada kumpulan pemikir Washington.

“Israel tidak boleh menyiasat diri sendiri.” kata Mahmud yang ada di sini untuk berunding dengan Obama.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad menggesa sempadan di Gaza dibuka selaras dengan perjanjian yang memberi peranan kepada kerajaan Tebing Barat pimpinannya mentadbir kawasan berkenaan.

Fayyad berkata, pembukaan kawasan sempadan itu seperti perjanjian 2005, akan membantu menyatukan semula Tebing Barat dan Gaza – yang ditadbir kerajaan berasingan sejak Hamas memperoleh kuasa di Gaza pada 2007.

“Pembukaan semula sempadan mewujudkan persekitaran lebih baik bagi menyatukan semula negara ini dan institusi Palestin,” kata Fay-yad. – Agensi





Jumaat, 11 Jun 2010

Bapa rogol anak,dapat anak2

Bapa kurung, rogol anak


2010/06/11

Jose Agostinho Pereira
Jose Agostinho Pereira
Perbuatan keji selama 12 tahun berterusan hingga lahir 7 orang

RIO DE JANEIRO: Seorang lelaki yang tinggal di sebuah perkampungan nelayan terpencil di Brazil mengurung dan memenjarakan anak perempuannya selama 12 tahun, merogolnya berulang kali sehingga melahirkan tujuh orang anak, kata polis semalam.
Lelaki terbabit juga didakwa mendera salah seorang kanak-kanak perempuan yang dilahirkan hasil hubungan mereka.
Polis mendapati Jose Agostinho Pereira, 54, mengurung anak perempuannya yang kini berusia 28 tahun, dengan menjadikannya sebagai ‘tahanan dalam rumah’ di sebuah pondok dua bilik di perkampungan kecil nelayan di timur laut Brazil.

Seorang pegawai yang membantu penahanannya berkata rumah Pereira terletak di kawasan hutan terpencil dan satu-satunya cara untuk sampai ke situ ialah dengan menaiki sampan.

Pihak berkuasa berkata, ketika ditemui, semua kanak-kanak terbabit mengalami masalah kurang zat makanan dan tidak tahu bercakap, manakala kebanyakannya tidak berpakaian.

Pegawai kanan polis, Inspektor Jair Lima de Paiva berkata Pereira mula mencabul dan merogol anak perempuannya selepas dia ditinggalkan isterinya pada 1998.
Pereira ditahan di penjara bandaraya Pinheiro di negeri Maranhao, kira-kira 2,250 kilometer ke utara Rio de Jeneiro, sejak tiga hari lalu.

Dakwaan belum dikemukakan ke atasnya kerana di bawah undang-undang Brazil, pendakwa hanya boleh memfailkan tuduhan selepas polis menyelesaikan siasatan. Tidak dapat dipastikan sama ada Pereira mempunyai peguam.

Paiva berkata Pereira mengurung anak perempuannya dan anak hasil hubungan mereka di sebuah kawasan paling terpencil dan terasing sepenuhnya di kawasan berhampiran perkampungan Experimento kira-kira 80 kilometer di luar Pinheiro. – AP

Khamis, 10 Jun 2010

Rakaman sex Luna maya dan Areil peterpan terbongkar

Polis siasat '3 selebriti seks'

GAMBAR poster iklan menunjukkan Luna Maya bersama Ariel.

JAKARTA - Tiga selebriti Indonesia yang didakwa muncul dalam video seks yang disiarkan di Internet akan disoal siasat kerana kemungkinan mereka melanggar undang-undang antipornografi, kata polis semalam.

Pada minggu lalu, dua video klip seks melibatkan pelakon sinetron, Luna Maya dengan anggota kumpulan Peterpan, Ariel tersebar di Internet.

Seorang lagi selebriti Indonesia yang merupakan seorang pengacara, Cut Tari turut terlibat dalam video seks dengan kekasihnya.

Ketua Detektif Polis, Ito Sumardi berkata, selebriti itu akan disoal mengenai bagaimana klip berkenaan boleh muncul di Internet.

"Kami akan menyoal mereka bagi mengetahui mengenai klip tersebut dan bagaimana ia boleh diedarkan di khalayak awam," katanya kepada pemberita.

Luna merupakan duta muhibah Program Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain pernah muncul bersama dengan Ariel dalam iklan makanan dan kosmetik Unilever.

Skandal itu telah menggemparkan Indonesia sehingga Ariel digelar Peterporn di laman Twitter. - AFP

Rabu, 9 Jun 2010

lelaki suka pakai seluar dalam wanita



Ketagih pakai seluar dalam wanita


ROSLAN (kiri) dan Ketua Turus Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, ASP Razali Mohamed Shahid menunjukkan seluar dalam wanita koleksi suspek di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Serbuan polis ke rumah seorang pembantu kesihatan di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang dekat sini semalam dalam operasi kes penyalahgunaan dadah akhirnya membongkar rahsia hobi pelik lelaki berusia 39 tahun itu.

Dalam serbuan pukul 2.45 pagi itu, polis menemui sebuah almari milik lelaki itu yang dipenuhi kira-kira 400 helai seluar dalam wanita serta beberapa helai coli.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, anggota polis pada mulanya curiga melihat banyak seluar dalam wanita di rumah itu sedangkan suspek masih bujang dan tinggal bersendirian.

"Semasa ditangkap, suspek kelihatan seperti lelaki normal tetapi dia memakai seluar dalam wanita,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Selasa, 8 Jun 2010

Graduan UiTM buang bayi

Graduan UiTM buang bayi dipenjara 12 bulan, denda


2010/06/08

KUALA TERENGGANU: Seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dihukum penjara 12 bulan dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah membuang mayat seorang bayi lelaki yang dilahirkannya pada 29 Januari 2008.

Tertuduh, Zarina Sulaiman, 22, (atas) dari Cherul, Kemaman, tidak berhenti mengalirkan air mata sebaik berdiri di kandang tertuduh ketika hukuman dijatuhkan oleh Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.
Zarina yang memakai baju kurung bercorak berwarna coklat gelap dan tudung sedondon dituduh membuang bayi itu sebelum atau selepas mati atau ketika dilahirkan, antara jam 11 hingga 12 malam di Asrama Sutera, UiTM cawangan Chendering, Kampung Kubang Ikan, di sini.
Tertuduh yang memiliki Diploma Sains Fizik juga didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran bayi itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Zarina diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud@Mamat.

Terdahulu, Mohd Hayyatuddin mengemukakan rayuan kepada mahkamah supaya Zarina tidak dikenakan hukuman penjara dengan alasan tertuduh menjadi mangsa selepas terpedaya dengan janji manis lelaki tidak bertanggungjawab yang menyebabkan kelahiran bayi itu.

Beliau memohon mahkamah meringankan hukuman dan memberi peluang Zarina yang kini berkelakuan baik melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.
"Kami memohon mahkamah mempertimbangkan rayuan kerana tertuduh masih muda dan patut diberi peluang kedua," katanya.


Isnin, 7 Jun 2010

Israel usir semua aktivis Rachel Corrie


SEKUMPULAN penunjuk perasaan di Lebanon melahirkan kemarahan terhadap Israel sambil membawa gambar aktivis Amerika Syarikat, Rachel Corrie yang terbunuh di Palestin.


BAITULMUQADDIS - Tujuh daripada 19 sukarelawan yang menaiki kapal misi bantuan ke Gaza, MV Rachel Corrie diusir dari Israel semalam ketika masyarakat dunia semakin lantang menuntut sekatan laut di wilayah Palestin itu ditarik balik.

Seorang pegawai Israel, Sabine Haddad berkata, baki 12 sukarelawan lagi pula diusir lewat semalam.

"Semua yang berada di atas kapal Rachel Corrie akan diusir pada hari Ahad (semalam) selepas mereka menandatangani pengakuan melepaskan hak mereka untuk merayu keputusan pengusiran tersebut di mahkamah Israel," katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mempertahankan tindakan pasukan komando menyerbu armada kecil yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan menyebabkan sembilan maut pada Isnin lepas.

Nentanyahu berkata, Israel tidak sesekali akan memansuhkan sekatan laut ke atas Gaza kerana bimbang situasi itu akan digunakan oleh Iran untuk menyeludup senjata kepada kumpulan Hamas di wilayah berkenaan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Rendah bagi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Holmes berkata, badan dunia itu akan cuba memujuk rejim Zionis supaya melonggarkan sekatan terhadap Gaza.

"Kami akan menggunakan peluang daripada tragedi yang berlaku untuk memujuk Israel supaya mengubah dasarnya," kata Holmes. - AFP

MEMORIAL WEBSITE OF RACHEL CORRIE

FAKTA
Rachel Aliene Corrie (April 10, 1979 – March 16, 2003) was an American member of the International Solidarity Movement (ISM). She was crushed to death in the Gaza Strip by an Israel Defence Forces (IDF) bulldozer when she was kneeling in front of a local Palestinian's home, thus acting as a human shield, attempting to prevent IDF forces from demolishing the home. The IDF has claimed that the death was due to the restricted angle of view of the IDF Caterpillar D9 bulldozer driver, while ISM eyewitnesses said "there was nothing to obscure the driver's view."[1] A student at the Evergreen State College, she had taken a year off and traveled to the Gaza Strip during the Second Intifada.[2]

Ahad, 6 Jun 2010

Dasar Israel

Dasar 'tembak untuk bunuh'


2010/06/06

PENDUDUK Turki beramai-ramai menghadiri   majlis tahlil  dengan meletakkan sembilan keranda kosong menandakan warganya yang dibunuh Israel.
PENDUDUK Turki beramai-ramai menghadiri majlis tahlil dengan meletakkan sembilan keranda kosong menandakan warganya yang dibunuh Israel.
Kesan pada mayat aktivis bukti kekejaman Israel

LONDON: Komando Israel menggunakan dasar ‘tembak untuk bunuh’ selain melepaskan tembakan ke arah aktivis misi bantuan Gaza sekali setiap minit ketika hasil bedah siasat menunjukkan mangsa tembakan ditembak pada jarak dekat pada bahagian muka, kepala dan dari belakang.
Seorang daripada aktivis yang membuat pendedahan itu ialah Pengerusi Pertubuhan ‘Friends of Al Aqsa’, Ismail Patel, yang memberitahu seorang daripada sembilan yang maut ditembak berada di depannya.
Beliau menyifatkan komando Israel itu diberi arahan ‘tembak untuk bunuh’ kerana menggunakan peluru hidup yang dilepaskan dari helikopter.

“Kita tahu seorang ditembak setiap minit kerana sembilan orang terbunuh selain 48 lagi cedera ditembak, manakala enam lagi masih hilang,” katanya selepas tiba di sini.

Akhbar Britain, The Guardian, pula melaporkan keputusan bedah siasat ke atas sembilan mayat aktivis yang maut dan mendapati mereka ditembak berkali-kali dan sekurang-kurangnya 30 das pada jarak dekat.

Selain itu, lima daripada mangsa kena tembakan di bahagian kepala yang mengesahkan komando Yahudi diizinkan membunuh.
Aktivis Amerika Syarikat keturunan Turki, Furkan Dogan ditembak daripada jarak kurang 45 sentimeter dan tembakan mengenai muka, belakang kepala, dua kali di kaki dan sekali di bahagian belakang.

Seorang lagi lelaki yang maut berusia 60 tahun dan kena tembakan di dahi, dada, kaki dan bahagian belakangnya.

Dua lagi lelaki ditembak empat kali dan lima lagi ditembak sama ada di bahagian belakang kepala atau di belakang badan.

Ketua Yayasan Bantuan Kemanusiaan Islam Truki, Bulent Yildirim, yang mengetuai misi itu, berkata aktivis menggunakan batang besi bagi mempertahankan diri selepas askar Yahudi itu melepaskan tembakan rambang ketika menyerbu kapal Mavi Marmara.

Hubungan di antara Turki dan Israel semakin keruh selepas menuduh Tel Aviv bertindak melampaui batas menyerang konvoi misi bantuan Gaza hingga Ankara menegaskan bahawa hubungan itu akan dikurangkan hingga tahap minimum.

Seorang lagi aktivis, Talat Hussain, dari Pakistan mendakwa komando Israel menembak kepala peserta konvoi bantuan itu.

“Saya melihat sendiri serangan askar Israel itu. Kapal bantuan tidak membawa senjata. Pergaduhan berlaku apabila komando Yahudi itu cuba menahan penumpang.” - Agensi

Tentera Yahudi bertindak lagi


REUTERS KAPAL tentera laut Israel dilihat mendekati MV Rachel Corrie sebelum menawan kapal berkenaan kira-kira 35 batu nautika dari Gaza.


KUALA LUMPUR – MV Rachel Corrie, kapal terakhir misi bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza yang dikepung Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Tentera Laut Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) semalam.

Berbeza dengan insiden rampasan kapal Mavi Marmara Isnin lalu yang mengorbankan sembilan aktivis, proses menawan MV Rachel Corrie kira-kira 35 batu nautika dari Gaza itu berlaku tanpa keganasan dan tiada kecederaan.


Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks