Ahad, 6 Jun 2010

Dasar Israel

Dasar 'tembak untuk bunuh'


2010/06/06

PENDUDUK Turki beramai-ramai menghadiri   majlis tahlil  dengan meletakkan sembilan keranda kosong menandakan warganya yang dibunuh Israel.
PENDUDUK Turki beramai-ramai menghadiri majlis tahlil dengan meletakkan sembilan keranda kosong menandakan warganya yang dibunuh Israel.
Kesan pada mayat aktivis bukti kekejaman Israel

LONDON: Komando Israel menggunakan dasar ‘tembak untuk bunuh’ selain melepaskan tembakan ke arah aktivis misi bantuan Gaza sekali setiap minit ketika hasil bedah siasat menunjukkan mangsa tembakan ditembak pada jarak dekat pada bahagian muka, kepala dan dari belakang.
Seorang daripada aktivis yang membuat pendedahan itu ialah Pengerusi Pertubuhan ‘Friends of Al Aqsa’, Ismail Patel, yang memberitahu seorang daripada sembilan yang maut ditembak berada di depannya.
Beliau menyifatkan komando Israel itu diberi arahan ‘tembak untuk bunuh’ kerana menggunakan peluru hidup yang dilepaskan dari helikopter.

“Kita tahu seorang ditembak setiap minit kerana sembilan orang terbunuh selain 48 lagi cedera ditembak, manakala enam lagi masih hilang,” katanya selepas tiba di sini.

Akhbar Britain, The Guardian, pula melaporkan keputusan bedah siasat ke atas sembilan mayat aktivis yang maut dan mendapati mereka ditembak berkali-kali dan sekurang-kurangnya 30 das pada jarak dekat.

Selain itu, lima daripada mangsa kena tembakan di bahagian kepala yang mengesahkan komando Yahudi diizinkan membunuh.
Aktivis Amerika Syarikat keturunan Turki, Furkan Dogan ditembak daripada jarak kurang 45 sentimeter dan tembakan mengenai muka, belakang kepala, dua kali di kaki dan sekali di bahagian belakang.

Seorang lagi lelaki yang maut berusia 60 tahun dan kena tembakan di dahi, dada, kaki dan bahagian belakangnya.

Dua lagi lelaki ditembak empat kali dan lima lagi ditembak sama ada di bahagian belakang kepala atau di belakang badan.

Ketua Yayasan Bantuan Kemanusiaan Islam Truki, Bulent Yildirim, yang mengetuai misi itu, berkata aktivis menggunakan batang besi bagi mempertahankan diri selepas askar Yahudi itu melepaskan tembakan rambang ketika menyerbu kapal Mavi Marmara.

Hubungan di antara Turki dan Israel semakin keruh selepas menuduh Tel Aviv bertindak melampaui batas menyerang konvoi misi bantuan Gaza hingga Ankara menegaskan bahawa hubungan itu akan dikurangkan hingga tahap minimum.

Seorang lagi aktivis, Talat Hussain, dari Pakistan mendakwa komando Israel menembak kepala peserta konvoi bantuan itu.

“Saya melihat sendiri serangan askar Israel itu. Kapal bantuan tidak membawa senjata. Pergaduhan berlaku apabila komando Yahudi itu cuba menahan penumpang.” - Agensi

Tentera Yahudi bertindak lagi


REUTERS KAPAL tentera laut Israel dilihat mendekati MV Rachel Corrie sebelum menawan kapal berkenaan kira-kira 35 batu nautika dari Gaza.


KUALA LUMPUR – MV Rachel Corrie, kapal terakhir misi bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza yang dikepung Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Tentera Laut Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) semalam.

Berbeza dengan insiden rampasan kapal Mavi Marmara Isnin lalu yang mengorbankan sembilan aktivis, proses menawan MV Rachel Corrie kira-kira 35 batu nautika dari Gaza itu berlaku tanpa keganasan dan tiada kecederaan.


Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...