Sabtu, 16 Mac 2013

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2013 penjawat Awam


Kumpul Stok Susu semasa Pantang Cara saya!

10 oz setiap satu sesi pengepaman, ini zaman kegemilangan yang
tak mungkin dilupakan begitu sahaja...

Orang kata masa dalam pantang susu banyak, erm..masa first week tak banyak sangat, tapi kerapkan menyusu, masa tu tak mula pam lagi sebab tak yakin..tapi masa minggu ketiga tu baru susu memancut2..mungkin kesan pengambilan vitamin dan pemakanan yang teratur dan juga kerap menyusukan bayi.
Dibawah ini cara-cara nak kumpul stok EBM semasa dalam pantang, yup wajib kalau betul-betul nak susukan baby sampai umur dia 2 tahun..

1.  Semasa menyusukan bayi anda, pamlah breast sebelah secara serentak, ni nama dia tandem pumping, ini boleh stimulate pengeluaran susu, jangan bimbang akan kekurangan susu, anda akan lihat kesannya berganda setelah seminggu mengamalkan cara ini.

2.  Lepas baby menyusu, pam breast supaya betul-betul kosong.
3. Jangan sesekali bagi susu formula atau air kosong kepada bayi anda, ini akan mengganggu rutin bayi dalam penyusuan sebab bila dia rasa kenyang dia akan kurang menyusu, bila kurang menyusu susu badan akan menyusut penghasilannya.
4. Pastikan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari, minum air susu,air milo or air holick pun baik.
5.  Pastikan mengambil nutrisi yang cukup.  Pantang ni bergantung pada tubuh badan seseorang, jangan pulak hari-hari makan ikan kering ngan nasik kosong saja...
6.  Amalkan set Breasfeeding Shaklee , kalau amalkan ini tak payah ambil jamu-jamu lagi tambah vitamin E dalam set anda, sebab vitamin E boleh membantu mengecutkan rahim. lagipun vitamin-vitamin shaklee ni neutral dan tak panas , sangat2 selamat untuk bayi dan anda..

Ini set Shaklee yang saya ambil
         Order kat sini :    https://www.facebook.com/vitamamashop

Ahad, 10 Mac 2013

Mane Nak Cari Dress Cantik&Berkualiti ek..

Erm....cantik2 jugak dress kat sini...bila dapat pakai  nie...huhuhu
Tak percaya p kat website nie..   http://www.kznabihah.com/

Suke yang ini....

A real X-agus

A real X- Agus


Sore mamat nih ala2 Brad Arnold kumpulan 3 doors Down tue...I Like...

Debaran

Cantik tatarias pentas mesyuarat..Good Job!
 yang pastinya aku ikut tema pentas...hahaha,kebetulan.
Sebuah Penantian
Semoga Allah permudahkan urusanku, hanya Allah yang maha mengetahui bagaimana sang hati berdenyut2 menanti detik panas selama aku bergelar guru..tiada siapa mengerti namun kugagahi langkah dengan riak tenang dan berani, sedang jauh di dalam ada bara sedang membakar...macam-macam suara yang melirih di cuping telingaku..ada suara yang buat kan sang hati ini tenang, ada suara yang buatkan sang hati ini meluat meluap..

"alaa takde apa2 lah...ko boleh punye.."
"Ko tak payah ckp byk, biar YDP yang jawab" Terima Kasih S/u ini jawapan yang buat aku tenang.
"erm, pandai2 la ko nanti, aku tak tau" demi Allah, semoga kau mengerti suatu hari nanti apa yang sedang aku rasa dan lalui...
Keperitan,kesusahan, kebebanan yang telah pun aku pikul selama 3 tahun ini menyedarkan aku tentang hakikat tugas seorang guru..susah untuk jari mengetik huruf-huruf yang sesuai untuk menggambarkan semua secara mutlak..
Namun,syukur...telah kulalui semua dengan kudrat dan yakin,semuanya hanya dengan bantuan MU Allah...semoga aku semakin tabah walaupun bibir sering melirih ayat-ayat lelah , cuma untuk membuang secebis lara dan tenat dalam sekeping hati..Maafkan aku wahai sahabat,teman, kawan , suami.. kerana mungkin kalian juga letih mendengar lirih ayat-ayat lelahku..sesungguhnya aku hanya manusia yang lemah hati,jiwa dan tubuh...lalu hanya bergantung kepada doa dalam sepanjang perjalanan..Terima Kasih buat yang meringankan walaupun hanya dengan sekuntum senyum..

Bedong...

Ibrahim Haneef ketika usia 3 hari

Bedong (SWADDLING) adalah cara membungkus bayi dengan selimut yang bertujuan untuk memberikan rasa hangat dan nyaman. Sebenarnya, membedong atau swaddling sudah dilakukan sejak lama oleh orangtua-orangtua kita dulu. Di banyak daerah di kawasan asia, membedong bayi baru lahir merupakan tradisi turun temurun, bahkan diselimuti hal-hal mitos seperti untuk melindungi bayi dari gangguan roh jahat. Saat ini, dunia perubatan pun sudah membuktikan manfaat bedong bagi bayi.

Antara kelebihan membedong bayi:
1. Membantu bayi anda agar tidak terganggu dengan gerakan kejut yang biasa dikenal dengan refleks Moro.
2. Membantu bayi anda untuk tetap hangat, terutamanya pada hari-hari pertama dalam kehidupannya.
3. Membantu menenangkan bayi anda.
Ketika bayi anda dibedong, dia akan rasa hangat dan selesa. Bedong juga berguna untuk menenangkan si kecil ketika dia menerima rangsangan yang berlebihan.
*Jika kelahiran bayi anda disambut oleh bidan ataupun anda bersalin di hospital, biasanya sebelum pulang ke rumah, mereka akan ajarkan cara-cara untuk membedong bayi.
Antara cara-cara untuk membedong bayi adalah seperti gambar ini:
Cara Membedong Bayi

Tetapi, keburukannya ada beberapa bayi yang menjadi kecanduan bedong dan susah tidur tanpa dibedong. Seiring usianya bertambah, longgarkan bedongnya, hingga perlahan-lahan benar-benar longgar dan boleh berhenti digunakan tanpa dia sedar..
Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks