Rabu, 21 Disember 2011

kebaikan SUJUD


16 KEBAIKAN SUJUD DALAM SOLAT


 

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada   

    tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud 
   adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian    
   belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud 
    dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih 
    kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran 
    perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah 
       berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita 
       bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar 
     daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah 
     dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah 
      ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan 
     sebagainya. 
 
15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di 
      hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur   
      dan  sebagainya.

16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan 
      menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan   
      pening  kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal 
      fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.


Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak 

dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya 

dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu 

a’lam.


dipetik dari:Fakta : Kebenaran Islam Melampaui Sains Moden
Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks