Sabtu, 27 September 2014

Banyaknya khasiat lecithin shaklee

Eh.. eh.. banyak pula khasiat lecithin ni ye.. jom baca!

Melindungi hati kita ~ Lecithin  boleh menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.

Memecahkan lemak dan kolestrol ~ Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh kita.

Melangsingkan ~ Menghalang obesiti. Kalau kita ambil Lecithin dalam kuantiti yang betul  maka makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita berlaku. Lepas tu jadilah langsing semula  tanpa penyakit kerana ianya seimbang dengan tubuh badan kita.

Mencantikkan otot dan kulit. Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

Memperbaiki alergi ~  Lecithin boleh menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin paarah seperti penyakit kulis spt dermatitis dan demam alergi.

Menghalang kejadian batu karang ~ Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan alam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak untuk pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang.

Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress ~ Kolina yang saya nyatakan di atas tadi akan berfungsi untuk penghantar/ agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.

Menghalang tekanan darah tinggi ~ Lecithin boleh menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat.

Boleh juga untuk mengatasi masalah prostat lelaki
Meringankan sembelit ~ Fungsinya untuk melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

Jumaat, 26 September 2014

7 Rahsia Jutawan Muslim

DIAMBIL DARI ARIKEL 
Adly mukhtar

Beliau orang Melayu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, anjuran Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya (GMB). 
Ucapan ringkas daripada Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.


Beliau berkongsi mengenai pengalaman berniaga beliau secara ringkas yang dirumuskan melalui cerita lori dan beras. Ucapan beliau hanya berkisar mengenai dua perkara tersebut sahaja tetapi mempunyai pengajaran yang sungguh berguna untuk semua sebagai usahawan muda.

Sepanjang ucapan beliau tidak henti-henti bersyukur kepada Tuhan dan mengatakan beliau tiada apa yang boleh dibanggakan, hanyalah insan biasa seperti orang lain.
Baiklah saya kongsikan sedikit mutiara yang saya dapat kutip daripada ucapan ringkas beliau mengenai ‘lori’ dan ‘beras’ mengikut pemahaman saya agar dapat memberi manafaat kepada semua.

#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan
Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.
Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.



#2 – Kejayaan Perlukan Masa
Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.
Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. “Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” jelas beliau ringkas.

#3 – Jangan Putus Asa
Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.
Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” jelas beliau sekali lagi dengan nada rendah diri.
Beliau ada berkongsi susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.
Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.
“Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal” jelas beliau.

#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu
Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.
Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.
Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.
Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” kata beliau.

#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri
Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.
Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” jelas beliau.

#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri
Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.
Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.
Jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” jelas beliau.

#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat
Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.
Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” jelas beliau mengingatkan semua hadirin.


Rumusan
Itulah sedikit sebanyak mutiara kata yang sempat saya catat untuk dikongsikan dengan semua pembaca blog ini. Pada pendapat saya, beliau selayaknya dijadikan sebagai ikon usahawan Islam Melayu bumiputera yang paling berjaya.
Walaupun ada segelintir pihak melontarkan pelbagai andaian sinis terhadap kekayaan beliau, tetapi setelah mendengar sendiri ucapan beliau saya rasa beliau bukan seperti yang mereka gambarkan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak suka kepada publisiti. Majlis makan malam ini pun beliau tidak mahu ada pihak media. Saya dapat jangkakan beliau pun tidak suka artikel yang saya hasilkan sebegini kerana terlalu memuji beliau.
Jadi banyak kebaikkan dan kebajikkan yang beliau lakukan kepada masyarakat tidak dihighlight oleh media massa seperti Yayasan Al-Bukhary, Universiti al-Bukhary dan sebagainya. Semoga bermanafaat buat semua!


Selasa, 23 September 2014

Tips mengelakkan anak kerap demam selsema

Sekilas fakta tentang sistem imunisasi kanak-kanak:
    • Bayi dalam kandungan menerima bekalan antibodi dari ibu melalui placenta (uri)
    • Selepas lahir, bayi akan terus menerima antibodi dari ibu melalui susu ibu (colostrum atau susu awal ibu mengandungi antibodi yang sangat banyak bertujuan untuk melindungi bayi lepas lahir)
    • Sehingga berusia 6 bulan, bayi akan sentiasa menerima bekalan antibodi melalui susu ibu.
    • Sehingga berusia 12 bulan, suntikan imunisasi dan juga sebarang jangkitan pada bayi akan bantu mematangkan sistem imunisasi bayi.
 
Muhammad Ibrahim Haneef ketika 8bulan, masih riang walaupun demam sikit
Jadi anak demam atau kerap sakit adalah salah satu cara semulajadi untuk meningkatkan sistem imunisasi badan anak. Tapi kalau terlalu kerap anak demam atau sakit dan ia berlarutan, itu petanda sistem imunisasi anak lemah.

Apa punca sistem imunisasi anak lemah?

    • Pemakanan yang kurang berzat (kurang sayuran dan buahan)
    • Persekitaran yang kurang bersih
    • Sentiasa terdedah kepada punca-punca jangkitan (di taska memang kanak2 sentiasa sakit kan?)
    • Kurang vitamin tertentu seperti vitamin C
    • Kurang tidur atau tidak tidak lena ( kajian menunjukkan kanak-kanak yang kurang tidur mudah terdedah kepada jangkitan penyakit)
Jika anak tak mahu makan buah dan sayur ( ini situasi biasa kebanyakan kanak2 ), boleh memberinya suplemen tambahan sebagai membekalkan nutrisi yang cukup dalam piramin pemakanannya setiap hari.
Antara pilihan suplemen terbaik untuk kanak-kanak


KHASIAT MEALSHAKES SHAKLEE

saya mula memberi mealshakes shaklee kepada anak saya seawal usianya 2tahun, kerana sebelum itu saya memang hanya bagi susu badan dan bubur nasik, buah2 dan sayur2 lenyek. setelah saya perkenalkannya dengan susu formula, ketika itu saya mula mencampurkan ke dalam susu formula itu dengan sedikit mealshakes.

Antara khasiat-khasiat mealshakes :
  1.       Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita yang kita tidak akan perolehi daripada makanan kita seharian. Bayangkan makanan kita yang dimasak pada suhu yang panas dan secara automatik nutrisi dan khasiat pada bahan mentah hilang dan kita hanya makan untuk kenyang sahaja
     2.    Mengandungi protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu untuk pembinaan sel-sel untuk kulit, kuku, rambut, darah dan sebagainya.
     3.    Membantu untuk membina tulang iaitu dengan kandungan asid folik, magnesium, kalsium dan biotin dan sel-sel untuk proses tumbesaran.
    4.      Sebagai alternative kepada mereka yang tidak suka telan pil nak-nak untuk pil bcompleks kerana MealShakes mengandungi bcompleks yang lengkap, zat besi dan copper. Kepentingan Bcompleks adalah untuk mengahsilkan darah merah yang sihat sekaligus memberikan wajah dan kulit lebih sihat dan berseri.

    5.      Mengandungi vitamin yang anti-oksida iaitu vitamin A, C dan E. Kalau yang berkaitan dengan anti-oksida pasti adalah untuk kecantikan dan anti penuaan kan.   

    6.      Bertindak sebagai agen detox iaitu mengandungi serat larut untuk membuang lemak berlebihan dan sisa buangan daripada usus dan perut. Jadi, sesiapa yang mengalami masalah sembelit Mealshakes boleh membantu.

    7.      Didatangkan dengan rasa vanilla asli iaitu tiada sebarang pewarna atau gula tiruan. Selamat dinikmati oleh kanak-kanak.


          KHASIAT OMEGA GUARD SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK

  • Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) : Kanak-kanak yang hiperaktif biasanya mempunyai jumlah omega-3 yang rendah berbanding kanak-kanak normal.  Penggunaan suplemen omega-3 dapat membantu membaiki tingkah laku, mengurangkan hiperaktif, dan meningkatkan tumpuan bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

  • Diabetes : Satu kajian kecil yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang mengidap diabetes jenis ke-2 (diabetes mellitus), mereka yang makan makanan yang tinggi kandungan omega-3 mampu mengurangkan tahap diabetes.

  • Kemurungan : Kajian pada 2006, minyak ikan mampu  mengurangkan simptom kemurungan keatas kanak-kanak dari usia 6-12 tahun.
  • Mengurangkan simptom ekzema dan allergi. (kulit dan athma )

KHASIAT VITAMIN C KANAK-KANAK

1. Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan   gusi yang sihat dan gigi.
2. Melindungi sel tubuh daripada kesan pencemaran
3. Membantu mengurangkan tahap kolestrol, tekanan darah tinggi.
4. Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon antistress.
5. Membunuh bakteria patogenik.
6. Melindungi sel-sel otak dan sarah tunjang yg sering dirosakkan oleh radikal bebas.
7. Mengurangkan gejala alergik.
8. Merawat jangkitan kuman saluran kencing.Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain

Ahad, 21 September 2014

Tips turunkan berat badan Dengan buah-buahan


tips kurus

Pisang
Buah yang satu ini sangat mudah tumbuh di daerah tropika, bahkan sangat mudah tumbuh di pekarangan rumah dengan keadaan tanah sedikit lembab. Buah ini juga merupakan jenis buah yang umum kita jumpai di pasaran dengan harga yang sangat murah. Jenis buah ini sangat sesuai dijadikan buah penurun berat badan karena kandungan nutrisinya yang kaya vitamin dan mineral serta kandungan kalori yang terdapat didalamnya merupakan karbohidrat kompleks yang dicerna lebih lama di dalam saluran pencernaan sebelum mampu untuk membentuk tenaga.
Epal
Buah epal merupakan salah satu jenis buah yang murah dan mudah ditemui disekitar kita. Selain itu, buah epal memiliki kandungan nutrisi yang banyak sehingga sangat baik dijadikan buah penurun berat badan dengan menjadi makanan pengganti. Selain sangat baik untuk saluran cerna kerana kandungan seratnya. Kerangupan buah apel ini juga bermanfaat untuk merawat kesehatan gigi.
Betik
Buah ini umum digunakan sebagai ubat sembelit. Karena kandungan seratnya yang tinggi. Selain itu, kandungan vitamin dan mineral buah ini juga sangat tinggi. Sehingga buah ini, sangat sesuai dijadikan sebagai makanan pengganti bagi penurun berat badan.
Sunkist
Umumnya kita sangat sering mengambil buah ini dalam bentuk jus buah. Pun begitu jika ia ditapis sepenuhnya, seratnya tidak dapat diperolehi. Kandungan buah ini juga sangat kaya dengan vitamin yang tubuh kita perlukan.
Tembikai
Tembikai dapat dikategorikan jenis buah yang memiliki khasiat menurunkan berat badan dan kandungan nutrisi yang kaya disebabkan karena pada buah tembikai memiliki warna yang menarik, dengan kandungan warna alami yang menarik pada buah tembikai memberikan gambaran kandungan mineral dan vitamin yang tinggi. Kandungan air yang banyak dalam buah tembikai juga memiliki khasiat untuk memperlancar pencernaan dalam tubuh.

Cara atasi loya ketika hamil

Bagaimana mengurangkan rasa loya dan muntah semasa mengandung?


1. Dapatkan rehat yang cukup kerana jika puan letih, rasa loya akan menjadi lebih teruk

2. Pilihlah makanan seperti biskut “cream cracker”dan roti bakar pada awal pagi selepas bangun tidur untuk mengurangkan loya sebaik saja bangun pagi.

3. Minum banyak air, dalam kuantiti sedikit-sedikit. Jangan minum dengan banyak pada satu masa kerana boleh menyebabkan mual dan muntah.
4. Makanlah sedikit- sedikit tetapi kerap, seperti 2-3 jam sekali. Makanlah makanannya yang tinggi karbohidrat tetapi rendah lemak (seperti nasi putih, roti , pasta) dan elakkan terlalu pedas atau berminyak.

5. Makanan yang suam/ sejuk lebih digemari wanita yang loya kerana kurang mengeluarkan bau- bauan.

6.Berhati- hati semasa menggosok gigi atau berkumur-kumur supaya tidak menyebabkan muntah.

7. Elakkan pakaian yang ketat di bahagian pinggang supaya lebih selesa
.
8. Jika loya dan muntah menjadi lebih teruk selepas makan supplemen zat besi ( Ferrous fumarate) , boleh bertukar ke persediaan zat besi yang lain seperti Obimin/ Pramilet.

9. Kenalpasti makanan / minuman yang menyebabkan puan loya dan elakkan.

10. Sesetengah wanita juga mengalami masalah refluks. Refluks boleh menambah rasa loya dan muntah. Oleh itu, tambahkan satu bantal lagi semasa tidur, elakkan kafein seperti kopi/ Nescafe dan kurangkan aktiviti membongkokkan badan.

Minyak ikan terbaik

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.




Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia
Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks