Jumaat, 24 Oktober 2014

Lagi kisah benar, mesti baca.

Assalamualaikum ..
Lamanya tak update entri.. subhanallah.. banyaknya yang nak dibuat. Tapi hari ni, nak cerita lagi pasal adik molek saya ni.. Si manis Halilah Haidar..  Alhamdulillah, seronok dia dengan perubahan setelah pengambilan vitamin yang konsisten yang akhirnya membentuk 'lifestyle' yang sihat. Sikit pun tak rugi kan? Yang bestnya, dia sendiri tak sedar sehinggalah ditelek2 gambar tahun2 lepas. kenapa dia tak sedar?? Sebab lifestyle dengan disiplin yg hebat telah pun menjadi budaya kan?

Penampilan, kesihatan, gaya hidup semua berubah jauh amat berbeza dari dulu. Yang bestnya, dia sendiri dah jadi pengedar maklumat tentang vitamin dan kepentingan vitamin, ilmu2 tentang vitamin pun akhirnya dia gali untuk lebih difahami. Setelah itu, dia boleh menyebarkan maklumat dan ilmu di medan yang betul. Kagum saya. Semoga dia terus dapat kesihatan dan penampilan yang baik serta dapat membantu lebih ramai di luar sana yang mempunyai matlamat dan kesedaran yang sama.

tips kurus mudah
Halilah dulu dan kini amat jauh berbeza


set kurus shaklee
Antara vitamin shaklee yang menjadi amalan

Untuk pertanyaan lanjut,
Untuk konsultasi terbaik.. boleh hubungi saya ye. Bila2 masa saja :)
014-2375034
call.sms.whatsapp

Selasa, 21 Oktober 2014

Nutrisi lengkap kanak-kanak

Mealshakes shaklee
Muhammad tak memilih makan lagi !

Nutrisi dari susu formula
Nutrisi dari Meal shakes Shaklee
Kanak-kanak hari ini banyak terdedah kepada makanan segera, sarapan dengan naget , sosej, atau kentang goreng. Situasi yg amat biasa, tanpa ibu-bapa sedar memang mudah menyediakannya, tapi sebenarnya adalah 'junk food' yang kaya dengan 'trans fat'. Banyak kesan buruk kepada kesihatan kanak-kanak ini di masa hadapan.
Sebagai ibu-bapa yang prihatin dengan keperluan nutrisi harian anak, pastilah risau dan mencari-cari apakah makanan tambahan untuk anak-anak bagi menampung nutrisi tidak lengkap dalam diet harian mereka.

Piramid makanan seimbang 
Bagi saya sendiri, saya pilih mealshakes shaklee untuk anak saya bagi mengekalkan keseimbangan nutrisi hariannya, tidak cukup susu formula sebenarnya, saya campurkan susu formula dengan sedikit mealshakes dan dia amat gemarkannya!
Mealshakes lengkap dengan Protein, fiber, vitamin B, vitamin C, vitamin A, zinc, kalsium. Dari segi kesihatan memang saya dapat lihat perkembangan positifnya. Selera makan yang baik ( tak terlalu memilih makanan) jadi saya boleh pilih makanan yg berkhasiat untuk nya, sudah tidak mudah dijangkiti demam selesema walaupun di taska kawan2nya berhingus, bersin atau batuk2. Daya fokus nya juga semakin meningkat.

Selain dibuat minuman, mealshakes juga boleh di jadikan ais krim, kek atau puding. Pasti anak kita menikmati kelazatan makanan beserta dengan khasiatnya yg hebat!.

Erm... PROMOSI MEALSHAKES oktober 2014 ni masih berbaki beberapa hari ye.
bagi yg berminat mencuba kepada anak-anak boleh hubungi saya ye , ada sesuatu yg istimewa menanti.. :)

Nite semua,
014-2375034
call.sms.whatsapp

Ahad, 19 Oktober 2014

Tips sebelum berhenti kerja dan menjadi suri rumah

Terjumpa tips untuk yang dah bercita2 nak berenti kerja sebelum pencen. Sebenarnya termasuklah saya kerana memikirkan masa dan perhatian terhadap anak. Ini adalah keputusan besar bagi saya. Dan saya cukup salute dengan ibu2 hebat yang mampu buat keputusan macam tu. Apa pun, pada pandangan saya menjadi suri rumah pun boleh menjana pendapatan lebih dari gaji semasa bekerja. Itu tak mustahil sebab dah banyak kita dengar dan baca kisah2 berjaya seorang suri rumah yg bekerja dari rumah di samping anak2 dan suami.
set kurus
Bahagia dapat melihat mereka membesar dengan air tangan kita sepenuhnya
( Muhammad & Al-Haura' )


16 tips yang dikongsikan dimana 12 adalah untuk isteri dan 4 lagi adalah untuk si suami. Baca penulisannya di bawah:

Nak share pengalaman sikit macammana boleh berhenti kerja dari jadi engineer ke surirumah.Langkah-langkah menjadi surirumah sepenuh masa:
1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga sebab dia y akan tanggung nanti
2. Inform keluarga dan keluarga mertua
3. Setelkan semua hutang kad kredit yang ada
4. Cancel semua kad kredit
5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan
6. Pastikan ada simpanan 2-3 bulan gaji sebagai back up plan kalau nak buat side income
7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping. No more online shopping beli barang mengarut2 dan tak perlu.
8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak hari-hari jika tak pandai masak. Takkan surirumah nak tapau lauk dari luar je kan?
9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime housewife sesungguhnya lagi memenatkan.
10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah. Percayalah, 24jam akan terisi dengan kerenah anak-anak.
11. Bersedia dengan suara-suara sumbang yang akan asyik dok mengata rugi belajar tinggi, jadi surirumah, tinggalkan kerjaya, gaji tinggi. Bukan diorang yang tanggung pun. Jadi, abaikan.
12. Jangan lupa kawan-kawan. Nanti sunyi pula takde orang nak bercerita hal-hal dewasa. Asyik cerita Boboiboy, Upin Ipin dengan Pororo je.

 Hehe..Persediaan bagi suami
1. Suami kena bersedia dari segi kewangan. Tak perlu mewah. Cukup makan, pakai, insurance, tempat tinggal, setel
.2. Suami kena faham rutin seorang surirumah. Sekali sekala bawalah isteri berjalan-jalan sebagai bonus bekerja 24 jam sehari. Takdelah dia rasa terperap dalam rumah je.
3. Percaya dan yakin, rezeki datang dari Allah. Bukan dari manusia
4. Sentiasa support isteri dan masih menolong buat kerja rumah.


Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks