Jumaat, 26 November 2010

Beberapa Amalan Yahudi Banyak dari Sunnah

Semuanya tidak menyalahi syariat, bahkan sebahagiannya mengikut sunnah Nabi kita Muhammad s.a.w. Apa yang telah diajar oleh Baginda s.a.w telah dipinggirkankan oleh umatnya sendiri. Lebih malang apabila ianya mula diamalkan oleh musuh yang paling membenci Islam.
                                            

1. “Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami.”.Bagi umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan agar wanita-wanita hamil agar sering mengalunkan ayat-ayat al-Quran dengan sebaiknya. Malah ahsan jika dibaca sebuah al-Quran secara istiqamah dan konsisten sepanjang membawa kandungan itu kerana fadhilatnya amat besar. Muslim ada meriwayatkan sepotong hadith tentang kelebihan membaca al-Quran:

عن أَبي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ
Telah menceritakan padaku Abu Umamah Al-Bahiliy R.A berkata : Aku mendengar Nabi SAW bersabda : “Bacalah oleh kalian semua Al-Qur’an, kerana ia akan datang pada hari Kiamat nanti sebagai pembawa syafaat bagi para pembacanya, bacalah oleh kalian semua “Dua yang Bersinar” (yaitu) Al-Baqarah dan Ali Imran, maka ia akan datang pada Hari Kiamat nanti bagaikan 2 naungan, atau bagaikan 2 awan, atau bagaikan 2 belahan burung dari angkasa yang menghalangi para pembacanya (dari api neraka –pen). Bacalah oleh kalian surah Al-Baqarah karena barangsiapa yang mengambilnya akan dilimpahkan berbagai kebaikan dan barangsiapa yang meninggalkannya akan ditimpa kerugian, dan tidak ada Al-Bathlah yang mampu mencelakakannya.” Berkata Mu’awiyah : Telah disampaikan kepadaku bahwa makna Al-Bathlah yaitu Tukang-tukang Sihir/Guna-guna.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hakikatnya, pendidikan anak-anak bukan bermula dari saat dilahirkan bahkan kajian menunjukkan pendidikan bermula dari alam rahim lagi. Anak-anak di alam rahim sudah terdidik dengan perlakuan ibu dan persekitarannya. Lantas, bacaan al-Quran amat penting untuk dialunkan sepanjang tempoh itu kerana ia berupaya merangsang minda bayi berkenaan. Ahammu as-syai’ (perkara yang lebih penting) adalah memasakkan kalimah suci Allah melalui kalamullah yang suci. Bagi yang bergelar muslim dan mu’min, maka di sinilah letaknya kepentingan memilih bakal isteri atau ibu kepada anak-anak yang bakal dilahirkan daripada kalangan perempuan-perempuan yang beragama kerana ia berupaya mewarisi keimanannya kepada zuriat-zuriatnya.

Dalam hal ini, benarlah apa yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi yang mahu melahirkan anak-anak yang pintar matematik dengan melatih anak-anak sejak di alam rahim lagi. Apa kata kita turut menjejaki langkah yang sama. Hafazlah al-Quran & hadith sewaktu mengandung agar anak yang dilahirkan nanti akan menjadi al-hafiz/ al-hafizah. Belajarlah pelbagai bahasa agar anak itu akan menjadi golongan yang menguasai banyak bahasa terutamanya bahasa arab dan bahasa inggeris. Rajin-rajinkanlah diri melakukan amal ibadah agar anak itu turut sama menuruti amalan itu apabila dewasa kelak. Dan apalagi yang kita mahukan? Mulakanlah dari saat mengandung anak itu.

2. “Sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang.”
Susu, kurma, bijirin, ikan, madu, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah makanan yang banyak membekalkan vitamin dan mineral untuk tubuh badan manusia. Penuh khasiat! Malah susu adalah minuman kegemaran Rasulullah s.a.w. Malah Rasulullah s.a.w pernah mengembala kambing dan memerah susu kambing. Terlalu simbolik apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Tidakkah kita terfikir bahawa di situ tersurat bahawa Allah ingin menyampaikan kepada hambaNya bahawa susu adalah minuman yang baik untuk diamalkan terutamanya bagi wanita-wanita mengandung. Namun sayang sekali, umat Islam kurang mengambil berat tentang ini. Begitu juga dengan kurma. Inilah makanan yang mengandungi vitamin yang lengkap. Ketika seharian berpuasa, kurma adalah makanan pertama yang dianjurkan untuk dimakan sebagai asas menggantikan kekurangan vitamin dan mineral dalam badan. Begitu juga dengan makanan-makanan yang dijamin akan khasiatnya sebagaimana yang diamalkan oleh orang-orang Yahudi. Amat rugi seandainya wanita-wanita Islam yang hamil tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang kerana ia bakal mengundang melahirkan generasi Islam yang lemah dan kurang cemerlang. Sedangkan Nabi s.a.w bersabda:

المؤمن القوي خير وأحب الى الله من المؤمن الضعيف

"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai daripada orang mukmin yang lemah” (Hadith Riwayat Muslim)


3. “Adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.”

Kenapa ? khasiat ikan adalah penuh protein. Rupanya kelebihan pil minyak ikan adalah kerana mengandungi DHA. DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan kita. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan. 60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat. Oleh yang demikian, wanita yang mengandung amat disarankan untuk makan minyak ikan. Tetapi dalam kuantiti yang diperlukan.

4. “Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu.”
Nabi s.a.w sejak awal lagi mengajar kita mendahului makan buah sebelum mengambil makanan yang lebih berat. Buktinya, ketika berbuka puasa, kurma (buah) adalah makanan yang pertama disunatkan untuk dimakan ketika berbuka.

كان يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم يكن رطبات فعلى تمرات فإن لم يكن حسا حسوات من ماء
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutob sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutob, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.” (Hadith Sahih)

Nota: Balah (buah kurma yang masih muda, biasanya masih di atas pohon kurma) Rutob (buah kurma yang dah ranum, biasanya sedikit basah), Tamar (kurma yang telah dikeringkan).
Menurut Dr. Fadzilah Kamsah, ada kajian yang menunjukkan bahawa vitamin hanya beroperasi di dalam badan manusia hanya ketika perut kosong. Jika perut telah dipenuhi, maka vitamin akan dikumuhkan. Jika benar begitu, alangkah indahnya Islam kerana Nabi s.a.w telah mengajarkannya sejak 1400 tahun yang lalu.

5. “Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.”

 Bahaya merokok juga sudah maklum. Jangan sampai ketika isteri sedang mengandung, suami merokok dihadapan isteri. Kesalahan pertama, menyalahi hukum. Kedua, mendatangkan mudharat kepada kandungan isteri. Setuju?

6. “Sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari.”
Hakikatnya, inilah yang diajar oleh Baginda s.a.w kepada para Sahabat r.hum.

علموا ابنائكم السباحة والرماية وركوب الخيل“Didiklah anak-anakmu berenang, memanah, dan berkuda.”


Kita bagaimana? Saya sendiri berminat untuk melatih anak (dan anak-anak yang bakal lahir :)) memiliki kemahiran memanah, berenang, berkuda, berlari dengan cara yang betul. Saya yakin, terselit seribu hikmah di atas anjuran Baginda s.a.w itu. Jadi tidak salah kita menghantar anak-anak ke kelas renang. Cumanya, carilah tempat-tempat renang yang tertutup dan ditraining oleh tenaga pengajar perempuan yang berpengalaman terutamanya bagi anak-anak perempuan. And vice versa. Begitu juga dengan kelas-kelas yang lain. Pilihlah aktiviti yang terbaik untuk anak-anak kita.

7. “Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka.”
Kedudukan kepala yang lebih rendah daripada badan menggalakkan pengaliran darah dan oksigen ke kepala. Pergerakan kepala juga begitu. Ia akan menjadikan otak dan minda lebih segar, cergas, dan waras. Bagi umat Islam, solat adalah aktiviti terbaik. Ia merupakan ibadah yang diwajibkan untuk dilaksanakan 5kali sehari semalam. Pergerakan solat menerangkan segala-galanya. Satu kelebihan untuk umat Islam apabila kefardhuan itu dilaksanakan ia akan mendekatkan diri kepadaNya sekaligus membentukk syakhsiyyah yang terpuji. Inilah yang ditunjukkan oleh Nabi kita s.a.w. Malah Rasulullah mencari kelebihannya dengan melakukan solat-solat nawafil (sunat) dan tahajjud agar lebih dekat dengan Penciptanya. Nabi pernah bersabda ketika ditanya oleh isteri Baginda, Aisyah r.ha:

عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه ، فقلت له : لم تصنع هذا يا رسول الله ، وقد غفر الله لك ما تقدم من ذنبك وما تأخر ؟ قال : أفلا أحب أن أكون عبداً شكوراً ؟

" Daripada Aishah r.ah. bahawa Nabi S.A.W. bangun di waktu malam ( bersolat tahajjud ) sehingga bengkak kedua-dua kaki baginda. Lalu aku ( Aishah ) bertanya kepada baginda : kenapa engkau lakukan sebegini wahai Rasulullah?... Sesungguhnya Allah Taala telah mengampunkan dosa-dosamu yang telah lalu dan terkemudian. Jawab baginda S.A.W. kepada isterinya Saidatina Aishah : ( Wahai Aishah ) Tidakkah aku ini seorang hamba yang bersyukur?" (Hadith Riwayat Bukhari)

Tetapi, mengapa masih ada umat Islam yang menafikan kefardhuan ini? Percayalah, Allah lebih mengetahui kebaikan untuk hambaNya dan Allah memang mahu memberikan yang terbaik untuk hambaNya. Afala tashkurun? (Adakah kamu di kalangan mereka yang mahu bersyukur? ) Afala tatafakkaruun? (Adakah kamu di kalangan mereka yang berfikir?).

Ahad, 21 November 2010

Hab Hiburan Malam Nafi Status Malaysia sebagai Negara Islam

                                sebagai sebuah negara Islam, pelan untuk membangunkan industri
                                pelancongan perlu lebih memberi tumpuan pada peluang pelancong
                                luar mengenali warisan Islam di negara ini.

Pentingnya bagi sesebuah pimpinan negara untuk merencana pelan ekonomi berkesan demi janaan pendapatan negara.  ekoran daripada itu, dalam memastikan kelansungan ekonomi Malaysia terus berada pada tahap terbaik, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikatakan sebagai satu program untuk menggerakkan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi, dikeluarkan pada 25 oktober lalu.
        Hasil idea dan cadangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak itu, perlaksanaan ETP mengandungi 131 projek permulaan (EPP) , 12 laporan makmal dan 60 peluang perniagaan.  kesemua cadangan tersebuh akan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan tambahan.  dan menariknya, salah satu program yang diperkenalkan ialah mahu menjadikan Malaysia sebuah hab hiburan malam !
        Difahamkan, rancangan tersebut akan dilaksanakan dengan penubuhan kelab malam terkemuka.  Termasuk juga menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan 'mempakejkan' semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.  Selain itu, EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Kelang, Genting Highland, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu.  dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan melalui pelancongan.

REAKSI KURANG SENANG

       Seperti yang dijangka, rancangan Perdana Menteri itu telah mengundang reaksi kurang senang kebanyakan masyarakat. Rata-ratanya nyata kecewa dan memberi tentangan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom , rancangan Perdana Menteri itu hanyalah cadangan daripada makmal.  Ia masih perlu dikaji dari aspek perlaksanaannya bagi memastikan setiap masyarakat beroleh manfaat ( Dipetik dari akhbar Sinar Harian 30 oktober 2010)
       Kalau diikutkan pada logik akal, cadangan kerajaan ini boleh dikatakan 'tidak sesuai' apatah lagi dengan status Malaysia yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam.  Kalau atas alasan untuk menarik ramai pelancong luar datang ke Malaysia, hiburan-hiburan melalaikan itu mahu 'dibudayakan', memang perlu kajian yang cukup menyeluruh.
       Sepatutnya, sebagai sebuah negara Islam, pelan untuk membangunkan industri pelancongan perlu lebih memberi tumpuan pada peluang Islam di negara ini, tambahan pula dengan ciri unik masyarakat Islam di sini yang mampu hidup dengan aman damai walaupun adanya masyarakat berlainan agama.  Sayang sekali, kalau ciri-ciri tersendiri kita itu dipinggirkan hanya kerana mengikut selera orang lain.



PENDAPAT PAKAR

Hasil Hiburan Haram !

" Jika kerajaan mahu jadikan Malaysia hab hiburan malam bagi memacu ekonomi negara, maka perolehan negara itu hukumnya haram dan merugikan negara pada masa hadapan"  demikian kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dipetik kenyataannya daripada laporan berita muka depan sinar Harian 29 oktober lalu.
    Katanya lagi, hasil perolehan negara daripada sumber aktiviti hiburan dan kelab malam adalah haram.  Harussani berpendapat Malaysia sebagai negara Islam seharusnya tidak mengambil tindakan demikian.  Malah perlu menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain.

     Beliau turut melahirkan kebimbangan jika cadangan itu dilaksanakan kelak akan menimbulkan lebih banyak masalah sosial melibatkan semua peringkat umur.
 

    " Apa sudah jadi dengan negara ini??? Kes pembuangan bayi, hubungan seks bebas, seks sejenis, tidak menutup aurat dan banyak lagi.  Perkara ini perlu diberi penekanan dalam membina negara.

    " Jika generasi muda terutamanya didedahkan dengan aktiviti tidak bermoral sedemikian, maka gejala sosial akan meningkat dan tidak akan terbendung lagi.  Bagaimana mahu memajukan negara ?  Tidakkah tindakan ini akan menghancurkan negara? " katanya.
     Tambahannya, kerajaan perlu mengkaji semula perlaksanaan Program Transformasi Ekonomi ( ETP ) untuk menjadikan Malaysia sebuah hab hiburan turun menggesa kerajaan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk pakar agama sebelum melaksanakan cadangan tersebut.

sumber : I LUV ISLAM 12-18 NOVEMBER 2010


KOMEN & PERASAAN AKU

 Hab Hiburan = Transformasi ke NERAKA ALLAH.
Fikir guna akal syaitan = KAWAN SYAITAN=TAK TAKUT ALLAH
 Duit Tak Berkat/HARAM = ANAK-ANAK ROSAK =DUIT ASYIK TAK CUKUP = ALLAH MARAH = NERAKA

Hab Hiburan = ALLAH MARAH = AKU MARAH !!!
Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks