Ahad, 7 April 2013

Nour Ain Beauty Care - Kosmetik berkesan & Selamat





COMPLETE SET NOUR AIN HANYA RM100 (5 ITEM-SABUN, UV FOUNDATION, NIGHT CREAM(5gm), SERUM & TONER.)-**POSTAGE - SM RM6 / SS RM8


TESTIMONI




Pic saya yg kiri hanya menggunakan uv foundation nour ain (natural) No Editing!!! / pic kanan setelah menggunakan foundation /compact..bertambah flawless kan...dgn kulit yg cantik. .bila dah make up nmpk lg cantik..Jom dptkan kulit yg bersih & berseri..

Tak kenal maka tak cinta..dah cuba baru tahu keberkesanan produk Nour Ain ni..Kami Pengguna Setia Nour Ain Beauty Care..Kulit cantik hati pun senang..dan bila dah make up bertambah berseri2..:-))tk rugi mencuba hanya bermodalkan RM150 shj untuk dapatkan kulit idaman.


KOSMETIK TERBAIK TANPA BAHAN KIMIA : KLIK GAMBAR

 KOSMETIK ORGANIK TERBAIK

UNTUK MEMBELI SILA HUBUNGI WAKIL KAMI : 
Siti haida bt muhamad sobri   ( 017- 4203062 )
BUAT DUIT DENGAN SHAKLEE?? --->> KLIK
http://hotneuzs.blogspot.com/2014/05/bonus-shaklee.html

Viral Fever..

Thermal Equilibrium method...Nak tunggu net transfer = 0 punyala lama..

Muhammad demam lagi, masuk hari ke-4 suhunya mencecah 39degree, doktor bagi ubat insert untuk cepatkan suhunya turun..saya beli la termometer untuk pantau suhunya di rumah, tiap kali panas terik kepalanya saya tuam dengan air asam jawa, tu pun jenuh berperang sebab tiap kali tu jugak dia akan tepis2 tangan saya...aduh anak..tiba waktu malam saya tak boleh lena walaupun dia tidur nyenyak, suhu mencecah 40degree sedang dia nyenyak tidur, mampukah seorang ibu hanya memandang dan kemudiannya tidur lena?? sudah tentu tidak..ketika itu tak putus2 tangan saya tuam seluruh badan dia, sela 10 minit periksa pulak suhu nya..sehingga pagi menjelang,tidak tersedar yg mata ini belum pun sempat rehat&lelap..setelah  3hari berturut2 begini, saya tidak mampu lagi berdiam diri, terus memecut ke Columbia Asia Hospital Seremban, mujur telahpun 1 tahun saya melanggan medical card Maa Takaful untuk Muhammad( hanya rm58 sebulan) ,inilah masanya untuk saya gunakan kad tu..setelah di sana, segala urusan begitu cepat,pantas dan mudah..syukurlah, ujian darah mudah hanya guna hujung jari tak perlu guna jarum seperti yg pernah dilaluinya seketika di hospital putrajaya dulu..kaedahnya saja berbeza, x-ray dada kemudian terus dapat analisis dari doktor,doktor sahkan ini viral fever... petang tu, terus ditahan di wad, sepanjang di wad, sungguh teliti & rapi penjagaan pihak kakitangan hospital ini, sangat berpuas hati...hari ke-10 Muhammad sembuh sepenuhnya...syukur Alhamdulillah..keriangan & kelincahannya kembali terpancar...barulah ibu ini mampu tersenyum..


Hari ke-2 Hospital Putrajaya, nampak segar dah..

Masa ni sebelum masuk hospital Putrajaya, viral fever umur 6 bulan, setitik air pun tak boleh ditelan, satu suara pun tak mampu keluar..




TIPS MERAWAT ANAK DEMAM

1. Banyakkan berdoa memohon perlindungan dan kesihatan dari Allah SWT dan membaca ayat – ayat lazim kepada anak anda. Jika dia sudah besar, minta dia membacanya sendiri selalu. Ingatkan padanya bahawa ini adalah ujian dari Allah kerana Allah sayang kepadanya.

2. Sentiasa memberi ubat yang diberikan oleh doktor mengikut dos dan masa yang ditetapkan. Ingat, ubat paracetamol (PCM, panadol) hanyalah untuk menurunkan suhu badan anak yang panas, namun ia tidak dapat melegakan punca demam. Majoriti punca demam bagi anak – anak adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria dan PCM tidak boleh membunuh virus atau bakteria tersebut. Sebaliknya antibodi yang dihasilkan oleh anak itu sendiri sahaja yang mampu melawan virus yang menyerangnya. Manakala antibiotik diperlukan jika anak dijangkiti oleh kuman atau bakteria.

3. Pastikan di rumah ada alat termometer dan juga jam loceng. Bila tiba masanya, jangan lupa memberi ubat paracetamol dan antibiotik (jika perlu) dan sentiasa memantau suhu bayi. Jam loceng amat berguna untuk mengejutkan kita bila memberi ubat dan memantau suhu anak di waktu lewat malam atau awal subuh.





4. Satu lagi cara yang amat berkesan adalah dengan memberikan susu ibu sebanyak dan sekerap mungkin kepada anak jika dia masih menyusu badan. Ini kerana di dalam susu ibu terdapat banyak faktor – faktor yang boleh melawan virus dan kuman seperti antibodi (sIgA, IgG), sel darah putih, laktoferrin, lysozyme dan banyak lagi. Itulah sebabnya kebanyakan bayi yang menyusu badan sangat jarang mendapat demam, dan kalau demampun, dia cepat sembuh. Perlu diingatkan bahawa tiada satupun susu formula yang mempunyai kelebihan seperti ini berbanding dengan susu ibu.

5. Jika bayi sudah berumur lebih dari 6 bulan, atau sudah mula makan selain dari susu, cubalah sebaik mungkin untuk memberinya makan. Jangan dipaksa, tapi jangan pula dilengahkan. Ini kerana anak kita memerlukan tenaga yang secukupnya untuk melawan jangkitan yang dialaminya. Memanglah pada kebiasaannya anak yang demam akan hilang selera makan, tapi itu bukanlah bermakna ia menjadi tiket untuk kita tidak memberikan dia makan seperti biasa. Untuk memudahkan proses ini, berikan makanan yang mudah dihadam seperti bubur yang cair, sup ayam dan lain – lain. Jika si kecil masih menolak, cuba berikan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap, misalnya 1-2 sudu selang 10 minit. Yang penting, dia perlukan sumber tenaga yang secukupnya di saat – saat yang genting ini.

6. Pastikan anak mendapat cecair yang secukupnya. Ini kerana ketika demam, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air. Badan yang kekeringan air lebih lambat untuk sembuh dan ini akan membawa ke masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian) di dalam badan dan kalau kekeringan air ini dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak dan mungkin boleh menyebabkan kematian. Cecair yang dicadangkan adalah seperti susu ibu (jika berusia kurang dari 6 bulan), jus buah yang dicairkan, sup ayam atau sup daging, air nasi, air kelapa, air barli atau air kosong.

7. Pakaikan anak dengan pakaian kapas dan nipis. Bayi yang masih kecil tidak perlu dibedung pada waktu ini supaya haba badan yang panas lebih mudah dapat keluar. Jika perlu, buka pakaian bayi dan letak bayi di tempat yang lapang dan berangin untuk memudahkan pengaliran haba keluar dari badan.

8. Diriwayatkan di dalam kitab Sahih Al-Bukhari dan Muslim, daripada Nafi', daripada Ibn Umar r.a. bahawa Nabi Muhammad Salallahualaihiwasallam pernah bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berasal daripada wap api Jahannam. Maka sejukkanlah dengan air.” (1)

9. Sentiasa basahkan badan bayi dengan air biasa. Tidak perlu air yang terlalu sejuk atau terlalu suam. Jika air itu terlalu sejuk, ini boleh menyebabkan badan bayi 'terkejut' dan menggigil. Manakala jika air suam atau panas maka lambatlah haba akan keluar dari badan. Cukuplah sekadar air paip pada suhu biasa. Oleh kerana ketika demam, badan bayi yang panas akan menyebabkan air basahan itu cepat saja kering, oleh itu perlulah kita mengelap badan bayi dengan kerap. 


10. Boleh juga menjeram / menjelum / membasahkan kepala, bahagian pelipat dan badan bayi menggunakan petua – petua tradisi seperti air asam jawa, lendir daun lidah buaya, air daun bunga raya, air daun jambu batu dan air daun sirih. Masukkan daun bunga raya, daun jambu batu atau daun sirih ke dalam sebekas air dan ramas daun tersebut sehingga keluar airnya lalu jeram kepala dan badan anak anda dengan air tersebut. Perlu diketahui, tiada sebarang jaminan bahawa petua – petua ini adalah berkesan namun tidak salah mencuba dan berusaha dengan cara ini selagi tidak terlalu menyusahkan kita. Jika sukar untuk mendapatkan bahan – bahan yang disebutkan tadi, maka cukuplah sekadar air paip biasa sahaja.





Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks