Rabu, 6 Ogos 2014

Lemak sayuran (lemak trans ) merbahaya?

Isu lemak trans (trans fat) memang sentiasa hangat diperdebat di kalangan pakar2 nutrisi. Bagaimanapun saya lihat di Malaysia, tidak ramai pengguna-pengguna sedar akan bahaya lemak trans ini.
Baca apa itu lemak trans di sini : Trans Fat

Makanan yg mengandungi lemak trans

Jom kita tengok makanan apa yg mengandungi lemak trans , saya pasti kalau kalian faham tentang apa itu lemak trans sudah pun dapat mengagak jenis makanan apakah yg mengandungi lemak trans ini kan?
Antaranya : ( semuanya sedap belaka )
1. Makanan segera
2. Marjerin
3. Mee segera
4. Makanan segera ( Kentang goreng, daging burger,naget,sosej,donut, dll)
5. Makanan sejuk beku
6. Minyak
7. Biskut/Cracker/cookies
8. Minuman 3 in 1
9. Susu formula
10. Kesimpulannya, makanan2 proses lah kan.
Produk-produk ini biasanya berselindung dengan perkataan pada label pembungkusan seperti ' lemak sayuran bebas kolestrol' atau ' hydrogenated oil/shortening'

trans fat food


**BAYANGKAN DENGAN LEMAK INI BISKUT BERTAHAN SELAMA SETAHUN.

Mengapa lemak ini merbahaya ?

Ini kerana ia akan meningkatkan kolestrol LDL di dalam badan (kolestrol jahat), dan merendahkan paras kolestrol HDL (kolestrol baik). Lemak trans dianggap lebih merbahaya daripada lemak tepu, kerana lemak tepu hanya meningkatkan LDL tapi tidak menurunkan paras HDL.
bahaya lemak sayuran
Antara penyakit-penyakit akibat pengambilan lemak trans (trans fat)
Mari kita perhatikan label2 pembungkus makanan yg mungkin kita ambil.

trans fat food


trans fat milk
Ini susu formula anak saya :(

free trans fat food
Ini bebas trans fat, ini Mealshakes Shaklee anak saya punya :)
Tidak hairanlah, pada zaman ini terlalu banyak penyakit kronik seperti strok,sakit jantung,diebetes, kanser, menjadi perkara biasa kita dengar. Badan kita sendiri keliru dan tak tahu nak buat apa dengan kehadiran lemak trans di dalam badan kita. Sejak dari lahir,dari keluar perut ibu, sudah disajikan dengan lemak ini. Untuk pengetahuan semua, dalam makanan semulajadi pun wujud lemak ini, seperti di dalam daging lembu dan kambing tapi kandungan yg sedikit masih lagi boleh diterima oleh badan.

Itu saja perkongsian dari saya, selamat malam.


Apakah itu lemak trans (Trans Fat) ?

Pernahkah anda lihat label 'Tanpa Lemak Trans' pada pembungkus makanan ?

trans fat
Contoh pembungkus makanan dengan label 'Trans Fat free'

Penting untuk kita tahu tentang lemak trans ini sebenarnya. Apakah itu lemak trans?
Ini kehebatan bidang kimia sebenarnya, ia merupakan lemak sayuran yang ditambah dengan atom hidrogen melalui proses penghidrogenasi. Ini menyebabkan lemak sayuran yg wujud dalam bentuk cecair itu menjadi separa pepejal. Adakalanya ia dihidrogenasi secara separuh maka wujudlah pula  'minyak separa hidrogenasi' ( Partially hydrogenated oil ). Sekiranya ia mengalami proses hidrogenasi secara penuh pula, maka jadilah pula ia lemak tepu.
Sejarahnya, pada era 1900an lagi, ahli kimia German Wilhelm Normann menemui minyak sayuran atau minyak ikan dilalui dengan gas hidrogen untuk menjadikannya pepejal atau separa pepejal. Bermula tahun 2006 FDA telah mewajibkan pengilang makanan untuk meletakkan lemak trans pada label pembungkus makanan sekiranya makanan tersebut mengandungi atau tidak mengandungi lemak trans.

trans fat
Susunan atom Hidrogen di dalam lemak trans

Mengapa Industri Makanan Menggunakan Lemak Trans?
Asid lemak trans membantu memanjangkan jangka hayat pelbagai jenis makanan.  Ia juga lebih murah selain membaiki tekstur dan rasa makanan yang diproses. Pada zaman dulu kebanyakan industri makanan menggunakan lemak haiwan seperti lemak lembu dan lemak khinzir. Maka terhasillah lemak trans bagi menggantikan lemak tersebut dan adakah lemak trans ini merbahaya?
Saya akan kongsikan di post yang akan datang ya.




Sumber :
1. Dr Helmy Hazmi (pakar perubatan komuniti serta pengkhususan dalam bidang epidemiologi dan biostatistik )
2. Center For Science in The Public Interest
3. CNN.com

shaklee independant distributor


Selasa, 5 Ogos 2014

Vitamin untuk si kaca mata

Pagi ni dah masuk botol ke 5 jiran sebelah kat ofis (ofis la sgt),order caratomax.. mula2 satu botol xdala rasa sangat kesannya..tapi dah masuk botol kedua mata dah mula cerah.. kadang2 terlupa nak pakai spek mata. Berebut dgn suami katanya.. saya kata tak rugi amalkan sbb dlm masa yg sama mengelakkan kanser serviks yg menjd musuh no 1 wanita. :)
#carotomax bukan hanya vitamin untuk si rabun. Tapi lebih dari itu.


Isnin, 4 Ogos 2014

Siapa perlukan Gla Complex?

Vitamin untuk cantik & Sihat

Siapa yang perlukan Gla Complex ni ye??
  1. Pesakit Diabetes
  2. Perempuan yang mengalami period tidak teratur
  3. Pasangan suami isteri yang inginkan zuriat
  4. Individu yang ingin mencantikkan kulit, menghilangkan jeragat, jerawat, parut-parut jerawat dan mempunyai kulit sensitif.
  5. Pesakit Kencing Manis – Pesakit ini tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Supplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis.
  6. Penghidap Arthritis – GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak dan kekejangan pada waktu pagi. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk arthirtis reumatoid.
  7. Payudara fibrocystic
  8. Osteoporosis – kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang.
  9. PMS – Sesetengah wanita mendapati gejal-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit payudara dan perasaan kemurungan serta keresahan dan pembengkakan rahim.
  10. Alahan – Orang yang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA kepada GLA. Malah, wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di dalam susu ibu dan darah.
  11. Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD)
  12. Ketagihan alkohol – GLA boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah kerosakan hati.
  13. Penghidap Kanser
  14. Tekanan darah tinggi dan penyakit jantung – Kajian menunjukkan bahawa GLA, samada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak penting, EPA dan DHA kedua-duanya ditemui dalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung.
  15. Penghidap Ulser
Sudah tentu bagi yg tidak mengalami masalah di atas, amat digalakkan mengamalkan gla complex sebagai usaha mencegah dari penyakit2 kronik seperti kanser servik,kanser payudara, kanser2 lain.
Siapa yang tak boleh ambik GLA?
  1. GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.
  2. Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.

Ahad, 3 Ogos 2014

Testimoni-testimoni pengguna gla complex shaklee

Assalamualaikum semua..
Muhammad baru tidur.. so ada masa nak tulis kat sini. Oleh kerana bulan ni adalah bulan gla complex, saya nak kongsi cerita pengguna2 gla complex merangkap kawan2 saya jugak.. ada sorang rakan sekerja ni sebelum dia amalkan gla complex wajah ni nampak kusam dan ada beberapa bijik jerawat hidup.. mula2 dia ambil gla complex untuk kesuburan dan atur period..tapi lama kelamaan kulit muka dia pulak yg jadi semacam..hehehe. berseri2. Jerawat dah tak nak hidup. Yg plg best nampak bersinar/glowing orang kata..tp nampak fresh dan neutral..takla nampak mcm telan kolagen berguni2 tu sampai org pandang pun silau lain macam huhu.. best tgk dia maken berseri2.. dari segi masalah period &keintiman pun dia share dgn saya..katanya "setiap wanita dan terutamanya yg bernama isteri wajib memiliki gla complex!"

Cerita kedua tentang sepupu saya sendiri.. dia cuba amalkan gla complex setelah dia scan dgn doktor, dalam rahimnya ada cyst.. setelah 2 botol gla complex, dia scan lagi sekali cyst hilang yg ada baby.. alhamdulillah.. :)

Erm.. banyak lagi nak cerita pasal gla complex ni..lepas2 ni insya allah saya cerita lagi ya.

Ok, gudnite. Terima kasih sebab sudi baca. :)

PROMOSI OGOS 2014

Vitamin EPO (evening primrose oil ) adalah amat popular di kalangan wanita kan?

Apakah EPO ?
** Ia diperbuat daripada Evening Primrose Flower, dengan mengandungi kepekatan GLA yg rendah dan Asid lemak perlu juga rendah.
evening primrose
Bunga Evening Primrose


Apakah GLA complex shaklee??
Ia diperbuat dari Borage flower, berbanding dengan Evening Primrose Flower, kepekatan GLA nya adalah lebih tinggi.
**Borage terkenal sebagai salah satu sumber yang kaya dengan asid lemak perlu yang diketahui oleh manusia. Ia adalah sumber terkaya asid gamma linolenik (GLA) - sehingga 25%. Ini membantu untuk menggalakkan sendi dan tisu . Ia juga merupakan sumber hebat untuk Asid Linolenik, Vitamin, dan Mineral. Pengguna boleh menyapu keatas kulit terjemur (sun burn ) dan kulit berkedut.

gla complex
Bunga Borage

Jadi, untuk kesan yang lebih efektif, pilihlah GLA complex Shaklee kerana ia diperbuat daripada bunga Borage, vitamin E, dan sunflower seed oil. Pasti lebih hebat kesannya kan??

Untuk membeli dengan harga promosi, hanya di bulan Ogos ni ye..

GLA COMPLEX SHAKLEE

kebaikan gla complex
KHASIAT-KHASIAT GLA COMPLEX




Untuk keterangan lanjut tentang promosi boleh kontek saya ye, Terima kasih.
Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks