Pernahkah anda lihat label 'Tanpa Lemak Trans' pada pembungkus makanan ?
Penting untuk kita tahu tentang lemak trans ini sebenarnya. Apakah itu lemak trans?
Ini kehebatan bidang kimia sebenarnya, ia merupakan lemak sayuran yang ditambah dengan atom hidrogen melalui proses penghidrogenasi. Ini menyebabkan lemak sayuran yg wujud dalam bentuk cecair itu menjadi separa pepejal. Adakalanya ia dihidrogenasi secara separuh maka wujudlah pula 'minyak separa hidrogenasi' ( Partially hydrogenated oil ). Sekiranya ia mengalami proses hidrogenasi secara penuh pula, maka jadilah pula ia lemak tepu.
Sejarahnya, pada era 1900an lagi, ahli kimia German Wilhelm Normann menemui minyak sayuran atau minyak ikan dilalui dengan gas hidrogen untuk menjadikannya pepejal atau separa pepejal. Bermula tahun 2006 FDA telah mewajibkan pengilang makanan untuk meletakkan lemak trans pada label pembungkus makanan sekiranya makanan tersebut mengandungi atau tidak mengandungi lemak trans.
Mengapa Industri Makanan Menggunakan Lemak Trans?
Asid lemak trans membantu memanjangkan jangka hayat pelbagai jenis makanan. Ia juga lebih murah selain membaiki tekstur dan rasa makanan yang diproses. Pada zaman dulu kebanyakan industri makanan menggunakan lemak haiwan seperti lemak lembu dan lemak khinzir. Maka terhasillah lemak trans bagi menggantikan lemak tersebut dan adakah lemak trans ini merbahaya?
Saya akan kongsikan di post yang akan datang ya.
Sumber :
1. Dr Helmy Hazmi (pakar perubatan komuniti serta pengkhususan dalam bidang epidemiologi dan biostatistik )
2. Center For Science in The Public Interest
3. CNN.com
![]() |
Contoh pembungkus makanan dengan label 'Trans Fat free' |

Susunan atom Hidrogen di dalam lemak trans |
Mengapa Industri Makanan Menggunakan Lemak Trans?
Asid lemak trans membantu memanjangkan jangka hayat pelbagai jenis makanan. Ia juga lebih murah selain membaiki tekstur dan rasa makanan yang diproses. Pada zaman dulu kebanyakan industri makanan menggunakan lemak haiwan seperti lemak lembu dan lemak khinzir. Maka terhasillah lemak trans bagi menggantikan lemak tersebut dan adakah lemak trans ini merbahaya?
Saya akan kongsikan di post yang akan datang ya.
Sumber :
1. Dr Helmy Hazmi (pakar perubatan komuniti serta pengkhususan dalam bidang epidemiologi dan biostatistik )
2. Center For Science in The Public Interest
3. CNN.com
![]() |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
comment box