Selasa, 24 Ogos 2010

Mac Gyver yang tercalar


My Mac Gyver

Hari Ahad Adi cuti
tapi dia masih penat sebab pukul 12 tengah hari baru pulang dari kerja
Dahinya aku kucup ketika sedang dia nyenyak tidur
Tidak dia sedar lantaran terlalu penat
perjalanannya dari tempat kerja sejauh 40 minit
pasti cukup melenguhkan berada di atas motor
Penatnya dia...Semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang hebat untuknya nanti
Ketika jam sudah memacak ke pukul 3 petang
Adi terjaga kerana rengekku peti ais sudah tebal dengan ais
seperti di kutub utara
selepas mandi dan solat
Terus Adi turun meluru ke peti ais
di tanganya ada penukul
sebelum itu telah dia wap kan peti itu dengan air panas
supaya cepat beres
diketuknya perlahan-lahan ais itu
dikaut keluar,dibuang ke tanah
kesungguhannya buat aku tersenyum sendiri
terhibur seketika di dapur sambil memasak untuk berbuka
"hati-hati, nanti terketuk apa-apa yang tak patut"
"saya kan Mac Gyver, jangan risau"
Adi sedikit berbangga dengan kebolehannya menyelenggara
sesetengah benda yang aku tak boleh buat...
:) tidak aku nafikan itu
SSSSSSttttttt.................!!
Sejurus selepas itu..
Bunyi pelik keluar dari peti ais
Allah !!
gas dari peti terpancut keluar tanpa boleh di tahan lagi
bau nya amat busuk
sakit hidung aku
terus aku lompat ke arah ruang tamu
takut nak menghidu..
Adi terketuk sikit bahagian saluran gas
sikit sangat lekuknya..
KENA BELI PETI AIS BARU??
Gawat !
aku terkedu, tak mahu bebel apa-apa
lantaran sikap ringan tulangnya amat aku hargai..
"Nak buat mcmana, benda dah jadi, kita p beli yang baru jer...ada la hikmahnya ni.."
aku cuba memujuk hatinya yang pasti tak tenteram memikirkan duit yang harus terbang
"semoga digantikan yang hilang dengan yang lebih baik"
Pujukku lagi..
Dalam hati....
Peti ais rosak
Handphone pun rosak
"Mungkin syukur yang ada selama ni belum cukup, lalu ditarik apa yang ada berdikit-dikit,
Allah...ampunkan kami
sekiranya kami kurang menzahirkan syukur kami
pada nikmatmu yang melimpah ruah....kami hamba
yang menzalimi diri sendiri sekiranya melupakanmu
semua yang ada adalah milikmu
Kaulah memberi
Kau jualah yang paling layak mengambil..
Ampunkan kami........."



Kenapa nak baca quran?

Kenapa kita nak baca quran, tak faham pun bahasanya...jika tidak dibelek tafsir, jika dibelek tafsir pun masih jugak tak faham..bacalah kisah dibawah dengan penuh kehambaan, nescaya kita merunduk sebagai hamba Allah yang sentiasa mengaku tentang kebesarannya...Allahhu akbar...Allahuakbar ...
Here it is:
An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.
One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of waterThe boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again.
This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.The old man said, “I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just aganot trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try in.
At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it’s useless!”
“So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.”
The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and outSon, that’s what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”


Tak ada masa nak solatlah!



Cuma nak berkongsi puisi indah daripada Fatma Muslima yang saya jumpa di web. semoga kita dapat membuat refleksi darinya...

“Pray”

I knelt to pray but not for long,
I had too much to do.
I had to hurry and get to work
For bills would soon be due.
So I knelt and said a hurried prayer,
And jumped up off my knees.
My Muslim duty was now done
My soul could rest at ease.
All day long I had no time
To spread a word of cheer.
No time to speak of Allah to friends,
They’d laugh at me I’d fear.
No time, no time, too much to do,
That was my constant cry,
No time to give to souls in need
But at last the time, the time to die.
I went before the Lord,
I came, I stood with downcast eyes.
For in his hands God held a book;
It was the book of life.
God looked into his book and said
Your name I cannot find.
I once was going to write it down…
But never found the time.

Berkongsi dosa zina

Harian Metro





PUTRAJAYA: Seorang ibu tergamak ‘berkongsi dosa’ dengan anak lelaki kesayangannya apabila membiarkan pemuda itu bersekedudukan dengan teman wanita di rumahnya lebih tiga tahun sehingga menghasilkan empat zuriat haram.
Perbuatan pasangan berusia awal 20-an itu terbongkar selepas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat maklumat mengenai salah laku mereka menyerbu sebuah rumah di Serdang, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi semalam. 







Lebih mengaibkan, ketika disoal siasat, pasangan terbabit dengan selamba memberitahu penguat kuasa Jais mereka bersekedudukan sejak sekian lama kerana tidak mempunyai masa untuk berkahwin secara sah dan mendaftarkan perkahwinan. 


Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop, berkata pasangan terbabit dipercayai bersekedudukan sejak lebih tiga tahun lalu sehingga memperoleh empat anak hasil zina yang berusia tiga, dua, setahun serta paling bongsu tiga bulan. 
“Penduduk di kawasan itu tertipu dengan perbuatan pasangan terbabit yang dipercayai menggunakan rumah ibu mereka untuk tinggal secara haram sehingga melahirkan anak luar nikah. 

“Kebanyakan penduduk menyangka pasangan terbabit sudah bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan di tempat lain,” katanya. 
Shahrom berkata, dia terkejut dan hairan dengan sikap ibu lelaki terbabit yang langsung tidak mempedulikan dosa dilakukan anak di rumahnya. 

Menurutnya, ibu terbabit boleh dianggap bersekongkol dengan anaknya bagi mengelak kegiatan tidak bermoral terbongkar. 


“Saya percaya sikap ibu yang tidak kisah dan sayangkan anaknya itu secara berlebihan mendorong dia membenarkan anaknya bersekedudukan sehingga beberapa tahun,” katanya.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki terbabit bekerja manakala ‘isteri tidak halal’ itu menjadi suri rumah sepenuh masa di rumah ibu mentuanya.

Menurut Shahrom, semua cahaya mata pasangan terbabit tidak memiliki sijil lahir dan beliau diberitahu, semua anak itu disambut ‘bidan misteri’ di kawasan berkenaan tanpa merujuk klinik atau hospital berhampiran.

“Mereka berbuat demikian untuk mengelak salah laku mereka diketahui pihak berkuasa. Perbuatan pasangan terbabit boleh menimbulkan masalah kepada anak mereka yang sudah pasti sukar untuk memasuki alam persekolahan kerana tiada sijil lahir yang sah,” katanya. 

Shahrom berkata, pihaknya menahan pasangan terbabit dan membawa mereka ke pejabat Jais di Shah Alam untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan Jais.


Menurutnya, pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 25, Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana melakukan persetubuhan haram dan Seksyen 29 akta sama kerana melakukan khalwat.


“Kami juga akan memanggil ibu dan bapa pasangan wanita terbabit bagi mengenal pasti punca kegiatan itu berlaku,” katanya.
Renungkanlah amaran Allah ini...sesungguhnya janji Allah itu maha benar...



kebakaran pusat maksiat di Thailand





Kenapa Yahudi nak sangat Baitulmaqdis

Dipetik dari http://ibnuyaacob.com/?p=1248 . Hanya Allah yang maha Mengetahui..

Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.
Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.
Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer)
Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.
Tembok ratapan
elepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula. Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.
Obama di wailing wall


wailing wall




Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.
Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)
Protocol No. 22: The Power of Gold
In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.
Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.
Protocol No. 24: King of the Jews
The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.
Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.


Wallahua'lam..

Isnin, 23 Ogos 2010

Israel seorang nabi?

Salasilah keturunan Israel





Dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim..semoga apa yang disampaikan memberi manafaat kepada semua, jika ada yang tersilap minta diperbetulkan..yang baik dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri....


from wikianswer :
When you see 'el' in any Hebrew name, it is a form of the word for God. See other names such as Ishmael (God has heard), Michael (Who is like God), and Daniel (My judge is God).
Isra = tentera  el = Allah    Israel = tentera Allah/hamba Allah   Israel adalah perkataan Greek yang diambil dari perkataan Hebrew Yisrael. Israel merupakan gelaran kepada Nabi Yaakob a.s.


Tulisan Hebrew

Melalui al-Quran, bangsa Yahudi dikenali dengan bani Israel. Bertitik tolak dari keturunan nabi Ibrahim a.s. Melalui salasilah nabi-nabi yang disertakan bersama dengan artikel ini, nabi Ibrahim a.s. mendapat dua cahaya mata iaitu nabi Ishak a.s. dari isterinya yang pertama, Siti Sarah dan nabi Ismail a.s. dari isterinya yang kedua, Siti Hajar.

Dari salasilah keturunan nabi Ishak a.s., keturunan Yahudi/Israel dilahirkan. Perkataan Israel itu sendiri berasal dari gelaran nabi Yaakub a.s. yakni anak kepada nabi Ishak a.s. Dari situ maka lahirlah bangsa Yahudi yang digelar sebagai Bani Israel. Berbalik kepada salasilah nabi Ismail a.s., dari keturunannya lahirlah bangsa Arab.

Setelah Nabi Ishak, semua keturunan nabi telah diserahkan kepada bangsa Yahudi. Pendek kata, ramai nabi yg telah diturunkan kepada mereka. Nabi Ya'kub, nabi Yusuf, nabi Musa, nabi Yunus, nabi Syu'aib, nabi Ayub, nabi Zulkifli dan ramai lagi. Kenabian telah dianugerahkan kepada Yahudi hinggalah ke nabi Isa a.s. Nabi Isa adalah nabi berbangsa Yahudi yg terakhir.

Dalam masa yg sama, keturunan Arab yg muncul dari salasilah Nabi Ismail a.s. mengalami ketandusan nabi. Tiada nabi yg diturunkan kepada bangsa Arab, sehinggalah hadirnya Nabi Muhammad s.a.w., khatimul anbiya' penutup segala nabi. Harus diingatkan, turunnya Nabi Muhammad s.a.w. adalah selepas zaman Nabi Isa A.S.

Dengan kehadiran nabi Muhammad s.a.w., bangsa Yahudi bagaikan menerima satu tamparan yang hebat memandangkan selama ini segala keturunan nabi dianugerahkan kepada bangsa mereka. Dan dengan tiba-tiba sahaja seorang nabi muncul dari `sepupu` mereka iaitu bangsa Arab. Bahkan mereka masih tetap menanti kedatangan nabi yang baru dari kalangan bangsa mereka, yang ternyata adalah satu penantian yang sia-sia. Oleh kerana itu, bangsa Yahudi tidak mampu menerima fakta ini dan menolak terus-terusan kerasulan baginda s.a.w. Apabila mereka menolak kerasulan nabi Muhammad s.a.w., ini bererti secara automatiknya mereka telah menolak Islam. Di sini juga para alim ulama berpendapat, Allah s.w.t. ingin menunjukkan kepada manusia sekalian alam, bahawasanya agama Allah itu tidak hanya diturunkan kepada sesuatu bangsa sahaja. Sesiapa pun mampu menganuti Islam selagi mana masih berpegang kepada al-Quran dan sunnah, tidak kiralah samada mereka berketurunan Parsi, Turki dan sebagainya.

Bangsa Yahudi telah dibawa masuk ke Palestin untuk kali pertamanya oleh Nabi Musa a.s. ketika melarikan diri dari cengkaman fir'aun di Mesir. Dalam peristiwa inilah, laut merah telah dibelah dua dan bani Israel yg diketuai nabi Musa telah menyeberanginya dgn selamat. Fir'aun dan bala tenteranya pula telah musnah ditelan ombak. Inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke Palestin/Jerusalem, dan Allah tetapkan tanah suci ini sebagai mukim tetap mereka. Tapi dengan syarat!

Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) az-Zikr (Lawh Mahfuz), bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba Ku yang soleh.(Al-Anbiya':102)

*perkataan bumi dalam ayat tersebut merujuk kepada tanah suci Palestin.

Dan bangsa Yahudi tidak mematuhi syarat-syarat yang telah Allah tetapkan dan tidak beramal soleh. Dari sejarah, bangsa Yahudi telah diusir keluar oleh Allah sebanyak dua kali.

Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam kitab itu, "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakkan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar." Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka maharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak, dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri; dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagai mana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.(Al-Isra':4-7)

Hukuman 1: Bala tentera dibawah perintah Nebuchadnezzar dari Babylon (kini Iraq) telah datang menyerang Jerusalem pada 587 sebelum Masihi. Bangsa Yahudi telah dibunuh, kota mereka telah dihancurkan, tempat beribadat mereka (termasuk Masjid yg telah dibina oleh Nabi Sulaiman A.S) telah dirobohkan. Manakala yg masih hidup telah dibawa pulang ke Babylon utk dijadikan hamba-hamba abdi.

Hukuman 2: Bala tentera Rom dibawah perintah General Titus telah sekali lagi menghancurkan kota Jerusalem pada 70 selepas Masihi. Kehancuran kali ini lebih dahsyat dan parah berbanding yg sebelumnya. Bangsa Yahudi yg masih hidup telah diusir keluar sama sekali dari kota Jerusalem.

Sesungguhnya Tuhan itu maha pemurah dan maha pengasihani. Allah tidak akan menjatuhkan hukuman kepada hambaNya tanpa sebarang sebab musabab. Begitu jugalah yg telah terjadi kepada kaum Yahudi. Maka setiap hukuman di atas adalah untuk dosa-dosa yg berikut:-

Dosa untuk hukuman 1: Merubah isi kandungan kitab Taurat sesuka hati untuk menghalalkan yang haram. Diantaranya, mereka telah menghalalkan riba' keatas kaum-kaum lain.

Dosa untuk hukuman 2: Membunuh ramai para anbiya'. Diantaranya nabi Zakaria a.s dan nabi Yahya a.s. Mereka juga cuba menyalib nabi Isa a.s.......
 
**Bani israel itu merujuk kepada keturunan kaum nabi Yaakob yang berasal dari nabi Ibrahim. Ada yang keliru ketika mengutuk kekejaman Israel ( sebenarnya bani israel/kaum israel) dengan memikirkan semula maksud perkataan Israel itu sendiri.  Apabila disebut kaum Israel ia merujuk kepada cucu cicitnya  yang jauh kaitannya dengan nabi yaakob,  Mungkin lebih selesa kita sebut, kaum yahudi saja.




Wallahualam 

Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks