Sabtu, 31 Julai 2010

Kejadian Neraka

LUASNYA NERAKA !





Luasnya Neraka :. Yazid Arraqqasyi dari  
Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail  datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:  'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam  itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'   Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku  sifat Jahannam.' 

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah   yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu   ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.' 


Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk   orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,   Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat   tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.   Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.' Kemudian Jibrail   diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'


   Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi   s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw   bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jawabnya: 'Ya, iaitu   orang yg berdosa besar dari ummatmu.' 


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta   kepada Allah.


(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai') Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih   boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1.   Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai   70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap   kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000   bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak   mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum   mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang   panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga   di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap   rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat   menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.


dipetik dari : bu-j



Jumaat, 30 Julai 2010

Adi & Malam Jumaat




glitter-graphics.com
Peristiwa malam jumaat 

penat tak kira, mana tidaknya pulang saja dari sekolah terus masak ( tudung pun tak terbukak lagi)
selesai di dapur aku terus mengadap komputer
siapkan modul untuk Fizik SPM punya kelas tambahan hari Ahad nanti
satu-satu nak discan,scanner pulak lembab
bising jugak mulut aku 
Adi pulang dari kerja, makan sendirian
azan sedang berkumandang aku membebel lagi pada Adi
" pergilah masjid, malam ni malam jumaat, baca yaasin dengan jemaah"
dia jadi terleka kerana melayan keluh kesah aku dengan scanner
Bingkas dia bangun, rimas dengar leteran yang semakin berjela
Pukul 9 Adi pulang dari masjid 
Aku masih setia dengan kerja
Di tangan Adi ada sesuatu
Hadiah Malam Jumaat???????????

Dahi kukerut seperti cacing kerawit !!
ada kucing kotor & berlumpur di badan dalam tangannya
Aduh ! tak cukup si isteri penculik kucing
si suami turut menjejak langkah?
"Tak de orang nampak ke awak culik dia? " Adi geleng-geleng macam gasing.
" Ish, pegi bagi dia mandi"

Adi pun mandikan MJ tanpa sebarang alasan walaupun dia tak punya "skill" juga tidak pernah terlatih.
Penat aku tiba2 hilang, melihat Adi dan MJ yang terkial kena air













Kata Adi, MJ macam Mimie yang telah lama pergi...tapi MJ pendiam tak seperti Mimie yang terlalu mesra


MJ yang aku mandikan semula kerana Adi tidak pakar memandikan makhluk ini..











__________________________............................................................__________________________
Mimi yang kami tak lupa

LELAKI-LELAKI YANG BAKAL KE NERAKA




Pertama:- Ayahnya

a) Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
    perempuannya di dunia.

b) Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,
    mengaji dan sebagainya. 

c) Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....

d) Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja 
    maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- Suaminya

a) Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. 

b) Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
    untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam-
    kan diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa
    tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.



Ketiga:- Abang-abangnya

a) Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
    kepada abang-abangnya pula. .... jikalau mereka hanya mementing keluarganya
    sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah
    tarikan adiknya di akhirat.



Keempat:- Anak Lelakinya

a) Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
    haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
    akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. 

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah /
suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap



Firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA,
DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU... .."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu
sendiri..... .jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh
dan dengan ikhlas..

Ayuh kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan tertarik.



Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga..... 
janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.





NAUZUBILLAH....NAUZUBILLAH...NAUZUBILLAH...

Rabu, 28 Julai 2010

SENDI-SENDI PUN LENGUH BERDIRI









Dilemma...itulah perkataan paling kerap berkuasa di kepala..Apabila penat dan uzur menerpa, semua kudrat jadi lumpuh serta merta..
Semalam, tiba-tiba air mata aku jatuh, entah dari mana datang lesu badan dan kepala...Aku biasanya wanita bukan perkasa tapi waja dengan inspirasi juga semangat ingin terus maju dan memajukan anak bangsa dalam apa cara pun yg aku ada...
****
Pulang lewat dari sekolah kerana padat dengan kelas,persediaan mengajar dan perkeraniaan ( pukul 3 petang,bukan 'office hour' ). Jengah ke pintu dapur siapkan makanan untuk suami sampai ke rumah kelak, itu kebahagiaan aku, suami makan dari air tangan ku sendiri bukan dari air tangan mamak di kedai nasi kandar, sekalipun kaki ku sendiri lenguh berdiri..Jengah di tingkat atas, mujur ada 'anak dara jepun' tolong putarkan kain kotor dari dalam raga besar, syukur juga..setelah semua reda, barulah aku beredar bersuci diri.
Maghrib menjelang..
Pukul 8 malam, aku cepat-cepat terpacak di hadapan komputer, menyediakan bahan mengajar untuk esok..
Untuk fizik:
fakta,konsep,teori , formula dibelek2 perlu penuh dengan tekun sebelum mencari pendekatan yg sesuai dengan pelajar ( kaedah penerangan, maklumat tayangan, lampiran kerja pelajar )
Untuk Sains :
 buku dibelek2, cuba rendahkan paras ( sebab tadi fizik sekarang sains pula ) kemudian cari pendekatan, kaedah penerangan dan lampiran kerja.
Untuk Matematik Tambahan :
aku perlu cuba beberapa soalan ( satu soalan saja dah mengambil masa 10 minit nak diselesaikan ) supaya mudah mencari kaedah penerangan agar dapat meleraikan kekusutan pelajar..sedangkan aku sendiri kadang2 kusut dengannya.
Buku latihan & kerja pelajar kalau dibawa pulang, semakan bukan boleh sebelah mata saja..perlu diteliti kelemahan dan kekuatan setiap pelajar..( satu kelas ada yang mencecah 40 orang pelajar)


Pukul 11 aku masih terpacak.. Ini kira 'Over Time' setiap kali menjelang malam....
Sebab itu suami aku cukup berang apabila orang kata " kerja cikgu senang jer". Kata aku, memang senang untuk guru yang tidak peduli pada pelajarnya atau juga yang sudah 20 tahun mengajar perkara yang sama atau yang tidak perlukan apa2 persediaan mengajarnya.
Pada aku,aku baru 5tahun mengajar dan 5 tahun itu seperti setahun jagung..setiap tahun pengalaman dan pelajar yang didepani berbeza-beza..maka guru pun perlu berubah dan mengikut kesesuaian..Ia bukan kerja mudah, apabila kita mengambil risiko mencorak masa depan manusia !


Aku perlu bersyukur..kerana aku dikurniakan suami yang amat memahami,penyayang,penyabar dan cukup membantu dalam apa pun keperluan yang aku perlu...aku tidak pernah dibebani dengan apa pun sebagai seorang isteri..


Kerana itu air mata aku mengalir, Kenapa ada ketikanya aku masih rasa lemah&uzur..tak mampu berfikir untuk menyumbangkan kepada pelajar segalanya yang terbaik, penat & lelah , sakit & lenguh begitu bermaharajalela sehingga putus asa itu hampir menyerang...
Astaghfirullah...Astaghfirullah...Air mata aku semakin laju...Engkau sudah kurniakan aku syurga di rumah ini, aku juga dikurniakan sekolah yang seperti syurga kerana pelajar-pelajar bertatasusila,beradab&berakhlak,amat menghormati&menyayangi guru...
semuanya supaya aku dapat menabur bakti dalam agamamu,membangun anak2 bangsa dengan ilmu dan mutiara kata.












Suami ku...Terima Kasih untuk segalanya..Semoga Allah merahmatimu dan mengangkat martabatmu.
Tuhanku...kuatkan sendi-sendi ku menjadi besi yg kukuh berdiri agar aku kuat menanggung uzur,lemah,sakit&lenguh.


Isnin, 26 Julai 2010

HANCURNYA SEBUAH KOTA PELACURAN



Seperti balasan ke atas kaum Luth yang mengadakan hubungan seks sejenis ( Gay dan Lesbian ) , Kota Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks sejenis juga telah lenyap dari peta dunia.




Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain – penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta bersosial antara satu sama lain. Tiba-tiba ,satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada peta dunia.Kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.
Masa terus berlalu sehinggalah pada 1594,sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan. Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam di dalam tanah.

Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.
Pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.




76 tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan.Tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di temui dan misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.


Selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.Penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.
Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.Jelas kelihatan raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba.



Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks