Rabu, 28 Julai 2010

SENDI-SENDI PUN LENGUH BERDIRI









Dilemma...itulah perkataan paling kerap berkuasa di kepala..Apabila penat dan uzur menerpa, semua kudrat jadi lumpuh serta merta..
Semalam, tiba-tiba air mata aku jatuh, entah dari mana datang lesu badan dan kepala...Aku biasanya wanita bukan perkasa tapi waja dengan inspirasi juga semangat ingin terus maju dan memajukan anak bangsa dalam apa cara pun yg aku ada...
****
Pulang lewat dari sekolah kerana padat dengan kelas,persediaan mengajar dan perkeraniaan ( pukul 3 petang,bukan 'office hour' ). Jengah ke pintu dapur siapkan makanan untuk suami sampai ke rumah kelak, itu kebahagiaan aku, suami makan dari air tangan ku sendiri bukan dari air tangan mamak di kedai nasi kandar, sekalipun kaki ku sendiri lenguh berdiri..Jengah di tingkat atas, mujur ada 'anak dara jepun' tolong putarkan kain kotor dari dalam raga besar, syukur juga..setelah semua reda, barulah aku beredar bersuci diri.
Maghrib menjelang..
Pukul 8 malam, aku cepat-cepat terpacak di hadapan komputer, menyediakan bahan mengajar untuk esok..
Untuk fizik:
fakta,konsep,teori , formula dibelek2 perlu penuh dengan tekun sebelum mencari pendekatan yg sesuai dengan pelajar ( kaedah penerangan, maklumat tayangan, lampiran kerja pelajar )
Untuk Sains :
 buku dibelek2, cuba rendahkan paras ( sebab tadi fizik sekarang sains pula ) kemudian cari pendekatan, kaedah penerangan dan lampiran kerja.
Untuk Matematik Tambahan :
aku perlu cuba beberapa soalan ( satu soalan saja dah mengambil masa 10 minit nak diselesaikan ) supaya mudah mencari kaedah penerangan agar dapat meleraikan kekusutan pelajar..sedangkan aku sendiri kadang2 kusut dengannya.
Buku latihan & kerja pelajar kalau dibawa pulang, semakan bukan boleh sebelah mata saja..perlu diteliti kelemahan dan kekuatan setiap pelajar..( satu kelas ada yang mencecah 40 orang pelajar)


Pukul 11 aku masih terpacak.. Ini kira 'Over Time' setiap kali menjelang malam....
Sebab itu suami aku cukup berang apabila orang kata " kerja cikgu senang jer". Kata aku, memang senang untuk guru yang tidak peduli pada pelajarnya atau juga yang sudah 20 tahun mengajar perkara yang sama atau yang tidak perlukan apa2 persediaan mengajarnya.
Pada aku,aku baru 5tahun mengajar dan 5 tahun itu seperti setahun jagung..setiap tahun pengalaman dan pelajar yang didepani berbeza-beza..maka guru pun perlu berubah dan mengikut kesesuaian..Ia bukan kerja mudah, apabila kita mengambil risiko mencorak masa depan manusia !


Aku perlu bersyukur..kerana aku dikurniakan suami yang amat memahami,penyayang,penyabar dan cukup membantu dalam apa pun keperluan yang aku perlu...aku tidak pernah dibebani dengan apa pun sebagai seorang isteri..


Kerana itu air mata aku mengalir, Kenapa ada ketikanya aku masih rasa lemah&uzur..tak mampu berfikir untuk menyumbangkan kepada pelajar segalanya yang terbaik, penat & lelah , sakit & lenguh begitu bermaharajalela sehingga putus asa itu hampir menyerang...
Astaghfirullah...Astaghfirullah...Air mata aku semakin laju...Engkau sudah kurniakan aku syurga di rumah ini, aku juga dikurniakan sekolah yang seperti syurga kerana pelajar-pelajar bertatasusila,beradab&berakhlak,amat menghormati&menyayangi guru...
semuanya supaya aku dapat menabur bakti dalam agamamu,membangun anak2 bangsa dengan ilmu dan mutiara kata.












Suami ku...Terima Kasih untuk segalanya..Semoga Allah merahmatimu dan mengangkat martabatmu.
Tuhanku...kuatkan sendi-sendi ku menjadi besi yg kukuh berdiri agar aku kuat menanggung uzur,lemah,sakit&lenguh.


Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...