Sabtu, 4 September 2010

Pesanan buat suami

Online pagi-pagi buta hari nie sebab tak dapat sambung tido..cari apa-apa yang berfaedah untuk dibaca..terjumpa Pesanan buat suami daripada  Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah 
Tersenyum sorang-sorang pulak membacanya (suami lum balek keje)...lucu pun ada tapi banyak isi penting untuk di high light kan..
Erm...nanti Nak carilah pulak Pesanan Buat isteri  ;) 
Anyway, pesanan no 10 tu susah pulak rasanya nak ikut...
(tak kesah pun , sebab selalu sendiri pun buat...haha)
Suamiku...Terima kasih kerana sudi menjadikan aku suri hati untuk menumpang kasihmu,menumpang di bahumu,menumpang tempat berteduh seketika di dunia

Doaku : suamiku orang soleh,dikasihi Allah dan nanti mendapat tempat mulia disisinya.
semoga Allah merestui cinta kita sehingga ke syurga..Amiin.
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Ish...Ish..

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”





Renungan buat kita agar hati kita tidak mati

Jumaat, 3 September 2010

Aku Hina..


1. Demi masa
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.  Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal
saleh dan berwasiat ( nasiha-menasihati) dengan
kebenaran dan berwasiat ( nasihat-menasihati) dengan Kesabaran.
Sadaqallahul a'zim
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...
Demi diri yang bergelar hamba abdi kepada tuhannya, kerdil dan hina, lemah dan dina, bersalut dosa dan lumpur noda..
Sesungguhnya aku menadah tangan memohon ampun di setiap ketika, mengalir air mata darah sekalipun dosa dan noda yang terpahat seakan terpaku di semua daging-dagingku yang melekat di tulang, tak tertanggal dan terasa masih di situ, terasa kotor dan hinanya diri...namun, putus asaku terhadap rahmatmu Allah tak mungkin ada... Hati jadi sedikit tenang terpujuk dengan firmanMu

وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”(Q.S. Yusuf : 87)
RahmatMu aku tahu termasuk pengampunanMu.....Tapi sungguh, dosa adalah beban diri....tak mungkin tertanggung jika direnung seorang diri...rasa hampa pada diri menyerbu mendadak...Bagaimana ingin kutebus semuanya...sungguh aku takut dengan azab seksamu yang maha dahsyat...tidak terlepas walau sezarah, walau siapa pun gelaranku di dunia fana ini...aku tahu Allah kau punya sifat Maha Pembalas (Al-Muntaqim) , Yang Maha Penghitung ( Al-Muhsi)...Tapi kau juga Maha Pengampun ( Al-ghaffar)..


Demi diri yang hina ini, tidak layak kah aku memperingati diri sendiri juga sahabat-sahabat yang mahu membuka hati demi perubahan dari tidak sempurna kepada mencari ilmu, dari terasa gelap kepada mencari cahaya, dari tenggelam kepada mencari pautan...aku yang dahagakan ampunannya, juga punya perasaan persaudaraan sesama islam yang menebal dalam diri, kugagahi juga mengoreksi ilmu dari para ilmuwan untuk berkongsi dengan diri dan saudara seislam ku... agar kita semua tak terus tenggelam...lemas...sehingga sakaratul maut menjemput, adakah mungkin sempat kita menyesal.....sebab ia datang tanpa kad jemputan...padahal datangnya tetap dan pasti..


Aku sayang diriku...Aku sayang keluargaku...Aku juga sayang saudara-saudara seislamku...Aku lihat saudaraku yang terpesong jauh, ia cermin kepada diriku juga..tak mustahil jika aku tidak diperingati, aku juga hanyut  jauh...dari tujuan asal hidupku sebagai hambaMu...


Aku sentiasa berdosa....harus setiap waktu diingati.....
Saudaraku juga mungkin sentiasa berdosa...harus juga diperingati...
Jika tidak ...aku dan saudaraku tergolong dalam orang-orang yang sentiasa kerugian..
berbincang cuma perkara-perkara dunia, yang tak sedikitpun mencuit hati yang berdosa, untuk sentiasa mengingatiMU Allah,untuk menudamba kasih sayangMu dan pengampunanMu....


Kepada saudara-saudaraku yang menutup telinga, hati dan mata...
Tutuplah jika kau rasa itu yang terbaik untuk dirimu...
Kau rasa sanggup menanggung semua seksaNYA , silakan lah...
tidak ku paksa untuk kau buka mata,telinga dan hatimu..
tidak juga ku yang paksa mendengar nasihat dan menyampaikan nasihat..
aku cuma sayangkan mu sebagai saudara ku...
Hanya kerana cinta Ku pada Penciptaku juga kepada Rasulku ( penyampai wahyu Allah)..
Aku baca ini...


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (surah al-A’raf, ayat 179).


Demi Allah......
Aku takut....... !!!




Allah SWT berfirman dalam Al - Qur’an Surat Luqman [31] : 17-19 

"Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan 
cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang 
menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan 
(oleh Allah)”.

"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.." (Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)


Allah...ampunkan kami untuk semua dosa yang kami lakukan dalam sedar atau tidak sedar kami..
semoga kami terlepas dari beban kerana tidak menyampaikan ayat-ayatmu....



Khamis, 2 September 2010

Wajah Rasulullah bercahaya?


Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku
menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum 
daripada
tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah
s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana 
cahaya wajahnya, lalu aku berkata, 

"Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu !" 

Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat ?" 

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil." 

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?" 





Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku." 

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku
menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum 
daripada
tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah
s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana 
cahaya wajahnya, lalu aku berkata, 

"Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu !" 

Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat ?" 

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil." 

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?" 

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku." 



BERDOA 

Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu
terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang 
berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad." 


KIJANG DAN ANAKNYA 

Diriwayatkan
oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di
sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang 
ditangkapnya,
lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap)
telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : 

"Hai
Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang
masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang
kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku
supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan
balik ke mari." 

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula ?" 
Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia
melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya." 

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. " 

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : 


"Hai
Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah)
berfirman: "Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih
kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan
Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali
kepada engkau." Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan
berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad. 

Panjangkan
kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama
berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang 
terhadap Rasulullah SAW. 

Hai orang-orang yang
beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, 
sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208) 






Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks