Isnin, 30 Ogos 2010

Bukan kerana Lelaki...



 Gambar ini mungkin amat baik untuk dihayati. Hayatinya kerana Allah bukan kerana LELAKI atas apa jua sebab. 
Mentaainya adalah ujian & dugaan yg memerlukan ketahanan iman & mental serta fizikal.
 Ganjarannya redha & syurga Allah
Beruntunglah mereka yg berjaya.



Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

30."Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….."


 Seterusnya, Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:


"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); 

(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)



Wahai diriku dan sahabatku...ingatlah kita nanti bakal mati dijemput ilahi...siapa2 pun tidak mungkin akan terlepas, atau diperlewatkan walau sesaat...maka jika sebagai hambanya kita menurut segala perintahnya tanpa banyak soal dan songeh, berbahagialah kita ketika menanti di kubur kerana di kubur juga tempat kita menunggu sebelum sangkakala ditiup boleh menjadi rumah berupa syurga atau neraka bagi  kita......Takutlah akan seksa Allah, maka jika takut turuti sajalah apa minta dan mahunya, walaupun ia menuntut pelbagai pengorbanan dan cabaran....semoga kita tergolong di dalam orang2 yang berjaya...menghadapnya dengan wajah suci dan gembira.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

comment box

Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...