Sabtu, 19 Jun 2010

wanita punca pasukan tewas?

Wanita punca pasukan Sepanyol, England tumpas




2010/06/19

Carbonero, Minett dituduh penyebab penjaga gol hilang fokus

JOHANNESBURG: Teman wanita penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas dan penjaga gawang England, Robert Green, dipersalahkan atas kekalahan dan keputusan seri pasukan pilihan itu dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia di Afrika Selatan.
Sara Carbonero, 25, yang berada di belakang gawang Casillas ketika membuat liputan untuk stesen televisyen dalam perlawanan Sepanyol menentang Switzerland dituduh menyebabkan teman lelakinya gagal memberi tumpuan hingga bolos gol.
Perkara sama dilemparkan terhadap model pakaian dalam berasal dari Kanada, Elizabeth Minett apabila Green gagal menahan kemas bola yang melepasi garisan untuk gol penyamaan Amerika Syarikat, Sabtu lalu.

Media Britain pula membuat spekulasi perpisahan Green dan Minett sebelum Piala Dunia bermula menjadi sebab penjaga gol berkenaan gagal memberi tumpuan penuh dalam perlawanan England menentang Amerika.

Dalam kes Carbonero, beratus-ratus warga Sepanyol menyatakan rasa tidak puas hati di laman web bola sepak negara itu terhadap Casillas dan teman wanitanya.

Seorang peminat berkata: “Setakat itukah tumpuan Casillas ketika Piala Dunia? Dia hanya memberi tumpuan kepada wartawan itu. Sejak bila seorang pemain boleh berada dekat teman wanita ketika perlawanan penting berlangsung? Gugurkan Casillas atau dia akan hantar kita pulang,” kata seorang peminat.
Ketika ditemui selepas perlawanan, Casillas nyata kecewa dengan kekalahan Sepanyol, berkata: “Semua pemain bosan dengan apa yang diperkatakan.”

Carbonero menafikan tugasnya membolehkannya berada di tepi padang, beri kesan tertentu kepada Casillas.

“Mampukah saya mengganggu rentak pasukan itu? Anggapan itu karut,” katanya.
Sementara itu, Minett menyatakan rasa bingung kerana dipersalahkan atas kesilapan Green, menurut laporan dari Kanada.

“Dia tak sangka sama sekali akan dipersalahkan,” kata Dan Grant yang bekerja di sebelah agensi model Minett, Next Model Management.

“Dia terkejut kerana perkembangan di Afrika Selatan dikaitkan dengannya. Itu tidak sepatutnya berlaku. Penjaga gol itu gagal menahan kemas bola, bukannya ada kena mengena dengan Minett,” katanya lagi. – Agensi


Elizabeth Minett


Jumaat, 18 Jun 2010

saiful apek bebas


Idris Mahat, 61, cuba menendang jurugambar selepas di jatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana memiliki dadah seberat 16.92 gram (g) iaitu campuran 15.31g heroin dan 1.61g monoactylmorphines di Mahkamah Tinggi Seremban,semalam.

Saiful Apek, lima rakan bebas reman
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
mohdiskandar@bharian.com.my
2010/06/18

SAIFUL Apek dibebas selepas direman lima hari di  IPD  Subang Jaya, semalam.
SAIFUL Apek dibebas selepas direman lima hari di IPD Subang Jaya, semalam.
Polis puas hati siasatan kes dadah

KUALA LUMPUR: Pelakon komedi terkenal, Saiful Apek, 41, atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamad Yusoff yang ditahan bersama lima rakannya kerana mengambil dadah di sebuah rumah di PJS7, Subang Jaya, Sabtu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata pelakon komedi itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya selepas keterangannya diambil.
“Tempoh tahanan reman pelakon itu dan kawan-kawannya tamat hari ini (semalam) dan polis berpuas hati dengan siasatan setakat ini. Walaupun mereka dibebaskan, tidak bermakna siasatan sudah tamat.

“Polis akan terus melakukan pemerhatian terhadap semua suspek,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Mengikut laporan akhbar sebelum ini, Saiful Apek diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dalam serbuan di rumah itu kerana mengambil dadah bersama rakannya, termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an.

Dalam serbuan jam 10 malam itu, polis turut merampas 40 gram daun kering dipercayai dadah jenis ganja.
Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakannya kemudian mendapati semua mereka positif dadah.

Semua suspek kemudian direman selama lima hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Saiful Apek pernah dinobatkan sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003.
SAIFUL APEK KENA TANGKAP, KANTOI DADAH

Khamis, 17 Jun 2010

Sultan Brunei-Azrinaz bercerai

Sultan Brunei ceraikan Azrinaz talak satu


GAMBAR fail menunjukkan Sultan Hassanal Bolkiah (tiga dari kiri) dengan isteri pertamanya, Raja isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (kiri) dan Azrinaz Mazhar Hakim pada sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-60 di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada 15 Julai 2006.


BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perceraian dengan isterinya dari Malaysia, Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas wartawan penyiaran stesen televisyen TV3 malam semalam di sini.

Sultan Hassanal Bolkiah, 63, yang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia berkahwin dengan Azrinaz pada 2005.

Azrinaz yang berumur 30 tahun melahirkan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Berita mengenai perceraian itu diumumkan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar menerusi pengumuman khas di stesen televisyen Radio Televisyen Brunei pada pukul 8 malam.

Beliau membacakan kata-kata pujian kepada Allah sebelum mengumumkan mengenai berita perceraian itu.

Semasa membuat pengumuman tersebut, beliau lengkap berkot dan bersongkok dan menyampaikan berita yang mengejutkan itu dengan tenang.

"Maka pada petang Rabu tiga haribulan Rejab 1431 Hijrah bersamaan dengan 16 haribulan Jun tahun 2010 Masihi (baginda) telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pangeran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar," katanya.

Beliau turut mengumumkan semua gelaran dan pingat kebesaran yang diberikan kepada bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah telah ditarik balik mulai tarikh perceraian.

Pada pengumuman khas itu, beliau menyatakan perceraian itu dilakukan atas sebab-sebab khas tanpa memberikan butiran lanjut.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa perceraian itu dibuat dengan dipandu dan ditentukan dengan hukum syarak dan menepati ayat suci al-Quran, surah al-Baqarah dari sebahagian ayat 229 iaitu menikahi dengan baik dan melepaskan juga dengan baik.

Pengumuman itu dibuat selepas tersebarnya khabar angin mengenai perpisahan mereka di Bandar Seri Bagawan.

Menurut agensi berita AP, ia merupakan perceraian yang kedua buat Sultan Hassanal Bolkiah yang mempunyai anggaran kekayaan sekurang-kurangnya AS$20 bilion (RM65.25 bilion).

Baginda bercerai buat pertama kali dengan seorang bekas pramugari, Mariam Abdul Aziz yang mempunyai darah keturunan Brunei, Jepun dan Scotland pada Februari 2003 selepas 21 tahun mendirikan rumah tangga.

Namun, Sultan Hassanal Bolkiah mengekalkan perkahwinan dengan isteri pertama, Raja Isteri Pangiran Hajah Anak Saleha yang dikahwininya pada 1967.

Putera sulung baginda, Putera Al-Muhtadee Billah Bolkiah kini merupakan Putera Mahkota dan bakal mewarisi tampuk pemerintahan.

Sultan Hassanal Bolkiah mula memerintah pada 5 Oktober 1967 selepas ayahanda baginda turun takhta.

Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah menjadi legenda di kalangan golongan kaya.

Semasa bermain polo dengan pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera Charles, kasut baginda untuk bermain polo telah dihantar dengan menggunakan helikopter. - Agensi




Isi Dalam Istana





Selasa, 15 Jun 2010

polis israel mati ditembak lelaki palestin

Lelaki Palestin tembak mati polis Israel


ANGGOTA-ANGGOTA pasukan keselamatan Israel menyiasat lokasi sebuah kereta polis Israel diserang dekat Hebron, Tebing Barat semalam.


BAITULMUQADDIS - Beberapa lelaki Palestin yang bersenjata disyaki menembak mati seorang anggota polis Israel dan mencederakan dua yang lain dalam satu serangan ke atas kenderaan mereka di Tebing Barat semalam.

"Ia merupakan satu serangan pengganas yang dilakukan terhadap sebuah kereta polis. Kami sedang menyiasat lokasi kejadian," kata seorang jurucakap polis, Micky Rosenfeld.

Setakat ini tiada pihak daripada kumpulan Palestin mengaku bertanggungjawab dalam serangan dekat bandar Hebron di Tebing Barat.

Jumlah serangan dan kematian di Tebing Barat telah menurun dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, pada bulan lalu, beberapa peneroka haram Yahudi menembak mati seorang remaja Palestin berhampiran Ramallah selepas mangsa membaling batu ke arah kereta mereka.

Serangan maut yang terakhir ke atas warga Israel berlaku pada Februari lalu apabila seorang anggota polis Palestin menikam sehingga mati seorang askar di Tebing Barat.

Dianggarkan terdapat 500,000 peneroka haram Yahudi dan 2.5 juta warga Palestin tinggal di Tebing Barat serta beberapa kawasan berhampiran Baitulmuqaddis yang dikuasai Israel sejak perang Arab-Israel berlaku pada tahun 1967. - Reuters


Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks