Selasa, 12 Oktober 2010

Kotornya hati aku !!!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Astaghfirullahal azim.. Allah, ampunkan dosa2 ku yang datang dari semua anggota kurniaanMU, dari mulutku, dari suaraku, dari hatiku, dari mataku...
betullah...


"Perumpamaan teman yang shalih dan teman
yang jahat adalah seperti orang yang berteman
dengan penjual minyak wangi dan tukang
besi." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Hidup perlukan teman..jauhi teman baik pd nama tp jahat di sisi Allah..
Pilihlah teman2,jiran2...
Pilihlah..kita mempunyai hak memilih...
kenapa pilih si pengumpat dan pemfitnah sbg teman?
kenapa pilih pemakan riba?kenapa pilih pelacur?
Ramai manusia boleh dijadikan teman..
pilih teman baik2..mrk akan membantu kita kpd keredaan Allah....





****

Aku marah sungguh dengan apa yang terjadi di sekelilingku 2 3 menjak ini..kenapa ada segelintir manusia yang sering menunding jari ke arah sahabat-sahabat sendiri, mencari kesalahan dan menyebarkan ke seluruh pelusuk alam, yang peliknya ada pulak yang menadah telinga dan melopong mulut..kesalah fahaman tidak berusaha disucikan, tapi lebih besar hitam dan kotornya..

Sebaik-baiknya teman adalah orang yang dapat menunjukkan kepada kebaikan
Perselisihan merupakan penyebab perpecahan


Perkara yang kecil dibesar-besarkan kerana tidak faham akan situasi, diheboh-hebohkan sampai akhirnya ia jadi fitnah... dan sedarlah fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh !!  jadi cara paling baik membersih kekeruhan adalah dengan berbincang dan membersihkan hati...
Hati yang kotor sebenarnya adalah punca kedengkiaan melihat nikmat yang dikecap oleh orang lain..

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya

Hati aku juga kotor...kenapa aku marah dengan mereka...hati aku juga kotor kenapa aku benci suara tinggi mereka ketika menegur kesalahan yang aku lakukan&tidak memberi peluang sesaat pun untuk aku jelaskan mengapa ...hati aku juga kotor kenapa aku terluka dengan alunan lantang dan pitching tinggi menyengit telinga aku sampai hari ini..mereka layak jadi penyanyi saja!! hati aku kotor kerana aku tak suka suara-suara menyengat hati aku yang mudah terluka !! ya....hati aku yang kotor !! kerana membenarkan perasaan meluat meluap di hati... ya allah...bantulah hambamu...suci kan kotor ini sebelum ia menjadi barah...suburkan sifat pemaafku supaya aku tidak simpan semua kesumat di hati...














"Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar" Luqman 19













** Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan.Diterangkan dalam wasiat ini ,bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk ,dikecam ,tidak disukai dan buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak /melalak. ( ni nasihat luqman bukan nasihat aku Jangan ada pulak yang perasan dipersalahkan )



Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks