Sabtu, 14 Ogos 2010



The Solat Name in History 

Takder kat malaysia....hu3.

Ustaz kazim elias- tentang wanita



Akhlak Rasulullah  Jihad of Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam
Ramalan-ramalan Rasulullah saw tentang akhir zaman
Love of Rasulullah (S) (Stories of the Sirah)
Our prophet Muhammad Rasulullah (Salla Allahu Alaihi Wa Sallam)
Rasulullah dalam puisi

    



Bergembiralah wahai wanita....

Nasihat Ramadhan dari Hijjaz

Dengarkanlah...semoga kita mengambil iktibar darinya..amiin..

  Nasyid Legenda IINasyid Mantop  Selawat Nabi Pelita Hidup V  Nadamurni

Sungguh menyentuh kalbu nasihat dari hijjaz ini...

Gosok gigi ketika puasa

Assalaumualaikum,                                                        Puasa Dulu Baru Raya!
alhamdulilah perbincagan yang baik dari syeikh marcelo yang alim dalam bidang ilmu agama, tetapi saya minta maaf kerana tidak bersedia untuk berbincang dalil by dalil dengan pajnag lebar dalam hal ini di dalam group ini. cuma perbincangan sederhana adalah digalakkan.
Benar, Dr yusof al-qaradawi juyga dalam kitabnya taysir al-fiqh fi dhaw al-quran wa as-sunnah tidak bersetuju untuk ulama Islam terlalu menyukarkan di dalam bab batal puasa. beliau juga mengrikitik tabiat ahli fatwa yang kelihatan terlampau fokus dalam bab ini sehingga menyusahkan orang awam, dan tertinggal perkara penting yang lebih perlu di utamakan.
Bagaimanapun, tujuan saya tidak lain hanyalah menjauhi apa jua yang berkemungkinan membatalakan puasa atau bercanggah dgn ruh ibadah puasa itu sendiri. Jangan pula kerana ingin mencapai 'maqasid' (objektif) dari bersiwak sehingga boleh membuka ruang mencarik maqasid ibadah puasa teruatamanya bagi orang awam yang suka mengambil peluang. Dalam keadaan objektif itu boleh dicapai anpa menggunakan air yang berlebihan (kumur) atau ubat gigi.


Maka dalam hal ini, mengabungkan dua maqasid tanpa membuka ruang masalah adalah terpilih pada hemat saya. justeru, saya berpandangan, lebih elok menghindarkan diir dari ubat gigi dan kumur guna air berlebihan tatkala puasa ..kerana ada cara lain yang boleh menyampaikan kita ke maqasid siwak itu.
 Selain itu, Nabi saw ada bersabda :-
أسبغ الوضوء وخلل بين الأصابع , وبالغ في الإستنشاق إلا أن تكون صائماً ( ابو داود)
Ertinya : Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; sohih)
Memasukkan air di dalam hidung seperti ini adalah di kira sama dengan hukum berkumur menurut kebanyakan ulama fiqh. Kebanyakkan mereka termasuk ulama hadith biasanya menggabungkan topik menghisap air ke hidung dan kumur dalam satu bab. Justeru, inilah dalil pertama mengapa kami mengatakan menggosok gigi dengan air dan ubat gig berperisa adalah makruh dan tidak digalakkan.
Sebahagian besar ulama Syafie menyebut bahawa berkumur-kumur dengan berlebihan adalah satu perbuatan makruh ketika puasa. Dalil hadith sohih yang dipegang oleh mereka adalah :
لخلوف فم الصائم يوم القيامة أفضل عند الله من ريح المسك
Ertinya : Sesungguhnya bauan mulut orang yang berpuasa itu pada hari kiamat adalah lebih baik di sisi Allah daripada bauan haruman kasturi"
Justeru, menurut ijtihad mereka, memperbanyakkan berkumur terutamanya selepas zohor mmapu menghilangkan bauan mulut hasil ibadat puasa yang diberkati ini. Lalu, bersugi menggunakan air dan ubat gigi yang mempunyai wangian sudah pasti juga akan mengilangkan bau ini. Kerana itulah ia dikira makruh dan tidak digalakkan. Adapun Nabi SAW yang bersiwak hanya dengan kayu sugi, saya kira ia adalah tepat disamping tepat pula untuk membersihkan gigi dengan tidak memberi kesan terhadap bauan mulut.


Pandangan dan ijtihad mazhab Syafie ini juga dikongsi oleh ulama Mazhab Hanbali dan Mazhan Maliki ( Rujuk Kassyaf al-Qina' , 2/383 ; As-Syarh as-Soghir, 1/692) juga menyenaraikan berkumur banyak tatkala puasa itu adalah makruh. Justeru, menggosok gigi menggunakan air dan ubat gigi sekali lagi termasuk dalam hal ini kerana ia memerlukan kumuran yang banyak demi menghilangkan kesan ubat gigi.
Benar, sekiranya terminum air hasil dari kumuran tidak membatalkan puasa kerana ia adalah perbuatan tidak sengaja. Bagaimanapun, Imam An-Nawawi menyebut, sekiranya terminum itu adalah hasil kerana berlebih-lebihan dalam berkmur sehingga 4 kali kumuran, tatkala itu, jika tertelan air pada kumuran berlebihan yang keempat, ia boleh membatalkan puasa  ; ia adalah kerana berlebihan itu sudah terkeluar dari hajat yang asal. ( Rawdah at-Tolibin, hlm 335 ).
Malah terdapat ulama besar seperti Ulama hanafi, Al-Qasimiah, Imam Malik dan Imam As-Syafie (dalam salah satu pandangannya) dan Imam Muzani yang berpandangan puasa boleh terbatal walaupun tertelan air kumuran tanpa sengaja. Manakala sebahagian ulama lain mengatakan tidak batal seperti Ishak Rahawaih, Awzai'e dan ulama mazhab Syafie (Naylul Awtar, As-Syawkani, 4/521)  ; Kerana itu eloklah dijauhkan dari perbuat amalan yang ikhtilaf ini. Ia sudah tentu terlebih baik bukan.
Benar, Nabi SAW pernah bersabda :
أرأيت لو تمضمضت بماءٍ وأنت صائم , قلت : لا بأس بذلك , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ففيم
Ertinya : Nabi Umar : Nabi berkata kembali kepadaku (apabial ku Tanya apa hukum mencium tatkala puasa ) : apakah pandangan kamu sekiranay kamu berkumur-kumur dengan air dalam keadaan kamu berpuasa ? ; aku jawab : Tiada masalah ; Bersabda Nabi : begitulah (juga hukumnya dengan ciuman tadi) ( Riwayat Abu Daud, no 2385 ; Albani : Sohih)  
Bukanlah lebih elok dan selamat jika dihadkan gosok gigi dan kumuran yang terhad dengan bilangan gosok gigi guna air yang terhad..selebihnya mengunakan sugi atau berus gigi tanpa melibatkan air dan ubat gigi.
sekian.


     

Jumaat, 13 Ogos 2010

Duhai wanita..

Dipetik dari Puteri Nuur Afiqah

     Image of Muslimette - Muslim Women Magazine.      


        
Wahai wanita tidak bertudung,Sungguh cantik alunan rambut mu,Beba...s menggerbang kemas terikat,Terserlah di bawah cahaya mentari,Mentari dunia yang tak sehebat neraka,Iaitu api yang kan membakar rambut mu,di hari akhirat hari penentu,maka hanguslah segalanya,hilanglah cantik alun rambut mu,tiada lagi yang menggerbang,tiada lagi yang terserlah.Oleh itu jadikanlah diri mu,Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,Sungguh cantik alas kepala mu,Ringkas pendek tersempang rapi,Tersembul jambul tertutup dahi,Terserlah lah bentuk tubuh,Mengapa tidak dilindungi?Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?Tidakkah kau ingat,Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,Mereka itu wanita yang tak bertudung,Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung.Oleh itu jadikanlah dirimu,Sebahagian daripada mereka yang bertudung,Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita bertudung labuh,Sungguh cantik terlindung rambut mu,Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,Mengaburi segala yang tersirat di hati,hanya diri sendiri yang menghakimi,mungkin suci ikhlas kerana Illahi,atau berdebu dengan sebab duniawi,riak wajah nampak tawadhu',riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,alangkah ruginya andai benar begitu,kerna azab masih tak terlepas dari mu,serupalah sahaja diri mu ditunggu diseksa,tidak ubah seperti wanita tak bertudung,sama dengan mereka yang menyempang tudung.Oleh itu jadikanlah dirimu,sebahagian daripada mereka yang bertudung,bertudung labuh hingga ke paras dada,tersemat jua bersamanya rasa taqwa.
Wahai wanita yang bertaqwa,Andai kau telah sampai ke tahap ini,Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,Syariat islam sebati dalam diri,Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,Yang dijanjikan di akhirat nanti,Dan tatkala di dunia ini lagi,Muslimah solehah kau digelari,Menjadi idaman setiap muslim soleh,Yang sukar sekali untuk diperoleh.

Wahai muslimah solehah pula,Jadilah mukminah mujahidah,Mujahidah yang akan menyeru,Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,Mujahidah yang akan berdakwah,Agar diri dan umat berubah,Mujahidah yang akan mengajak,Agar islam kembali tertegak...
          






Not right.... :'(
                      

Rabu, 11 Ogos 2010

Hebatnya puasa !






Orang yang berpuasa dapat mengelakkan dari 50 jenis penyakit. Ini kerana ketika berpuasa, penghasilan oksidan atau radikal bebas berkurang manakala tubuh menghasilkan antioksidan.

“Ketika puasa, hormon dalam tubuh berubah salah satunya menghasilkan antioksidan. Pada hari ke 7-14 kadar antioksidan akan meningkat,“ ujar doktor konsultan gizi, Sri Rusmanti, dalam diskusi Tinjauan Manfaat Puasa dari Sisi Medis di Rumah Sakit Umum Islam Kustati Solo, Sabtu (8/8).

Rusmanti menjelaskan metabolisme akan menghasilkan sisa yang lama kelamaan akan berbahaya bagi tubuh. Metabolisme karbohidrat akan menghasilkan sisa oksidan atau radikal bebas.

Zat kimia ini sangat reaktif dan mampu bereaksi dengan protein, lemak, karbohidrat, atau inti sel tubuh. “Reaksi antara radikal bebas dan molekul itu mengakibatkan rosaknya beberapa sel jaringan dalam tubuh sehingga timbul penyakit, “ ujarnya.

Penyakit yang timbul dari radikal bebas, ujarnya, umumnya adalah penyakit degeneratif atau penuaan dini dan peradangan. Radikal bebas juga dapat menyerang inti sel sehat yang kemudian dapat bermutasi menjadi sel tumor atau kanser. Pada dinding pembuluh darah, radikal bebas dapat menyebabkan peradangan yang mengakibatkan penyakit jantung koroner. Radikal bebas dalam pembuluh darah dapat menyebabkan penyakit hipertensi dan stroke.

Dalam jumlah yang sedikit, radikal bebas bermanfaat untuk membunuh kuman atau virus. Tetapi jika berlebih, radikal bebas adalah racun. Selain berasal dari metabolisme tubuh, radikal bebas tersebut juga dapat berasal dari lingkungan luar, seperti zat polutan, makanan berpengawet, atau makanan tinggi kadar gula dan garam.

Tak hanya itu, Rusmanti mengatakan, metabolisme protein juga akan menghasilkan sampah asam urat(asid urik), amoniak, dan ureum. Berlebihnya sisa asam urat dalam tubuh menyebabkan penyakit asam urat, sementara amoniak dapat meracuni otak.

“Sebenarnya tubuh punya mekanisme pembuangan sendiri melalui kencing, buang air besar, dan keringat. Tetapi, ada yang makan lebih dari yang diperlukan tubuh sehingga tidak semua zat sisa keluar, “ ujarnya.

Peneutralan zat sisa metabolisme tubuh tersebut akan berlangsung ketika seseorang berpuasa. Tubuh akan menghasilkan zat yang dapat meneutralkan sisa metabolisme tersebut seperti insulin yang mengelola gula darah. Puasa juga akan menurunkan kadar adrenalin, zat yang memicu kerja jantung sehingga emosi akan turun. Hormon kesuburan, testosterone ternyata juga meningkat pada orang yang berpuasa. Karena itu, Rusmanti berkata, kira-kira 50 penyakit dapat dicegah dengan puasa.

Meski demikian, Rusmanti mengungkapkan, penyakit tersebut hanya dapat dicegah dengan puasa yang benar. Selain menjalankan segala ibadah sesuai ajaran Islam, orang yang berpuasa juga menjalankan pola makan yang baik yakni makan makanan yang tidak tercampur dengan bahan-bahan berbahaya. Saat buka dan sahur pun, pengambilan makanan diharuskan tidak berlebihan.

Dia mengutarakan, pada saat berbuka, sebaiknya mengambil minuman yang bersuhu sama dengan suhu tubuh. “Kalau minum ais akan memicu angin kembung, akibatnya akan kembung dan mengganggu pencernaan berikutnya, “ ujarnya.

Memakan kurma tiga biji saja pada saat berbuka sudah dapat menghasilkan 50 kalori untuk menjalankan shalat Maghrib. 

Selesai shalat, Rusmanti menganjurkan untuk mengambil makanan yang mudah dicerna dan tidak tinggi lemak, serat, dan protein. Untuk jenis sayuran, Rusmanti menganjurkan yang tidak mengandungi serat tinggi dan mudah diproses seperti bayam, wortel, dan terong. pengambilan daging sebaiknya dibuang kulit dan dikunyah sampai lembut.

Saat sahur, Rusmanti menyarankan, sebaiknya mengambil makanan yang banyak mengandung serat. Makanan kaya serat tidak akan segera dicerna usus sehingga tidak cepat lapar. Makanan tersebut diantaranya nasi, kacang-kacangan termasuk tempe, dan sayuran. Untuk menjaga stamina, pada saat sahur juga sebaiknya mengambil karbohidrat dan protein dari makanan seperti telur ataupun susu sapi.

pengambilan roti atau mee, ujar Rusmanti, sebaiknya dihindari karena cepat menimbulkan rasa lapar disamping adanya kandungan zat kimia. Pada saat sahur, hindari pula gorengan karena memerlukan banyak air dalam proses pencernaan sehingga menimbulkan rasa haus. Ketika sahur, hal yang paling utama diperhatikan adalah mengonsumsi air untuk mencegah dehidrasi atau kekurangan cairan pada saat puasa.













Ramadhan yang kurindu



Ahlan wasahlan ya ramadhan..

tersenyumku dengan penuh syukur tak terhingga 

kerana Allah masih memberiku peluang berkampung di Ramadhan 

rumah penuh barakah dan karamah ini...

Ramadhan kau pernah meninggalkan aku 

dalam  esak tangis kerana kedatangan mu cukup sekejap kurasakan,

 bertapa di dalam kampung mu cukup indah dan aman, 

sehingga aku sentiasa rindu ketika kau sudahpun pergi..

kini kau kembali ya Ramadhan 

membawa karamah dan barakah 

yang tak pernah buat kujemu meneguknya...

Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks