Ahlan wasahlan ya ramadhan..
tersenyumku dengan penuh syukur tak terhingga
kerana Allah masih memberiku peluang berkampung di Ramadhan
rumah penuh barakah dan karamah ini...
Ramadhan kau pernah meninggalkan aku
dalam esak tangis kerana kedatangan mu cukup sekejap kurasakan,
bertapa di dalam kampung mu cukup indah dan aman,
sehingga aku sentiasa rindu ketika kau sudahpun pergi..
kini kau kembali ya Ramadhan
membawa karamah dan barakah
yang tak pernah buat kujemu meneguknya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
comment box