Khamis, 15 Ogos 2013

BONUS SHAKLEE



Assalamualaikum & salam sejahtera
Harini saya nak cerita pasal bonus shaklee saya.. bukan cerita ni untuk menunjuk2 tapi agar kalian terinspirasi dengannya, satu ketika dulu ini semua hanya mimpi.. Tapi tahukan anda, Orang yg hebat sebenarnya dia PERCAYA SEBELUM BERJAYA, orang yang biasa-biasa PERCAYA SELEPAS BERJAYA. Saya tulis dalam kertas impian saya, saya supervisor pada bulan kedua saya daftar sebagai ahli.
Sebab :
1. Saya mula rasa ketagih untuk berkongsi kebaikan vitamin shaklee kepada ramai orang, dan ingin membantu seramai yg boleh memperbaiki taraf kesihatan mereka.
2. Saya mula faham, bahawa saya boleh beri peluang kepada orang lain untuk jana pendapatan dengan shaklee, saya boleh bantu lagi.
3. Saya mula faham bahawa untuk berjaya dalam perniagaan , kita mesti berniaga untuk membantu orang bukan untuk membuat untung, maka dengan itu kita akan TERPAKSA KAYA.
4. Saya mula sedar ,saya berada di dalam kumpulan sokongan yang betul kerana mendekatkan diri dengan Allah dan sentiasa diberi nasihat yg betul.
5. Saya mula tahu, bahawa dengan menjadi supervisor saya mula boleh kumpul point untuk mengerjakan haji secara PERCUMA !

Jadi, memang bulan kedua saya mula bergelar SUPERVISOR dan belajar menjadi LEADER. Ini satu tugas baru yg amat menyeronokkan. Terlalu banyak dipelajari sehingga hari ini.

Dibawah ni saya snap beberapa bonus saya, ada yg tak sempat saya snap seperti insentif & duit tepi . ^_^

JOM JADI ORANG YANG PERCAYA SEBELUM BERJAYA !!


bonus shaklee masyuk


SO, jom tanya saya,jangan segan2 ye .
Salam sayang,
Maisarah Asmara
Sr. Supervisor Shaklee



BONUS BULAN KEDUA DARI SHAKLEE !!

Syukur alhamdulillah...tak tau bagaimana nak panjatkan syukur ini padamu Ilahi, rezeki ini dari  mu jua..aku cuma insan yg mampu berusaha, dan sungguh kau lah yg memberikan atas titik peluh usahaku..Jika orang kata Shaklee ini MLM yang sama dengan yang lain, tidak bagiku..kerana usaha aku, akulah yang dapat..
Bonus pertama hanya 3 angka, kerana bermula lewat bulan..tapi sudah cukup mengujakan..Bagiku, masa depan shaklee cukup cerah, kerana syarikat ini telah diiktiraf dunia sejak dari tahun 1956 lagi..Ia kukuh, Ia lengkap dengan pelbagai vitamin yg pasti terjamin 100% semulajadi, tiada bahan kimia,tiada pengawet,tiada dadah yg pastinya...lengkap dengan teknologi yg hebat bagi setiap tabletnya formula mudah diserap oleh badan.."no harm" for long term effect..

bonus shaklee
BONUS PERTAMA SHAKLEE

shaklee
BONUS KEDUA SHAKLEE

Ingin kukongsikan kehebatan perniagaan ini dengan semua, kerana sambil berniaga dapat banyak perkara:

1. Silaturrahim & berkenalan dengan rakan baru
2. Memberi manfaat kepada yang memerlukan ( terutama yang menghadapi masalah kesihatan/ yang ingin mengoptimumkan kesihatan yang sedia ada)
3. Bersedekah ketika berurus niaga
4. Mendapat bonus dari Allah walaupun tidak menjual dengan harga yang boleh membawa untung.
5. Mengisi masa dengan begitu optimum ( tidak lagi leka dengan fb untuk tujuan yang kosong)
6. Semakin cekap dengan ilmu nutrisi (kerana setiap pertanyaan pelanggan perlu didahului dengan kajian sendiri)
7. Niat bayar hutang!
8. Semakin dekat dengan tuhan sekiranya ikhlas
9. Menyedarkan orang ramai betapa pentingnya suppliment yang betul&baik.
10. Rasa enjoy & tidak stress.

Kepada yang ingin ikut serta & serius/bersungguh2 seperti saya , apa yang perlu anda ada bagi berjaya dalam perniagaan ini secara 50% online 50% offline :
FIZIKAL
1. Laptop/desktop
2. Internet
3. Kad kredit (option)
4. smart phone/android ( tujuan whatsapp/notification)
5. Modal rm75 (daftar ahli, tujuan mendapatkan id sendiri)

MENTAL
1. Niat yang ikhlas
2. Matlamat yang jelas
3. Tidak fikirkan keuntungan
4. Rajin merujuk kepada yang pakar ( upline- ada kumpulan sokongan yang akan membantu)
5. Tak mudah kalah
6. Tak mudah putus asa
7. SANGGUP

KELEBIHAN BISNESS INI :

1. Tidak perlu mencari downline ( anda buat andalah yang dapat)
2. Boleh menikmati kehebatan vitamin semulajadi secara percuma!


hubungi saya di talian 014-237 5034 untuk keterangan lanjut
atau pm di page www.facebook.com/vitamamashop

Insya allah , saya akan pandu anda dengan betul.





Khamis, 11 Julai 2013

Sama Tak Suplimen Dengan Sayuran/Buahan Segar/Akar Kayu ?


Ramai Ibu yang mengomel dan Mempertikai bahawa tak penting sebenarnya ambil suplimen. Katanya Ubat akar kayu kan banyak...
Sayur-mayur yang segar..buah-buahan yang pelbagai..lagi semula jadi.. 
Ada yang melenting: "kalau tak ambik suplimen tak berkualitilah produksi..tak sihatlah anak.."

BUKANNN!!!! Bukan Begitu Puan...

Apa bila Shaklee Menggazet Suplimen Untuk Hamil dan membantu Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif..Ini Menunjukkan Sokongan Penuh Kami terhadap usaha murni ibu dalam menjayakan penyusuan (seperti yang disarankan di dalam alquran sehingga anak berusia 2 tahun ) kami yakin saranan alquran ini bukan saja2..
.
Saya tidak menafikan betapa Pengambilan makanan yang berkhasiat tu penting dan paling asas.
dan saya juga sedikitpon tidak memandang rendah  kepada Ibu2 BF yang tak mengambil sebarang suplimen. Malah respect. Kerana anda adalah ibu yang luar biasa hebatnya. Tahniah!!

Apa yang kami usahakan ialah perkongsian maklumat betapa Nutrisi yang mencukupi amat penting Bagi Ibu yang Hamil, Ibu yang sedang berpantang dan juga ibu-ibu yang menyusukan anak mereka lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerjaya.

'Tapi saya makan sayur hari2'
'Saya minum susu pagi2'
'Saya makan buah juga 2-3 hari sekali'
'Ambo minum Air masak sokmo'

Begitulah antara reaksi. Ya betul..Mmg betul tindakan anda. Syabas!
Namun begitu, sejauh mana anda pasti..apa yang anda ambik hari2 adalah Nutrisi Yang mencukupi?? Cukup untuk anda..dan Cukup Untuk bayi?

Jika anda yakin..Teruskan dengan kepercayaan itu.

Kehadiran kami adalah ingin membantu para ibu MELENGKAPKAN Nutrisi yang kurang. Biar nanti, dengan pengambilan Suplimen tambahan..Iby akan berasa lebih sihat, lebih cergas, lebih bertenaga dan bonusnya semakin cantik berseri  sepanjang menguruskan rumah tangga, anak2 dan suami serta segala urusan ditempat kerja.

Jika sebelum ni..Tubuh letih tak bermaya..Tidor tak Nyenyak..Kulit Kusam..Anak2 meragam kerana produksi susu merudum..Namun Kini, bila consume Shaklee memang mereka dapat rasakan perbezaannya! Impaknya..Rumah tangga lebih ceria dan segala kerja dilaksanakan dengan sempurna. Sebabnya?

Ibu lebih bertenaga..Rasa lebih segar dan sihat tubuh badan..Produksi susu bertambah..Mendapat Tidor yang berkauliti..Tulang yang kuat.. Cik V yang ketat..Keputihan hilang..Wajah Lebih ceria dan berseri..kulit lebih bermaya..produksi susu pon meriah..Anak2 juga membesar dengan sihat dan bijak..Che'Abang Pandang pon geram

Haaaaa Itu baru sikit ceritanya...Yang sebenarnya banyak lagi kesan bestnya Jika anda sendiri yang cuba..Tak Percaya??
kena cuba..WAJIB!!!

tiba2 datang suara2 sumbang..


'Elehh.. dulu try jugak makan..takdak apa pon..sama saja'
'Takde perubahan pun..'
'Dahlah mahal..Menyesal!!'

Aduhaiiiii!!!!

Yang ni memang Kesian..Sbb?

SEBENARNYA..
Apa bila berlaku TIDAK berkesan sesuatu ubat atau suplimen tambahan yang kita makan..
FAKTOR ini berkait rapat dengan DIRI KITA SENDIRI.

Macam Suplimen Shaklee..Setiap Produknya memiliki penyelidikan klinikal atau R&D yang berterusan bagi memstikannya Selamat..Berkesan dan Semula jadi. Apabila satu2 suplimen tu dicangkan utk satu2 perkara..Contoh ALFALFA sebagai Perangsang Produksi Susu Ibu (Milk Booster)..Ini Bukan overclaim..Tetapi Hasil daripada Kajian klinikal tadi membuktikan mmg ALFALFA sangat berkesan sebagai milkbooster.

Jadi, Cuba anda fikirkan..Bagaimana..ALFALFA yang dah disahkan secara klinikal khasiatnya ini tidak memberi sebarang kesan kepada Anda bila anda consume.. PELIK bunyi..dan kelihatan keraguan disitu..Jadi dimana perlu kita Audit semula?
Tentulah kita WAJIB audit diri kita sendiri..

WAJIB TAHU !!

ANTARA Salah satu faktor mengapa tubuh kita tidak mendapat sebarang kesan atau mengalami perubahan selepas pengambilan sebarang suplimen kesihatan adalah berpiunca daripada perut / kolon kita yang banyak TOKSIN degil.


Bila banyak TOKSIN pada kolon..makan lambatlah zat2 atau nutrisi nak diserap. Salah satu cara nak Cuci Kolon..adalah dengan pengambilan HerbLax Shaklee. Selain daripada perut/ Kolon..TOKSIN yang berada dalam tubuh badan kita juga menjadi FAKTOR Penghalang penyerapan yang sama..Haaa..Yang ni KENA consume ALFALFA. Sbb? Sebabnya ALFALFA ni bertindak sebagai Detox juga. Ibarat Lori Sampah..Alfalfa keliling tubuh kita dan meNYAH toksin2 degil tersebut.

Faktor yang kedua pulak..adalah berkaitan dengan METABOLISME tubuh badan kita semua. Metabolisme manusia ni berbeza-beza..Mereka yang memiliki Metabolisme tubuh yang tinggi akan mendapati perubahan yang baik dan cepat setelah pengambilan Suplimen. Ini adalah petanda tubuh bertindak balas dengan suplimen tersebut..Manakala mereka yang metabolisme tubuh yang rendah pula sebaliknya..

Berbalik kepada konsep Asal suplimen.
Suplimen adalah makanan kesihatan TAMBAHAN.. Ini bermkasud, walaupun kita semua  adalah pengamal Suplimen TEGAR..Namun demikian..Kita masih lagi WAJIB mengambil Makanan-makan yang sihat dan berkhasiat..sayur-sayuran dan buah-buahan segar..Minum air mineral dan yang sewaktu dengannya dalam menu harian kita. Amalan Gaya hidup Sihat dengan melakukan Senaman pUn wajib kita buat.

ada jawapan semua............

Sabtu, 6 Julai 2013

Omega-3 Shaklee -: OMEGA GUARD

Kelebihan Shaklee :

Minyak Ikan Terbaik Di dunia
Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (Sardin , makeral,herring,anchovies) di perairan negara jepun.  Ia Bukan dari hati minyak ikan. Ia adalah 3 kali ganda lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan, berbanding dengan produk omega guard di pasaran,oemga guard jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi.  satu sajian Omega Guard dapat menghasilkan 905mg asid-lemak omega 3 EPA dan DHA.

Kebanyakkan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan saja hanya akan memusnahkan sesetengah nutrein malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan .  Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred famaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard.  Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang palin gtulen dan paling semulajadi.sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum.,merkuri,arsenik ,kadmium,dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl-merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksin)


Minyak ikan terbaik

minyak ikan terbaik dunia


KHASIAT OMEGA GUARD SHAKLEE :

Asid lemak omega 3 - tidak dapat dihasilkan oleh badan,jadi kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega 3 dari tumbuhan tidak boleh ditukar kepada EPA dan DHA secara berkesan. Omega- 3 diperlukan untuk

1) Mengelakkan PMS, menjadikan kulit lebih licin.
2) Mencegah strok,tekanan darah tinggi,melincirkan salur darah,migraine.
3) Mengawal masalah obesiti,kolestrol,risiko sakit jantung.
4) Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin ,membantu perkembangan memori-DHA  adalah nutrien utama untuk otak,saraf dan retina(mata).  ia penting terutama pada 3 bulan  terakhir kandungan.
5) Menentang kanser paru-paru,payudara,prostat dan kolon.
6) Memelihara fungsi sendi-paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan, - mengawal gout dengan efektif.
7) Membantu&mengawal kemurungan,tekanan,insomnia,autism,kanak - kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.
8) Sesuai untuk kanak-kanak yang tidak fokus dalam kelas,mudah mengantuk,lambat faham (slow learner).

Hubungi https://www.facebook.com/vitamamashop untuk mendapatkan produk,
CALL.SMS.WHATSAPP : 014-237 5034

Adakah Ibu Mengandung Selamat Mengambil Omega-3

  Anna McGrail

                         Medical writer and editor.

Dari Translate Pakcik Google (Thank You Pakcik)..

Ya dan tidak. Terdapat dua jenis makanan tambahan minyak ikan - yang dibuat dari hati ikan dan yang dibuat daripada badan ikan.

Tambahan yang dibuat dari hati ikan, seperti minyak ikan kod hati, mengandungi bentuk retinol vitamin A dan perlu dielakkan sama sekali semasa mengandung. Walau bagaimanapun, minyak ikan tidak berasal dari hati ikan mengandungi banyak DHA (docosahexaenoic acid), sejenis asid lemak omega-3 penting yang penting untuk membangunkan mata bayi anda dan otak. Pada masa ini, tidak ada pengambilan harian yang disyorkan DHA, walaupun ini sedang dikaji.

Jika anda makan pelbagai pelbagai jenis makanan, termasuk ikan berminyak, anda mungkin tidak perlu untuk menambah diet anda, kerana anda akan mendapat banyak DHA, bersama-sama dengan lain-lain nutrien yang anda tidak akan dapat daripada mengambil makanan tambahan sahaja. DHA juga boleh didapati dalam jumlah yang lebih kecil dalam makanan lain, seperti walnut, flaxseed, sesawi dan biji rami. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keraguan sama ada DHA daripada sumber sayur-sayuran mempunyai manfaat yang sama seperti orang-orang dari ikan.

Termasuk DHA dalam diet anda adalah penting untuk otak normal bayi anda, mata dan pembangunan penglihatan, terutamanya semasa trimester terakhir. Ini mungkin salah satu sebab mengapa bayi pra-matang adalah sangat berisiko mata dan kerosakan otak.

Ikan terutamanya kaya dengan Omega-3 asid lemak termasuk mackerel dalam tin atau segar, salmon, trout, herring, ikan salai, pilchards, ikan bilis, tuna segar dan sardin. Ikan tempatan Malaysia adalah bukan sumber Omega 3 /asid lemak yang baik.

Agensi Piawaian Makanan UK mengesyorkan bahawa wanita hamil makan tidak lebih daripada dua bahagian ikan berminyak seminggu. Keputusan sekatan dari penemuan bahawa ikan berminyak mengandungi pencemaran alam sekitar, seperti dioksin dan PCB (biphenyls bifenil). Terdapat beberapa bukti bahawa pencemar boleh mengganggu bagaimana bayi terbentuk semasa mengandung.

Nasihat semasa bertujuan untuk memastikan bahawa wanita hamil makan minyak ikan yang cukup untuk mendapat manfaat DHA untuk bayi mereka membangun, pada tahap yang tidak menyebabkan kemudaratan akibat pencemaran ikan mengandungi. Anda juga harus mengelakkan makan ikan jerung, ikan todak dan Marlin semasa mengandung, seperti ikan ini boleh mengandungi tahap merkuri.

Khamis, 4 Julai 2013

Nutriferon : Tingkatkan Imuniti Tubuh.

Kebaikan nutriferon shaklee adalah terbukti secara klinikal SELAMAT, BERKESAN DAN 100% SEMULAJADI. Bagi yang ahli keluarga, anak-anak yang kerap demam, jatuh sakit dan juga selesema bolehlah mencuba kebaikan nutriferon shaklee yang sememangnya meningkatkan kembali imuniti tubuh kita.



KEBAIKAN NUTRIFERON SHAKLEE, KEBAIKAN NUTRIFERON, KELEBIHAN NUTRIFERON SHAKLEE, DEMAM, SELESEMA, FLU, HEPATITIS B, HEPATITIS C, JATUH SAKIT, IBU MENYUSU, IBU MENYUSU ANAK MASIH KERAP DEMAM, NUTRIFERON, ANTIBODI, SISTEM PERTAHANAN BADAN, SISTEM IMUN BADAN, ALTERNATIF ANTIBIOTIK

KEBAIKAN NUTRIFERON SHAKLEE YANG TIADA BANDINGAN

Nutriferon merupakan rumusan berpaten yang istimewa yang membantu meningkatkan tahap keimunan badan tanpa penggunaan antibiotik sintetik yang boleh menyebabkan kesan sampingan pada manusia. Jadi, nutriferon amat sesuai untuk semua peringkat usia. Antara kebaikan Nutriferon adalah:-

1.  Kukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
Kajian menunjukkan interferon mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag
     Jadi dapat membantu:-
     a. Bantu sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering berkurang.
     b. Sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit 
          melebihi seminggu
     c. Ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam berpanjangan

2.  Bantu lawan kanser dan tumor otak
Polisakariada yang terdapat dalam interferon semulajadi meransang dan mengaktifkan 
immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.

3.  Bantu kurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapi
Polisakarida juga membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi 
dijalankan.

4.  Melindungi dari Influenza, Selesema
Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara, 
berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza

     Jadi nutriferon sangat bagus untuk:-
     a. Bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca 
          tidak menentu, jerebu dll
     b. Sangat sesuai untuk orang yang kerap dikelilingi orang ramai 
         @ melancong, berada di luar negara dll

7.  Meringankan stress dan Kelesuan
Rumusan nutriferon dapat ringankan rasa tidak sihat yang disebabkan oleh keresahan, 
stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk

8.  Melambatkan penuaan
Formula unik nutriferon semulajadi yang pertama di dunia sebenarnya dapat meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman dan menjadikan sel-sel kulit lebih sihat dan muda

9.  Mengurangkan infeksi dan sakit kronik pesakit-pesakit hepatitis B & C
Keberkesanan kebaiakn nutriferon shakleedalam memerangi dan mengurangkan infeksi juga meminimumkan ketidakselesaan akibat penyakit hepatitis B & C ini seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll

10. Membantu kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik
Gejala-gejala seperti hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopous dapat diatasi dengan pengambilan nutriferon.

12. Mengurangkan simptom-simptom ketika pra-haid dan sewaktu haid Mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin  seperti kekejangan otot, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, kegelisahan, insomnia dan perubahan emosi yang tidak terjangka.

13. Bantu dalam pemulihan penyakit;-
       a. Lepromatus (kusta), 
       b. Leishmaniasis (pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan 
           organisma yang dikenali sebagai protozoa) & 
       c. Toxoplasmosis (penyakit yang disebabkan oleh parasit).

FAKTA MENGENAI KELEBIHAN NUTRIFERON SHAKLEE

1. Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima. 
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun pada julung kalinya Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954. Merupakan penemuan terhebat dalam bidang immunologi

2. Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan. 
Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon Shaklee selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 

3. Dr.Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon 
    semulajadi didunia 
Nutriferon Shaklee sehingga kini tidak boleh didapati dimana-mana kedai
@peniaga selain. Shaklee yang mana produk nutriferon ini telah 
dipatenkan oleh Shaklee.

4. Nutriferon Shaklee mengandungi satu campuran 
     proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi 
Nutriferon Shaklee berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Formula yang digunakan dalam pembuatan nutriferon adalah 100% semulajadi, selamat, tulen dan berkesan.

5. Kelebihan nutriferon shaklee adalah terbukti secara klinikal 
Dapat menyokong dan meransang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap selular

6. Terbukti dengan 4 ujian klinikal terhadap manusia 


7. Interferon banyak digunakan dalam bidang perubatan 
Sebagai suntikan interferon untuk merawat penyakit hepatitis.


KEPENTINGAN INTERFERON DALAM BIDANG PERUBATAN IMMUNOLOGI

Dalam bidang immonologi, interferon berperanan penting sebagai agen pertahanan dalam badan untuk melawan jangkitan virus. Merupakan sebahagian daripada sistem imun dalam badan yang tidak spesifik yang perlu diransang pada peringkat awal jangkitan virus sebelum sistem imuniti dalam tubuh mempunyai masa untuk bertindak balas melawan virus. 

Terdapat dua jenis nutriferon iaitu:-

a. Interferon-alfa (leukocyte interferon) dihasilkan oleh leukosit dijangkiti 
     virus, dll
b. Interferon-beta (fibroblast interferon) dihasilkan fibroblas yang dijangkiti 
     oleh virus, atau sel-sel epitelium dijangkiti virus, dll.


ATURAN PENGAMBILAN NUTRIFERON YANG DISYORKAN

a. Nutriferon digalakkan diambil bersama Vitamin C.
b. Untuk memelihara kesihatan yang terbaik: 1 peket sehari 
     (tuang ke dalam mulut terus @ campur dengan minuman 
     panas mahupun sejuk mengikut citarasa sendiri pada bila-bila 
     masa sahaja
c. Bagi yang sedang melawan dan mendapatkan rawatan influenza 
    dan kanser - disyorkan  ambil 2-3 peket nutriferon sehari


KEBAIKAN NUTRIFERON SHAKLEE, KEBAIKAN NUTRIFERON, KELEBIHAN NUTRIFERON SHAKLEE, DEMAM, SELESEMA, FLU, HEPATITIS B, HEPATITIS C, JATUH SAKIT, IBU MENYUSU, IBU MENYUSU ANAK MASIH KERAP DEMAM, NUTRIFERON, ANTIBODI, SISTEM PERTAHANAN BADAN, SISTEM IMUN BADAN, ALTERNATIF ANTIBIOTIK
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya di : 014- 237 5034 (Maisarah) untuk keterangan harga.
atau di page https://www.facebook.com/JomSihat.JomCantik


Rabu, 3 Julai 2013

Kulit Terbakar,Kulit melepuh, Ruam, Gatal kulit di kalangan kanak-kanak

DIPETIK DARI MAMAQAIREEN ( Semoga Allah memberi ganjaran kepadamu dengan sesuatu yang jauh lebih baik)

Kesan terbakar di muka tentunya akan membuat kulit kita menjadi berkerut dan parut yang kekal. Tapi Alhamdulillah, dengan tindakan cepat seorang ibu ia dapat menyelamatkan anaknya.
Kisah adik Haziq :
“Haziq ini sedang melihat longgokan sampah di luar rumah yang sedang dibakar. Tanpa disedari, ada sebotol air freshener ambi pur dalam longgokan sampah tersebut. Jadi, bila dah pressurised … meletuplah jawabnya dan api yang menyala tadi terus menyambar muka si Haziq.”

cara menyembuhkan

” masa kena tu liza sapu dengan herbal cream..esok pagi cuci tempat terbakar dengan basic h dan sapu herbal cream.keesokkan tempat terbakar jd hitam sesangat cm dlm gambr tu..next day kulit yg terbkar dh menggelembung. bnyk tempat gakla yg menggelembung..hari ke3 kulit dh kering dh menggelupas ckit2.smpila hari ke 9. totally kulit dh habis menggelupas.tggl proses nk ilangkan parut jer. liza sapu dengan vit e 3x sehari..dlm pada masa yg sama liza bg haziq mealshake, chewable vit c ”

Krim pelbagai guna untuk mengekalkan kelembapan dan kesejukan pada kulit muka.

Krim pelbagai guna

Mengeringkan luka.

Cecair pelbagai guna



Kaya dengan protein yang dapat membantu pembentukan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel kulit mati yang telah tercedera, mengandungi 24 vitamin dan mineral bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan luka serta memberi warna kulit yang lebih sekata dan mengurangkan parut.



Pembentukan kolagen bagi pemulihan kulit wajahnya selain membantu meningkatkan imuniti agar tidak luka disambar api tersebut tidak mudah dijangkiti kuman
Vit C



Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Adalah lebih baik jika kita sentiasa sedia kan Basic H dan Herbal Blend Cream di rumah kita. Saya sendiri sentiasa gunakan 2 benda ni.
Untuk Basic H selain daripada memudahkan kita untuk kerja2 mencuci, malah Basic H juga berperanan seperti first aid di rumah. Bila anak jatuh ke, demam, gatal2, ruam dan lain2 gunalah Basic H.
Herbal Blend Cream kita sapu di tempat yang sakit tersebut, untuk gigitan serangga pun bagus. Bukan itu sahaja, tumit pecah pun boleh..parut2 lama pun boleh letak untuk mengurangkan rasa kasar dan hitam.

sebarang pertanyaan sila hubungi :
014-237 5034


7 SEBAB KENAPA KENA AMBIL VITAMIN

Assalamualaikum & Selamat petang semua...
Hari ini hari yang padat kelas tak berhenti dari pukul 7.40 - 2.00 ptg..makan pun tak sempat tapi
 alhamdulillah tetap bertenaga & Bersemangat di dalam kelas untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar...
bangun tidur tadi pukul 5 pagi..berbekalkan ESP segelas, sumber tenaga saya sepanjang hari..
Syukur..Khasiat ESP bacalah kat sini
Apa yang saya nak kongsi hari ini adalah berkenaan dengan persoalan-persoalan yang disering disoal oleh kebanyakan dalam masyarakat kita, KENAPA KENA AMBIL VITAMIN, SAYA SIHAT2 SAJA...
 Ini adalah salah sama sekali, saya suka petik kata-kata DR. FORREST C. SHAKLEE. SR. -
 dia kata
 " Saya tidak pernah memperlekehkan profession perubatan,tetapi kita adalah dalam dua bidang yang bersaingan, Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat dalam MEMPERBAIKI KESIHATAN"
kata-kata ini sungguh mengujakan saya...
Membentuk konsep kesihatan adalah tidak sama langsung dengan tunggu sakit baru ambil ubat... ;") 
Jadi , mari kita baca sikit kenapa 
badan kita perlukan vitamin semulajadi/supplemen semulajadi ini..
JOM!





vitamin terbaik

Antara sebab kenapa badan kita perlukan vitamin/supplemen:

1. Badan kita perlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan.  Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan  pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

Pil Pelansing


3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C contohnya mudah dimusnahkan oleh haba tinggi semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.  Amalan diet yang tinggi, kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang sepatutnya.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Oleh itu kita sangat memerlukan vitamin tambahan yang tidak dapat dibekalkan oleh makanan seharian kita yang tidak seimbang tadi. Ohh mungkin juga anda keliru antara ubat dan vitamin? Sangat berbeza ye, ubat diambil ketika kita sakit, manakala vitamin adalah keperluan untuk orang yang sihat. Apakah yang membezakan antara vitamin dan ubat? Yang paling jelas ialah, supplement merupakan KEPERLUAN BADAN kita. Sel kita perlukan protein, vitamin dan mineral untuk membesar dan berfungsi dengan baik. Sel kita tak perlukan ubat (drug) sebaliknya ia digunakan untuk mengubati simptom, men-diagnos dan mengubati penyakit. Makna kata kalau tak sakit, kita tak ambil ubat.



Berbeza dengan suplement (vitamin) kerana kita sentiasa perlukannya, terutama vitamin larut air yang sentiasa keluar dari tubuh kita. Kita boleh sakit kalau kekurangan vitamin. Paling takpun akan jadi kurang sihat dari segi fizikal dan emosi.
Saya akui vitamin memang mahal, terutama vitamin semulajadi berbanding vitamin sintetik. Maklum sajalah proses untuk menghasilkan vitamin dari sumber makanan ke bentuk pil/kapsul melalui proses semulajadi yang cuba mengekalkan kualiti makanan tersebut, dengan suhu yang sesuai, sumber yang asli dan sebagainya tentu lebih mahal berbanding vitamin sintetik yang boleh dicipta di makmal sahaja. kalau nak yang murah, ada berlambak dijual di kedai. Tapi anda perlu berhati-hati kerana vitamin sintetik akan memberi kesan sampingan terhadap tubuh dalam jangka masa panjang.
Vitamin cantik


Jadi apa pilihan yang kita ada:
vitamin semulajadi yang bagus tetapi mahal atau vitamin sintetik yang murah tapi memudaratkan?

Dapatkan vitamin semulajadi anda di : https://www.facebook.com/JomSihat.JomCantik
dengan tawaran yang istimewa!

Selasa, 2 Julai 2013

Puting Berdarah Ketika Penyusuan

Assalamualaikum&Selamat Malam ibu-ibu manis sekalian atau bakal-bakal ibu (Teruja tunggu si Comel keluar kan..Senyum sambil pegang perut..)

Tajuk kali ini agak ngeri bunyi nya, puting berdarah?puting retak?Puting merekah semasa penyusuan?
Sebenarnya Penyusuan tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang menyakitkan, sekiranya ini terjadi ia menunjukkan kaedah penyusuan/ cara bayi mengisap adalah mungkin salah, Mengepam dengan Mode yang terlalu kuat,Puting anda juga boleh retak atau berdarah kerana kulit kering teruk atau jika anda mempunyai ekzema. Ekzema boleh muncul sebagai bersisik, tompok merah pada kulit yang mungkin gatal atau sakit ( yang ini kena cepat2 jumpa doktor)




BAGAIMANA BAYI MELEKAP PADA PAYUDARA

1. Jika ini anak sulong anda, dapatkan nasihat ibu anda bagaimana melekapkan mulut bayi kepada payudara..adakalanya bayi lambat belajar cara yang betul mengisap susu (jika ini terjadi,jangan putus asa biarkan bayi menangis seketika&tenangkannya,lepas itu sambung semula penyusuan) ini terjadi kepada anak saudara saya, selepas 2 minggu baru lah dia betul2 pandai menyusu dan tak menangis lagi..yang paling penting si ibu haruslah SABAR, jangan disebabkan ini terus bagi susu botol yang di dalamnya susu formula   ( MISI PENYUSUAN GAGAL ! )

2. Bayi tidak sepatutnya mengisap puting..Posisi yang betul adalah seperti dalam gambar di bawah...pastikan dagu bayi melekat pada bahagian bawah payudara seperti posisi di  bawah...



3. Cara yang salah adalah seperti ini..
Dagu jauh dari payudara ibu, bayi betul2 menghisap puting ( Ini Cara yang melukakan puting ibu)

4. BANDINGKAN KEDUA-DUA POSISI INI :


5.  (i)     Jika terjadi juga puting luka/merekah akibat penyusuan..boleh guna krim yang dibeli di farmasi,sapu pada keliling puting sebelum penyusuan dan selepas penyusuan , ia selamat untuk bayi..jangan risau..Jadi untuk jalan yang selamat, sebelum terjadinya merekah boleh sentiasa letak krim itu di sekeliling puting supaya ia menjadi lembut ,maklumlah tak pernah ada orang menyusu dengan kita selama ni (anak sulong)..kalau dah anak kedua dan seterusnya tak menjadi masalah sangat melainkan jaraknya terlalu jauh iaitu 4 tahun ke atas..
Krim yang sentiasa menemani saya ketika takut puting merekah/luka adalah yang ini..

Krim ni ada kat mana-mana farmasi di seluruh malaysia, kat kedai baby pun mungkin ada..saya suka sebab dalam masa yang sama krim ini boleh digunakan untuk sapuan pada celah badan bayi yang terkepit bagi mengelakkan ruam peluh..
Jadi , krim ini wajib ada dalam senarai anda..
(ii)  Berikan pada bayi sebelah payudara yang putingnya kurang terluka/merekah dahulu sementara tunggu betul2 sembuh, pengalaman saya , luka nya sekejap saja boleh sembuh dalam masa 1 hari..selain meletak krim ini, sapu susu anda sendiri di sekitar puting yang sakit tu..Memang menakjubkan kesannya,sungguh cepat..nampak sangat dalam susu ibu tu FAKTOR penyembuhan bagi penyakit dengan cepat..apatah lagi jika susu ibu berada di dalam badan bayi anda sendiri..Syukur dengan anugerah Allah ini, Susu Ibu tiada tandingan Khasiatnnya..

(iii) Ubah cara pengepaman anda, tukar kepada mode perlahan, jika parah, berhenti sebentar dalam 1 hari..Insya Allah , esok dah ok.. ;')

Sekian, itu saja dulu perkongsian dari Sarah, actually tertidur tadi..boleh bangun pukul 4 pagi untuk sambung menulis ni, demi mommies yang comel kat depan Sarah nie..

Selamat Menyusu wahai mommies sekalian..
Sesungguhnya Susu Ibu Tiada yang Setanding Dengannya !

Wassalam.. (nak prepare macam-macam untuk pagi ni....bekalkan tenaga berterusan dengan ESP Shaklee& Ostometrix sebelum tidur.. hehehe Iklan jap)

Ahad, 30 Jun 2013

Persediaan Pengepaman Susu Ketika Semester Akhir Kandungan

Assalamualaikum& Selamat Petang..
Petang ni tiba-tiba ramai yang tanya tentang pam susu, kebanyakannya yang sedang mengandung lah kan..
bagus,tahniah kerana cukup bersedia ke arah kelahiran bayi permata yang dinanti-nanti..jangan jadi macam saya dulu, bila dalam pantang bengkak susu , menangis-nangis mintak tolong mak..kalau masa tu awal2 beli pam kan senang..hehehe..pastu kelam kabut suruh kawan pos pam..yup! pengajarannya PAM SUSU mesti beli sebelum baby lahir , bukan semasa baby lahir..semasa baby dah lahir kita ni sakit2 satu badan..kepala pun pusing2 lagi akibat proses kelahiran yang bukan semudah disangka..jadi MOMMIES out there..tolong sediakan semua lebih awal..Vitamin pun kena sediakan awal2..since vitamin adalah semulajadi & mudah diserap badan, tak panas, sesuai untuk baby jgk..saya memang tidak mengamalkan jamu,since alfalfa pun dah boleh kecutkan rahim dan melancarkan peredaran darah..


oklah, dah panjang muqaddimah..sarah note down seringkas boleh persediaan untuk mommies comel kat depan ini ye...

1. Beli pam susu & cuba untuk memastikan mesinnya ok.
Jika pam susu yang dibeli adalah kecil dan ringan,pastikan menjaganya dengan betul,jangan bagi jatuh,sebab mesin dia sensitif ( saya ada dua pam , 1 kat tempat keja, 1 kat rumah -rajin mengepam kot hehehe)

2.Beli Storage plastik untuk isi susu ( ada jual kat kedai baby sekarang) , nanti masa dalam pantang awal2 baby kurang nak menyusu so pam dan isi dalam plastik,janganlah dibuang sayangnya..so dah mula buat stok sikit2..kumpul sikit2,susu yang dipam banyak kali satu hari boleh dicampur dalam satu bekas..lama2 jadi la banyak..sikit-sikit lama-lama jadi bukit. ( memang susu sikit awal2,jangan panik, kerapkan menyusu& mengepam,+ sabar, nanti susu akan banyak jugak, positif ! itu yang penting)

3. Banyak membaca tentang kepentingan susu ibu supaya dapat meyakinkan diri dan orang lain nanti..bila faham tentang susu ibu kita akan sentiasa jadi positif ( jadi positif ini kunci susu banyak)

4.Beli olive oil, letak kat kapas muka,hari2 tonyoh nipple perlahan-lahan untuk buka liang2 susu ( saya lambat tau,semasa pantang nipple keras, boleh luka bila2 masa saja,tapi tak putus asa pun) nipple kita ni ada daki2 kat luar tu kalau tak dicuci susah susu nk keluar sebab baby isap perlahan je..

5. Bekalkan siap-siap set vitamin dalam pantang&menyusu , nanti boleh terus cergas walaupun pada hari pertama..jangan takut minum air banyak,jangan takut sembelit (ostometrix ada sembelit tiada - disamping ia baik untuk pembekalan kalsium yg cukup untuk ibu dan anak ). pada awalnya saya mengambil jamu, tapi bila fikirkan balik ia tak lengkap untuk tubuh saya yang sudah bekerja keras mengandung & melahirkan, jamu tiada kalsium, tiada pengemulsi lemak, tidak mensintesiskan protein& karbohidrat, tidak membentuk sel darah merah, tidak meransang penghasilan susu dan macam-mcam tidak lagi.. akhirnya saya QUIT jamu dan berpaling kepada set lengkap vitamin dalam pantang&menyusu demi kebaikan anak saya & diri saya jgk..

Sekian dulu perkongsiaan dari saya pada petang ini..
Selamat Bersalin
Semoga Dipermudahkan Allah..
Amiin...
Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks