Rabu, 3 Julai 2013

7 SEBAB KENAPA KENA AMBIL VITAMIN

Assalamualaikum & Selamat petang semua...
Hari ini hari yang padat kelas tak berhenti dari pukul 7.40 - 2.00 ptg..makan pun tak sempat tapi
 alhamdulillah tetap bertenaga & Bersemangat di dalam kelas untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar...
bangun tidur tadi pukul 5 pagi..berbekalkan ESP segelas, sumber tenaga saya sepanjang hari..
Syukur..Khasiat ESP bacalah kat sini
Apa yang saya nak kongsi hari ini adalah berkenaan dengan persoalan-persoalan yang disering disoal oleh kebanyakan dalam masyarakat kita, KENAPA KENA AMBIL VITAMIN, SAYA SIHAT2 SAJA...
 Ini adalah salah sama sekali, saya suka petik kata-kata DR. FORREST C. SHAKLEE. SR. -
 dia kata
 " Saya tidak pernah memperlekehkan profession perubatan,tetapi kita adalah dalam dua bidang yang bersaingan, Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat dalam MEMPERBAIKI KESIHATAN"
kata-kata ini sungguh mengujakan saya...
Membentuk konsep kesihatan adalah tidak sama langsung dengan tunggu sakit baru ambil ubat... ;") 
Jadi , mari kita baca sikit kenapa 
badan kita perlukan vitamin semulajadi/supplemen semulajadi ini..
JOM!





vitamin terbaik

Antara sebab kenapa badan kita perlukan vitamin/supplemen:

1. Badan kita perlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan.  Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan  pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

Pil Pelansing


3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C contohnya mudah dimusnahkan oleh haba tinggi semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.  Amalan diet yang tinggi, kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang sepatutnya.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7. Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Oleh itu kita sangat memerlukan vitamin tambahan yang tidak dapat dibekalkan oleh makanan seharian kita yang tidak seimbang tadi. Ohh mungkin juga anda keliru antara ubat dan vitamin? Sangat berbeza ye, ubat diambil ketika kita sakit, manakala vitamin adalah keperluan untuk orang yang sihat. Apakah yang membezakan antara vitamin dan ubat? Yang paling jelas ialah, supplement merupakan KEPERLUAN BADAN kita. Sel kita perlukan protein, vitamin dan mineral untuk membesar dan berfungsi dengan baik. Sel kita tak perlukan ubat (drug) sebaliknya ia digunakan untuk mengubati simptom, men-diagnos dan mengubati penyakit. Makna kata kalau tak sakit, kita tak ambil ubat.



Berbeza dengan suplement (vitamin) kerana kita sentiasa perlukannya, terutama vitamin larut air yang sentiasa keluar dari tubuh kita. Kita boleh sakit kalau kekurangan vitamin. Paling takpun akan jadi kurang sihat dari segi fizikal dan emosi.
Saya akui vitamin memang mahal, terutama vitamin semulajadi berbanding vitamin sintetik. Maklum sajalah proses untuk menghasilkan vitamin dari sumber makanan ke bentuk pil/kapsul melalui proses semulajadi yang cuba mengekalkan kualiti makanan tersebut, dengan suhu yang sesuai, sumber yang asli dan sebagainya tentu lebih mahal berbanding vitamin sintetik yang boleh dicipta di makmal sahaja. kalau nak yang murah, ada berlambak dijual di kedai. Tapi anda perlu berhati-hati kerana vitamin sintetik akan memberi kesan sampingan terhadap tubuh dalam jangka masa panjang.
Vitamin cantik


Jadi apa pilihan yang kita ada:
vitamin semulajadi yang bagus tetapi mahal atau vitamin sintetik yang murah tapi memudaratkan?

Dapatkan vitamin semulajadi anda di : https://www.facebook.com/JomSihat.JomCantik
dengan tawaran yang istimewa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

comment box

Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...