Assalamualaikum&Selamat Malam ibu-ibu manis sekalian atau bakal-bakal ibu (Teruja tunggu si Comel keluar kan..Senyum sambil pegang perut..)
Sebenarnya Penyusuan tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang menyakitkan, sekiranya ini terjadi ia menunjukkan kaedah penyusuan/ cara bayi mengisap adalah mungkin salah, Mengepam dengan Mode yang terlalu kuat,Puting anda juga boleh retak atau berdarah kerana kulit kering teruk atau jika anda mempunyai ekzema. Ekzema boleh muncul sebagai bersisik, tompok merah pada kulit yang mungkin gatal atau sakit ( yang ini kena cepat2 jumpa doktor)
BAGAIMANA BAYI MELEKAP PADA PAYUDARA
1. Jika ini anak sulong anda, dapatkan nasihat ibu anda bagaimana melekapkan mulut bayi kepada payudara..adakalanya bayi lambat belajar cara yang betul mengisap susu (jika ini terjadi,jangan putus asa biarkan bayi menangis seketika&tenangkannya,lepas itu sambung semula penyusuan) ini terjadi kepada anak saudara saya, selepas 2 minggu baru lah dia betul2 pandai menyusu dan tak menangis lagi..yang paling penting si ibu haruslah SABAR, jangan disebabkan ini terus bagi susu botol yang di dalamnya susu formula ( MISI PENYUSUAN GAGAL ! )
2. Bayi tidak sepatutnya mengisap puting..Posisi yang betul adalah seperti dalam gambar di bawah...pastikan dagu bayi melekat pada bahagian bawah payudara seperti posisi di bawah...
3. Cara yang salah adalah seperti ini..
Dagu jauh dari payudara ibu, bayi betul2 menghisap puting ( Ini Cara yang melukakan puting ibu) |
Krim yang sentiasa menemani saya ketika takut puting merekah/luka adalah yang ini..
(iii) Ubah cara pengepaman anda, tukar kepada mode perlahan, jika parah, berhenti sebentar dalam 1 hari..Insya Allah , esok dah ok.. ;')
Sekian, itu saja dulu perkongsian dari Sarah, actually tertidur tadi..boleh bangun pukul 4 pagi untuk sambung menulis ni, demi mommies yang comel kat depan Sarah nie..
Selamat Menyusu wahai mommies sekalian..
Sesungguhnya Susu Ibu Tiada yang Setanding Dengannya !
Wassalam.. (nak prepare macam-macam untuk pagi ni....bekalkan tenaga berterusan dengan ESP Shaklee& Ostometrix sebelum tidur.. hehehe Iklan jap)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
comment box