Mac Gyver yang tercalar

 |
My Mac Gyver
Hari Ahad Adi cuti
tapi dia masih penat sebab pukul 12 tengah hari baru pulang dari kerja
Dahinya aku kucup ketika sedang dia nyenyak tidur
Tidak dia sedar lantaran terlalu penat
perjalanannya dari tempat kerja sejauh 40 minit
pasti cukup melenguhkan berada di atas motor
Penatnya dia...Semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang hebat untuknya nanti
Ketika jam sudah memacak ke pukul 3 petang
Adi terjaga kerana rengekku peti ais sudah tebal dengan ais
seperti di kutub utara
selepas mandi dan solat
Terus Adi turun meluru ke peti ais
di tanganya ada penukul
sebelum itu telah dia wap kan peti itu dengan air panas
supaya cepat beres
diketuknya perlahan-lahan ais itu
dikaut keluar,dibuang ke tanah
kesungguhannya buat aku tersenyum sendiri
terhibur seketika di dapur sambil memasak untuk berbuka
"hati-hati, nanti terketuk apa-apa yang tak patut"
"saya kan Mac Gyver, jangan risau"
Adi sedikit berbangga dengan kebolehannya menyelenggara
sesetengah benda yang aku tak boleh buat...
:) tidak aku nafikan itu
SSSSSSttttttt.................!!
Sejurus selepas itu..
Bunyi pelik keluar dari peti ais
Allah !!
gas dari peti terpancut keluar tanpa boleh di tahan lagi
bau nya amat busuk
sakit hidung aku
terus aku lompat ke arah ruang tamu
takut nak menghidu..
Adi terketuk sikit bahagian saluran gas
sikit sangat lekuknya..
KENA BELI PETI AIS BARU??
Gawat !
aku terkedu, tak mahu bebel apa-apa
lantaran sikap ringan tulangnya amat aku hargai..
"Nak buat mcmana, benda dah jadi, kita p beli yang baru jer...ada la hikmahnya ni.."
aku cuba memujuk hatinya yang pasti tak tenteram memikirkan duit yang harus terbang
"semoga digantikan yang hilang dengan yang lebih baik"
Pujukku lagi..
Dalam hati....
Peti ais rosak
Handphone pun rosak
"Mungkin syukur yang ada selama ni belum cukup, lalu ditarik apa yang ada berdikit-dikit,
Allah...ampunkan kami
sekiranya kami kurang menzahirkan syukur kami
pada nikmatmu yang melimpah ruah....kami hamba
yang menzalimi diri sendiri sekiranya melupakanmu
semua yang ada adalah milikmu
Kaulah memberi
Kau jualah yang paling layak mengambil..
Ampunkan kami........." |
salam...nak wat gane...peti ais baru le jawabnya...(^~)
BalasPadamada hikmahnya inshaallah :)
BalasPadammai la cuba peti ais baru kami
BalasPadam