Rabu, 6 Ogos 2014

Lemak sayuran (lemak trans ) merbahaya?

Isu lemak trans (trans fat) memang sentiasa hangat diperdebat di kalangan pakar2 nutrisi. Bagaimanapun saya lihat di Malaysia, tidak ramai pengguna-pengguna sedar akan bahaya lemak trans ini.
Baca apa itu lemak trans di sini : Trans Fat

Makanan yg mengandungi lemak trans

Jom kita tengok makanan apa yg mengandungi lemak trans , saya pasti kalau kalian faham tentang apa itu lemak trans sudah pun dapat mengagak jenis makanan apakah yg mengandungi lemak trans ini kan?
Antaranya : ( semuanya sedap belaka )
1. Makanan segera
2. Marjerin
3. Mee segera
4. Makanan segera ( Kentang goreng, daging burger,naget,sosej,donut, dll)
5. Makanan sejuk beku
6. Minyak
7. Biskut/Cracker/cookies
8. Minuman 3 in 1
9. Susu formula
10. Kesimpulannya, makanan2 proses lah kan.
Produk-produk ini biasanya berselindung dengan perkataan pada label pembungkusan seperti ' lemak sayuran bebas kolestrol' atau ' hydrogenated oil/shortening'

trans fat food


**BAYANGKAN DENGAN LEMAK INI BISKUT BERTAHAN SELAMA SETAHUN.

Mengapa lemak ini merbahaya ?

Ini kerana ia akan meningkatkan kolestrol LDL di dalam badan (kolestrol jahat), dan merendahkan paras kolestrol HDL (kolestrol baik). Lemak trans dianggap lebih merbahaya daripada lemak tepu, kerana lemak tepu hanya meningkatkan LDL tapi tidak menurunkan paras HDL.
bahaya lemak sayuran
Antara penyakit-penyakit akibat pengambilan lemak trans (trans fat)
Mari kita perhatikan label2 pembungkus makanan yg mungkin kita ambil.

trans fat food


trans fat milk
Ini susu formula anak saya :(

free trans fat food
Ini bebas trans fat, ini Mealshakes Shaklee anak saya punya :)
Tidak hairanlah, pada zaman ini terlalu banyak penyakit kronik seperti strok,sakit jantung,diebetes, kanser, menjadi perkara biasa kita dengar. Badan kita sendiri keliru dan tak tahu nak buat apa dengan kehadiran lemak trans di dalam badan kita. Sejak dari lahir,dari keluar perut ibu, sudah disajikan dengan lemak ini. Untuk pengetahuan semua, dalam makanan semulajadi pun wujud lemak ini, seperti di dalam daging lembu dan kambing tapi kandungan yg sedikit masih lagi boleh diterima oleh badan.

Itu saja perkongsian dari saya, selamat malam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

comment box

Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...