Cantik tatarias pentas mesyuarat..Good Job! yang pastinya aku ikut tema pentas...hahaha,kebetulan. |
Sebuah Penantian |
"alaa takde apa2 lah...ko boleh punye.."
"Ko tak payah ckp byk, biar YDP yang jawab" Terima Kasih S/u ini jawapan yang buat aku tenang.
"erm, pandai2 la ko nanti, aku tak tau" demi Allah, semoga kau mengerti suatu hari nanti apa yang sedang aku rasa dan lalui...
Keperitan,kesusahan, kebebanan yang telah pun aku pikul selama 3 tahun ini menyedarkan aku tentang hakikat tugas seorang guru..susah untuk jari mengetik huruf-huruf yang sesuai untuk menggambarkan semua secara mutlak..
Namun,syukur...telah kulalui semua dengan kudrat dan yakin,semuanya hanya dengan bantuan MU Allah...semoga aku semakin tabah walaupun bibir sering melirih ayat-ayat lelah , cuma untuk membuang secebis lara dan tenat dalam sekeping hati..Maafkan aku wahai sahabat,teman, kawan , suami.. kerana mungkin kalian juga letih mendengar lirih ayat-ayat lelahku..sesungguhnya aku hanya manusia yang lemah hati,jiwa dan tubuh...lalu hanya bergantung kepada doa dalam sepanjang perjalanan..Terima Kasih buat yang meringankan walaupun hanya dengan sekuntum senyum..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
comment box