Jumaat, 9 Mei 2014

Bijak tangani stress

Assalamualaikum..
Doa saya sentiasa mengiringi kalian agar terus menjadi pejuang tanpa kenal putus asa.
Semalam saya telah Allah beri peluang menonton rancangan Celik Hati di tv9, dikendalikan oleh Fadhilah Kamsah, dan jemputannya adalah orang2 hebat yg bermula dari zero and nothing kepada someone and something.
sambil melayari fb dan melayan pertanyaan customer, telinga masih mampu menumpu kepada perbualan rancangan itu.


ISI UTAMA CERITA : BIJAK MENANGANI STRESS.
Yang saya paling ingat saja yg akan saya kongsikan. Dari Fadhilah Kamsah,
1. Istighfar sebanyak mungkin.
2. Solat taubat setiap hari.
3. Dekat kan diri dengan Tuhan.
4. Fokus kepada kekuatan kita walaupun sikit.
Dari ahli panel ( tak kenal siapa) tapi auranya saja sudah terpancar.
" Saya anggap stress itu pengukur kepada betapa besar kejayaan yg bakal saya perolehi selepas stress itu berjaya saya tangani, saya anggap saya sedang menarik tali, jika daya tarikan itu semakin berat dan sukar, bermaksud apa yg kita bakal dapat itu juga besar & hebat.. Jadi jika saya tidak stress bermaksud saya masih berada dalam lingkungan yg sangat selesa (comfort zone), ini bermaksud apa yg saya bakal perolehi adalah sama saja dengan dulu (dalam erti kata lain tiada kejayaan yg akan saya dapat)"
Lihat kehebatan kuasa fikiran orang2 yg luar biasa , dan apa bezanya dengan orang2 biasa yg amat ramai? Jadi kita pilih mahu jadi luar biasa atau biasa2 saja? Jika mahu jadi luar biasa maka berfikirlah secara luar biasa juga ya!

Yg suka membebel,
Yg sayang sgt dengan Uols!
Mama S.
Jom daki sama-sama!
tangani stress

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

comment box

Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...