Selasa, 25 Mei 2010

Plastik terbiodegrasi ??

HANAFI (tengah), Noor Aziah (kiri) dan Zhang Xian menunjukkan plastik Fruitplast yang diperbuat daripada kulit buah di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi tampil dengan inovasi terkini apabila sekumpulan tiga penyelidiknya berjaya menghasilkan plastik mesra alam menggunakan konsep teknologi hijau bagi menggantikan plastik yang tidak boleh terurai untuk kegunaan pembungkusan.

Kumpulan penyelidik itu diketuai oleh Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Prof. Dr. Hanafi Ismail dengan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Noor Aziah Abdul Aziz dan Ooi Zhang Xian dari Bahagian Sains dan Teknologi Makanan Pusat Pengajian Teknologi Industri USM.

Menurut Hanafi, plastik yang mampu terurai itu dihasilkan daripada bahan buangan buah-buahan tropika seperti kulit pisang, kulit rambutan dan kulit serta jerami buah cempedak.

"Pada masa ini, kebanyakan plastik komersial dibuat daripada petroleum dan gas asli yang tidak boleh terurai.

"Idea kami adalah untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yang disebabkan oleh petroleum berasaskan polimer yang lengai dengan serangan mikro organisme dan tidak terurai," katanya pada sidang akhbar memperkenalkan produk berkenaan yang dinamakanFruitplast di sini semalam.

Katanya, proses menghasilkan Fruitplast mengambil masa seminggu untuk menukarkan sisa buah-buahan menjadi lapisan plastik.

Kosmo !

KESAN BURUK PLASTIK ! YG KITA GUNA HARI2....ADOI !

Beg plastik sangat memudahkan kehidupan harian kita, susah kalau tak ada beg plastik, ia ringan, kalis air ( dalam hujan pun barang kita boleh selamat) dan paling penting ia nya murah ( memang free pun)
Tapi sedarkah kita akan keburukan beg plastik ini?

Di sini saya kutip maklumat tentang keburukan beg plastik..
Pembuangan merata-rata: setelah digunakan, beg akan dibuang sebab ia senang didapatkan, di tapak pembuangan sampah tentulah dimonopoli oleh plastik. Setiap tahun ia bertambah. Apabila kita berjalan pun, pasti terserempak plastik di jalanan, di tempat parking, di pantai, di bandar dan di longkang. Jika ia dibakar sekalipun, ia akan menghasilkan asap bertoksik yg sebenarnya mencemarkan ruang udara.


Plastik beg pembunuh haiwan. Terdapat 100,000 binatang seperti dolphin, penyu, ikan paus, penguin terbunuh disebabkan plastik beg. Binatang2 ini mungkin termakan beg plastik yg disangkanya makanan, akhirnya mati kerana ia tidak dapat mereput/dicerna. Dan yg paling teruk, apabila seekor mati, bangkainya mungkin mereput, tapi plastik itu tetap wujud di tempat binatang itu mati, dan yang lain pula akan makan, dan ini berterusan!


Beg plastik tidak terbiodegrasi. Dan sesuatu yang paling malang adalah beg plastik tidak akan terbiodegrasi/terurai. Pereputan nya mengambil masa 1000 tahun !

Petroleum diperlukan dalam penghasilan beg plastik. Petroleum yg sepatutnya digunakan untuk penjanaan tenaga yg lebih penting disia-siakan dalam menghasilkan plastik?? Bekalan petroleum ini akan berkurangan. Ianya begitu berharga untuk dibuang begitu saja ke dalam tong sampah!

Jadi, bolehkan kita ubah budaya plastik ini?
Berhenti ! dan cuba berfikir sejenak tentang alam kita ini...

Kita boleh guna beg tote yg besar dan troli untuk membawa barang2..
beg tote ini disimpan dan diguna lagi...


BEG INI DIPERBUAT DARI BEG PLASTIK
( TAHAN 1000 TAHUN ! )

atau...mungkinkah berita dari kosmo di atas, akan menginovasikan penciptaan plastik yang terbiodegrasi dan selamat digunakan ! TAHNIAH !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

comment box

Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...