Rabu, 21 Julai 2010

puisi lamaku dari gerobok tua

Angin demam Selatan

Seketika di Anjung Arina Ikan Bakar
di pinggir kota Simpang
Anjung cantik tidak santung,
ketika ummi menyuap ikan bakar lazat
yg sudah lama aku idam..
gerimis memercik..
aku tidak lari bertempiaran
takut basah atau benci pada lencun
aku mahu bawa pulang
angin demam selatan untuk disimpan
di dalam almari di Utara..

Sejuta tawa
sejuta senyum
sejuta kenangan
sejuta sendu juga
sejuta tangis pun ada,
sarat dan berat bersebati
aku gendong seorang diri
seorang diri yg sepi
seorang diri yg sunyi
seorang diri tanpa teman
kerana semua aku tinggal di Selatan..

Hanya bawa pulang..
angin,
demam Selatan
menuju ke Utara.

Maisarah Asmara
2 januari 2005
Lebuhraya Utara-Selatan
Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...