Khamis, 22 Julai 2010

Lisa si celoreng bandar












Sejak pindah rumah baru nie, tak pernah lagi mandikan Lisa...berdebu,bercalar mcm celoreng nak masuk hutan pun ada badannye...tak pernah kuhirau seperti sebelum ( masa bujang dulu , he3) semenjak dah ada suami, aku tak pedulikan die sangat, apatah lagi nak make-up kan die sana sini..boleh jadi die kecik hati ( kalu die makan hati pun dok diam kat situ ja ).


Oleh sebab esok aku nak jemput kawan baik di Nilai, aku gagahkan diri pergi ke wash..Aku tengok je orang mandikan die, sebab aku tak suka kalau die dikasari..he3.

Lepas siap semua, aku tengok dari jauh...Sayangnya aku pada dia...tiba2 jauh di sudut hati bertunas rasa tak sanggup, untuk aku lepaskan die ke tangan orang lain..dia bersamaku ketika susah&senang, ketika aku sendirian merantau di bumi sarawak dulu, ketika malam2 buta dia meneman aku utk menjemput imah dari airport Miri,ketika duka lara aku diceruk pinggir bandar dialah yg memapahku ke bandar buat hiburkan hati yg kejauhan dari org tersayang...semua dia..Tiba2 air mata aku kesat perlahan2...terukir semua peta perjalananku di kakinya........

Di perkarangan rumah..
Kak Shima,Muhammad, Kak Najiah, Ummi & Suhaila bertenggek di tepi tembok halamanku, melantun-lantun suara mereka bergema, ketawa mereka berbaur rasa terkejut..

"Lisa awak berkilat !" lantun Ummi.
( nampak sangat selama ni dia mcam tak wujud di situ, ha3!)

"Kak Shima ingat warna die blue black!"
"Akak pun!" sampuk Kak Najiah.

Kak Shima calit-calit jarinya ke badan Lisa. Belum betul-betul percaya.

akhirnya Ummi menutup perbualan kerana maghrib menjelang..
"Kat mana awak mandikan die?, ummi pun nak mandikan Lisa hijau ummi macam ni" Ujar Ummi selaku Naqibah halaqah baca yaasin tadi.

Semua beransur ke pintu rumah masing2 dengan kaget dan pelik. Ada senyum sinis aku lihat. Aku pula menggaru kepala.

Lisa si celoreng bandar nanti bakal menyusul setelah 5 bulan ( berdebu dahsyat lagi).






















So sape yang berminat dengan si Lisa nie..
HARGANYA adalah RM 27 000

Mileage : 47 000 ~48 000
Guna : 4 tahun.
Tahun keluar : 2006.

Email saya : miasara2010@gmail.com



***Lisa Si Celoreng Bandar






Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...