Awas!!
SCAM TERBARU: LIFESTYLE WORLD CARD! SCAM TERBARU DARIPADA BOS ISLAND RED CAFE!!!
Diharap dapat disebarkan selepas ini..
Saya antara pelabur yang tertipu itu, namun syukur jumlah yang saya laburkan terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jutaan ringgit pelabur-pelabur lain. Sempat jugalah saya belanja keluarga, kawan2 dan sedara mara dengan menggunakan kad Ahli Island Red Cafe..
pada mulanya saya nampak service Cafe ini amat lambat, bertanya pada pelayan, mereka mengadu sering berdepan dengan masalah tak cukup kakitangan chef/tukang masak..saya hairan, kalau ini cafe yang bertaraf 5 bintang, kenapa masalah ini boleh wujud. Dalam hati sudah rasa seperti ada yang tak kena..Tapi apa daya saya sudah pun melabur wang lebih kurang RM4000. Mungkin ini menjadi pengajaran untuk saya dan orang lain di luar sana.
Kisah ini bermula pada tahun 2007?.
Boss EP-Link dan juga pemilik Island Red Cafe adalah TeddyTeow.
Yvonne Toh pula merupakan boss Buy-Ebarrel. STG Scam punya Director Michael NG merupakan partner Yvonne semasa E-Barrel. Apabila E-Barrel sampai bulan ketiga, mereka bertekad untuk tutup E-Barrel dan mengajak semua downline mereka pergi money game yang lain iaitu Invest-Ebarel. Mereka beritahu semua downline, E-Barrel mereka untuk ?Press Button? dan tutup dalam masa 3 hari! Jika mereka bukan boss, macam mana boleh press button tutup Ebarrel?
Pada masa itu, Michael Ng hampir dibuang ke dalam laut oleh sekumpulan investor dari Johor! Di sini, apa yang saya ingin beritahu ialah suatu Rahsia Besar?
YVONNE TOH SEBENARNYA MERUPAKAN BOSS BESAR DI BELAKANG IRC!
Dua-dua penipu besar iaitu II Fund punya boss Teddy Teow dan Buy Ebarrel punya boss Yvonne Toh bekerjasama menubuhkan syarikat EP-Link. Di bawah ialah bukti kedua-dua penipu itu berkongsi syarikat EP-Link:
Oleh kerana nama Teddy Teow telah pun diblacklist, maka dia memakai nama Teow Chee Chow iaitu anaknya sebagai director. Toh Fong Peng ialah nama sebenar bagi Yvonne Toh. Tambahan pula, nama Teddy Teow sudah blacklist dan dia keluarkan S-Class atas nama siapa? Anda tahukah?
Ya, Atas nama partner dia: Yvonne Toh! Bukti di bawah, dua orang itu memang berkait rapat sama-sama tipu orang masuk ke dalam longkang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
comment box