Isnin, 2 Ogos 2010

MJ pergi jua...




Pagi tadi semasa bersiap ke sekolah
Adi peluk aku erat dari belakang
Air matanya tumpah ke atas bahuku
"Dia dah pergi..."
mataku bertakung air..
Aku faham dia sudah putus asa hidup
Setelah ke klinik semalam
doktor beri vitamin & ubat bengkak kaki dia
aku paksa dia telan vitamin
tapi bila paksa dia makan, dia marah
kuat ngauman dia mcm anak singa
bila makanan masuk dalam perut
dia muntahkan semula
dah macam2 aku cuba, ikan penyet, susu manis pun dah cuba juga..
kemuncaknya kemarin
dia tak mahu duduk dalam rumah walaupun diberi bantal empuk
dia macam nak lepak kat luar
aku letak dia di luar, mungkin dia bosan dalam rumah
bila di luar dia diam,
termangu di tepi jalan, memandang langit kemudian lena
Menangis juga aku lihat penderitaan dia...
Kata makcik yang aku jumpa dekat klinik haiwan semalam
mungkin MJ kena penyakit PAVO
penyakit yang tiada ubat bagi kucing jalanan..

Aku kuak pintu depan untuk melangkah ke sekolah
berjurai air mata aku 
melihat tubuh MJ kaku sambil kepalanya berbantal lengan
mukanya betul2 menghadap pintu ketika aku buka pintu
Adi ambil perlahan2
Adi tanam MJ di belakang rumah
sambil mengesat air mata

" kita belum sempat beri dia makan, dia sudah pergi"
ayat Adi berbau kesal.

MJ 
tetap dalam ingatan aku
walau terlalu sebentar 
dia menumpang di sini...............

4 ulasan:

  1. ye la... kang cari kucing lain, yang sudi dok ngan kita.

    BalasPadam
  2. huhuuhukk..teringat merah mati dulu..sepan mata gak

    BalasPadam
  3. ciannya....
    tak pe, leh cri kucing lain...

    BalasPadam
  4. mmg senang cari pengganti..tp kesian sgt dkat die..hu3

    BalasPadam

comment box

Copyright Vitamin Sihat 4 Cantik . Design by ZBS Networks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...