pakaian Islam yang sebenar mengikut pandangan peribadi sesiapapun.
Anjuran menutup aurat bukan anjuran pesta-pestaan atas nama Festival Fesyen Islam. Ia adalah anjuran ketegasan wahyu dan perintah yang tuntas demi menjaga kehormatan dan maruah seorang wanita Islam sebagaimana yang terkandung di dalam Surah al-Nur: 31:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang perkara-perkara yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan mereka perlu melabuhkan kain tudung mereka ke dadanya”
Selanjutnya Firman Allah SWT di dalam Surah al- Ahzab: 59 yang bermaksud:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya”.
Andai wanita Islam jelas tentang konsep dan anjuran syariat tentang kewajipan menutup aurat, tidak timbul soal fesyen Islam yang berterusan mahu dipesta-pestakan sedangkan ia jelas bertentangan dengan syariat dan sama sekali terpesong dari fahaman esensi kepentingan menutup aurat yang sebenar.
sumber :
http://abimkelantan.blogspot.com/2010/10/aurat-hijab-anjuran-syariat-bukan-untuk.htmlMaisarah :
Ini adalah masalah yg timbul apabila orang Islam sendiri tidak faham/Faqih dengan ajaran Islam. Kita hanyut (tertipu adalah lebih tepat ! ) dengan godaan dunia yang sebenarnya bakal menjerumuskan kita ke neraka&azab Allah yg maha pedih (Nauzubillah...), kita yang jahil walaupun dilahirkan sebagai beragama islam tapi tidak pernah menadah telinga menuntut ilmu agar lebih faham/faqih dengan ajaran suci ini..lalu kita jadilah golongan yang Rasulullah sebut, di waktu pagi mereka beriman, tetapi di waktu petang mereka menjadi kafir ada juga diwaktu petang mereka beriman bila bangun pagi mereka sudah kafir ! Ini kenyataan akhir zaman yang penuh dengan kekeliruan,kekalutan Iman, kekacauan identiti, kebejatan sosial, kejahilan moden..lalu inilah beza di antara orang-orang yang Rasulullah sebut tidak akan sesat sekiranya kamu berpegang kepada dua ini iaitu Al-quran & sunnah...berapa ramai hari ini umat Islam yang berdalil kan nafsu,suasana semasa & akal sendiri???
kerana itu kita sesat & Rugi.. maka bakal diratah api neraka.... - renungan buat diri.
![]() | ||||||
HIJAB ITU INDAH HIJAB ITU PENGHORMATAN HIJAB ITU SURUHAN TUHAN KEPADA HAMBANYA YG BERGELAR WANITA HIJAB ITU SYARIAT HIJAB ITU WAJIB BUKAN HARUS HIJAB ITU MAHKOTA BUKAN PENJARA ! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
comment box